Thursday, December 27, 2007

Ketulusan Hati

Saya menerima berita gembira pagi tadi. Jimie dapat 5A 3B dalam PMRnya. Alhamdulillah. Biarpun saya teringin mendengar namanya dipanggil kerana dapat 8A, keputusan ini sudah cukup baik buatnya. Jimie langsung tidak ke tuisyen. Dia belajar sendiri, hanya dengan bimbingan guru-guru SMK Seksyen 7 yang sememangnya bagus. Di samping itu, dia cukup aktif dengan ragbinya. Dia mewakili daerah dan negeri bagi kategori bawah 18 dan bawah 15. Dia seorang pemimpin pelajar, dan dia juga memegang jawatan penting dalam Kadet Polis.

Waktu di sekolah rendah Jimie berada di kelas paling bawah dan sentiasa mendapat nombor tercorot dalam peperiksaan. Dia langsung tidak aktif dalam persatuan mahupun sukan. Dia cuma seorang perenang dan penerjun papan anjal pasukan Selangor. Satu sukan yang paling dibencinya!

Sewaktu dia di darjah enam, Jimie berubah menjadi dia yang sekarang hasil bimbingan Puan Azizah, guru kelasnya. 6 Wawasan SK Raja Muda Shah Alam tahun 2004.

Kini, Jimie adalah anak muda yang berwawasan dan bersemangat waja. Saya gembira, amat gembira sebenarnya.

Saya juga didatangi satu sms yang lebih menggembirakan. Ianya menjawab suara hati saya yang saya 'disclose' kan di ruangan ini semalam. Saya hargai yang amat sangat ketulusan hati seorang sahabat yang begitu memahami. Insyaallah, saya akan memenuhi apa yang diharapkan. Dan, saya berjanji saya akan kembali menjadi saya yang sepatutnya...

Ketulusan hati dalam memberi kasih sayang dan menghargai persahabatan seolah-olah mendapat balasannya hari ini....

Wednesday, December 26, 2007

Bukan diriku

Saya bosan. Cukup bosan. Saya ada banyak benda nak buat, tapi, situasi di pejabat tidak menggembirakan langsung. Idea-idea saya terperap dalam tempurung kepala.

Saya merindui diri saya yang dulu. Bersemangat, bercita-cita tinggi, dan sentiasa menerima sesuatu cabaran dengan hati terbuka.

Masalahnya, saya berada di tempat yang salah.

Saya bukan diri saya. Suria yang 'panas' hilang lenyap...yang ada hanya Suria yang 'lembab' dan 'malas'...macam cuaca di luar... 'Cuaca' di sini..pengap.

Saya gembira di rumah. Saya lega membuat segala yang perlu di rumah biarpun sukar menghadapi hari-hari tanpa pembantu setia saya, biarpun hati saya bersedih dengan keadaan mak yang semakin membimbangkan...

Saya benci bila saya terpaksa seret kaki untuk ke tempat kerja....

Apakah ini maksudnya saya kena 'make a move'?

Yang pasti, ini bukan diriku.

Saturday, December 22, 2007

suratan @ kebetulan

hariraya qurban yang mulia baru saja berlalu. alhamdulillah, kami masih diberi peluang oleh yang maha Esa untuk menyempurnakan ibadah qurban sekali lagi. kami sentiasa berdoa supaya kami dapat melakukannya setiap tahun.

dalam keluarga saya, acara qurban adalah antara grand annual event. lepas solat aidil adha,(tahun ni kami ke masjid negeri. mak oiii... macam kat masjidil haram...penuh sesak. macam2 rupa dan bangsa ada) kami berkumpul beramai2 di kebun arwah bapak di jalan jambu, meru, kelang, bersama parang, pisau dan makanan sebanyak2nya. tahun ini suasana lebih meriah kerana sepupu2 kami turut serta. 2 ekor lembu tumbang pagi itu, dan anak2 sedara bergembira bersama melapah, memotong, menimbang dan menghantar daging-daging yang siap dibungkus ke rumah berhampiran serta rumah saudara mara yang lain.

Penat, tapi puas dan gembira. Dapat disaksikan betapa eratnya persaudaraan kami, betapa harmoninya keluarga saya. tiada apa yang membezakan kami, kami masih seperti waktu kami kecil dahulu.

