Saya pernah dengar perkongsian dari seorang wanita Thailand yang membiayai pengajian universiti anak-anak di kampungnya.
Beliau adalah salah seorang jutawan Amway yang mempunyai penghasilan jutaan dollar setahun. Memang banyak sangat la duit dia kan?
Selain itu, pelakon popular Indonesia, Dian Sastro juga menyediakan biasiswa kepada pelajar perempuan Indonesia untuk pengajian pasca siswazah.
Saya mahu jadi seperti mereka. Impian yang telah lama saya simpan. Namun, saya hanya mampu hulur, kadang sepuluh ringgit cuma, kepada anak-anak kawan atau kawan-kawan anak yang berjaya ke universiti. Allah belum izinkan saya membiayai pengajian anak-anak orang yang memerlukan. Namun cita-cita yang satu ini tidak pernah padam dari hati saya.
Isnin ini, 30/3/26, Naufal akan memulakan semester baru, di tahun terakhir pengajiannya di fakulti Kreatif Multimedia (pengiklanan) di MMU Cyberjaya.
Sejak Naufal memulakan pengajian - dua tahun Diploma dan setahun Degree - kami siapkan yuran dari awal semester.
Kali ini, ada sedikit hiccup, kena pula dengan bulan puasa dan hariraya, perang pulak lagi, (alasan semata-mata), makanya, hasil perniagaan amat memilukan.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, kuda perang kami rosak dan kos membaiki amat tinggi. Terdiam dia di bengkel sudah berbulan.
Seminggu sebelum raya, satu-satunya kenderaan yang kami ada, terhenti di tengah lebuhraya, waktu berbuka puasa.
Jalani saja, Allah ada.
Kereta siap sehari sebelum raya, syukur, dapatlah berjalan di hariraya yang mulia. Pusing Klang semata.
Hariraya ke 3, kereta meragam lagi. Kena tarik ke bengkel dan patahlah kaki kami, sekali lagi.
Sabar. Allah nak bagi yang jauh lebih baik.
Naufal berbisik perlahan di kala otak saya sedang mengira kos baiki kereta - Ma, fees kena bayar sebelum Jumaat, or else, Abo tak boleh daftar subjects.
Saya diam.
Lepas sehari, saya tanya Naufal lagi, 'worst case scenario?'
'Defer study, get any job and re register next semester, if we can pay the fees.'
Saya minta sehari untuk digest. Sebenarnya, beli masa untuk minta tolong dari yang di atas. Apa pun caranya, Dia sahaja yang tahu.
Lepas subuh, saya scroll wasap, membalas ucapan selamat hariraya. Ada seorang hamba Allah berbalas-balas ucapan dengan saya, tanya khabar - lebih tepat. Saya pun bercerita tentang kereta, dan lagi dan lagi.... Dia bukanlah kawan yang rapat. Entah kenapa hati ini rasa mudah pula mahu berkongsi dengan dia, Allah jua yang menggerakkan hati kita.
Dia jawab, 'Faham.'
Saya lega. Entah kenapa.
Malamnya, dia hantar mesej berbunyi,
'Allow me to sponsor Naufal's study this semester. Let me have the university's account no and the exact amount.'
Saya laju tulis reply, eh! tak perlu!
Tapi, saya berhenti sejenak dan padam.
Saya sedar dia mahu meraih pahala yang besar.
MasyaaAllah! Ada orang lain yang berjaya capai impian saya. Dia hanya insan biasa, tiada title sebelum namanya.
Allah angkat darjatnya jauh ke atas dan saya sekeluarga doakan Allah kurniakan syurga tertinggi buatnya.
Alhamdulillah.
Naufal refer dia sebagai 'my rich aunty.'