Selepas acara meriah itu, saya ke puncak alam menghantar daging ke rumah abang hasan dan kak ella. kebetulan mereka baru pindah ke rumah baru. dalam keadaan kami yang berbau lembu, sempat lagi bertandang ke rumah orang....

kemudiannya, kami pulang ke shah alam untuk membersihkan diri dan berehat sebelum kembali ke rumah mak mertua saya. pagi sebelum kami ke meru, emak memang dah terbaring, petang keadaannya makin teruk. kami memang x tau mak sakit apa. kalau biasa2 tu, mak cuma ada darah tinggi....lepas maghrib, saya slow talk dengan suami dan ngah uji,kakak ipar saya. kenapa biarkan mak sakit kat umah? Kalau kita ward kan mak, at least ada doktor dan nurses yang akan datang melawat. selepas berbincang, kami bawa mak ke demc, seksyen 9. mak agak gembira dengan perkembangan itu, nabilla memutuskan untuk temankan maktok malam tu. selepas mak settle down, saya bawa anak2 balik. tengah malam suami saya mendapat panggilan talipon. bergegas dia ke demc. doktor yang merawat mak menyarankan agar mak dipindahkan ke hospital klang kerana tiada doktor pakar darah (hematologist) di demc. ini disebabkan bacaan sel darah putih mak terlalu tinggi. kalau normal hanyalah 4-11, bacaan mak 100++. suami saya panik dan mula kecut perut. nabilla temankan maktok naik ambulan dengan amy, sepupunya. teruja juga dia...

pukul 4 pagi suami saya pulang dengan khabar sedih. mak hampir pasti menghidap leukimia. berdasarkan ujian awal, ianya agak kronik kerana usia mak. saya berkesempatan berbual dengan doktor yang merawat mak pagi esoknya waktu saya bertukar shif dengan nabilla. prosedur seterusnya adalah mengambil darah dari tulang sum-sum mak untuk memastikan tahap penyakit mak, barulah doktor boleh tentukan jenis rawatan yang perlu diambil...alahai...usia mak pula menjadi risiko kepada rawatan...pagi tadi,jimie yang ber'tugas' shif pagi memberitahu yang doktor confirmkan memang maktok ada leukimia....

kami bersedih. saya amat sedih kini. namun, suami saya lagi sedih. makan pun tak nak. kalau di rumah, kerja dia surf internet mencari article tentang leukimia dan medicationnya. anak2 pula asyik bertanya..."what's next?" ataupun "what will happen to maktok?" nobody knows....

di hari raya qurban yang mulia ini, kami perlu cekal dan tabah menghadapi dugaan yang datang. kami juga perlu korbankan sedikit kegumbiraan kami untuk bersama mak @ maktok menghadapi ujian yang amat getir dalam hidupnya.... Ya Allah...berikan yang terbaik buat emak yang baik ini....berikan juga kekuatan kepada kami untuk menghadapi keadaan yang tegang ini...

Wednesday, December 12, 2007

Jangan diucap selamat tinggal...

Semalam, 12 Disember 2007, seawal pukul 6 pagi kami sekeluarga keluar rumah untuk menghantar Seri, pembantu rumah kami ke LCCt untuk pulang bercuti di Bandung selama sebulan. Kami bersedih dan kami juga gembira. Sedih kerana kami akan 'merindui' kerjatangan Seri, gembira untuk Seri kerana dia berjaya mencapai matlamatnya berada di sini. Seri pulang untuk kesekian kalinya dengan membawa wang Rp16 juta.... Dalam perjalanan pulang ke shah alam, jimie membahagikan tugas. Akak masak dan jaga Adik, Mimie kemas rumah, sapu dan mop sementara abey basuh kain, sidai kain dan lipat kain...ujung bulan gaji bibik akan dibahagikan antara mereka bertiga... mudah2an rancangan mereka berjaya.

tiba di shah alam, saya terus ke 'kedai kopi' untuk menyertai Asma Rina dan Dalila bersarapan bersama Dr Kamil ....Dr Kamil akan meninggalkan bumi Shah Alam tercinta untuk berkhidmat di Segamat mulai 15 disember ini. Saya akan merasai ketidaan beliau di shah alam....Namun, saya kagum dengan semangat beliau. Saya terharu kerana saya dapat mengenali dengan lebih rapat insan mulia ini... Saya bangga menjadi sahabat, pelajar dan teman beliau...

Malam tadi, saya ke kompleks tabung haji untuk menghantar kakak kesayangan saya, Kak Connie, yang akan pergi menunaikan haji untuk kali yang ke 5... Saya rasa beliau seolah nak balik kampung je.... Saya cemburu kerana beliau dapat pergi, sedangkan saya masih terkial-kial di sini, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... Saya doakan beliau selamat pergi, selamat di sana dan selamat kembali ke pangkuan kami yang menyayanginya...

12 Disember 1996, saya kehilangan seorang ayah....Saya tidak sempat mengucapkan selamat jalan kepadanya...Saya tidak sempat memohon keampunan darinya... Saya tidak mahu kehilangan sesiapa lagi...

Saturday, December 8, 2007

Gi Kelantan



Kami baru pulang dari Kelantan...Perjalanan bermula pada pukul 9 malam hari Jumaat 6 Disember dengan bas Rosli travel yang disewa khas. 40 orang menyertai rombongan istimewa ini, untuk meraikan perkahwinan anak saudara perempuan saya, Nurul Nahzatul Shima dan suaminya Mohd Najmi. Rombongan kami terdiri dari adik beradik saya (sebelah arwah ayah Nurul) dan adik beradik emak Nurul. Seronok? Sudah pasti.

Ini kunjungan kedua saya ke kelantan walaupun kelantan begitu dekat dengan hati saya... di sepanjang kehidupan saya, saya seringkali mendapat anak kelantan sebagai teman rapat saya... nama-nama seperti Ruhani Abdul Razak dari Pulai Condong, Nik Rodiani Nik Daud, Paridah Jaapar, Asma Rina Abdul Rahman dan Puan Rokiah Ibrahim adalah antara mereka yang pernah dan amat rapat dengan saya hingga kini....Bagi saya, secara perbidi, orang kelantan punya semangat setiakawan yang tinggi dan berperibadi murni... mereka sentiasa ada pada waktu yang amat diperlukan. Kadang-kadang orang tersilap dan menganggap saya pun orang kelantan. Apatah lagi waktu saya berniaga....(Cuba perhatikan gambar di atas...saya sedang melayan pelanggan di Pasar Khadijah....ada gaya Mek Kelate tak?)

Dari Klang, kami tuju ke Machang, untuk berehat seketika. Sepanjang perjalanan yang amat memenatkan itu, kami sempat berehat di Gua Musang sebelum menyempurnakan subuh di Masjid Machang. Kami kemudiannya dibawa ke rumah kakak Najmi di sebelah Uitm Machang. Najmi dan Nurul datang membawa makanan sebanyak2nya.... Nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, cek mek molek, dan beberapa jenis kuih lagi yang saya tidak tahu nak menyebutnya pun..... Selepas sarapan, kami naik bas menuju ke Kota Bharu.Pasar Khadijah kami terpa. Mak ooii...seronok tengok semua yang berniaga wanita... rasanya semua benda nak dibeli...namun, hati saya keras... saya turun dengan hanya membawa sehelai baju untuk Seri, pembantu saya yang setia menunggu di rumah..... Kakak2 saya? Masing2 dengan kain sutera, tudung semestinya dan segala macam keropok....

Lupa nak catit, kami disimbahi dengan air hujan dari mula kami jejakkan kaki di bumi Kelantan...Yang menarik, segala barang adalah murah...itu kata anak2 saya dan anak2 saudara saya... kuih sepuluh sen? di shah alam, 40 sen!

Kami balik semula ke Machang, bersiap untuk ke rumah pengantin di Kg Kaabah, JAlan tanah merah. Mak oooiii....jauhnya....masuk nun di dalam kawasan kampung. Mujur pemandu bas kami hebat, main cilok2 pulak.... Sampai di rumah pengantin, hujan turun selebat2nya. Langsung tiada spot yang tidak basah.... tapi...dengan muka takmalu, kami makan sebanyak2nya... Lauk sedap giler. Daging gulai kawah, ayam goreng, acar, sambal dan kuih-kuih manis.... Saya hampir terlopong melihat tetamu yang datang.... banyaknya mereka makan! Penuh padat pinggan mereka, siap tambah lagi.....! Jarang ditemui di sini....Lagi satu, takut banjir agaknya, ramai juga yang berkain batik..... kami pulak, ada yang datang dengan baju dry clean only, high heels, manik2dan labuci....hahahaha... orang bandar masuk kampung....

Lepas dari rumah pengantin, kami teruskan perjalanan ke rantau panjang pula. walaupun ada amaran banjir, tapi, ada juga yang tak puas hati, talipon balai polis rantau panjang dan selepas pasti tiada banjir, kami terus ke sana....juga dalam pakaian glamour kami....

Hujan terus menemani kami. Habis payung di Mydin kami borong. Banyak kedai yang dah tutup kerana mereka takut banjir......namun itu tidak menghalang ramai yang membawa masuk toto, bekas nasi besar, tilam, cadar, vision, dan macam2 lagi ke dalam bas. Jimi beli selaras senapang, abey beli baju lapan riya, lala beli tshirt sepuluh riya, saya beli selipar jepun (penat giler kaki pakai high heels jalan2 di r/pjg!) manakala suami penuhkan tangan dengan segala macam buah2an.....

Pukul 7 malam, 7 Disember, kami bertolak ke Klang. Penat, berlengas dan kekenyangan.... Sambil menonton cd 'jangan pandang belakang', kami hanyut terlena. Sedar2 bas berhenti rehat pada pukul 1030 malam. Ingatkan dah sampai mana, rupanya baru sampai R&R Gua Musang. Saya ambil kesempatan tukar pakaian...tak larat berbaju kurung sambil tidor. Naik semula ke dalam bas, macam2 bunyi dengkuran kedengaran. Mata saya tak mahu lelap. Saya tonton Harry Potter dengan penuh perasaan. Abo nyenyak di pangkuan. Sedang saya melayan perasaan, saya terasa bas bergoyang dan terbuai ke sana ke mari....takut sungguh perasaan saya. saya toleh ke belakang dan saya lihat suami dan semua anak saya tidur nyenyak. di depan, saya nampak kepala iwan, anak saudara saya tegak...tak tidur rupanya dia. KAk Wie dan dua kepala lain juga tegak.... Saya tak putus2 mengucap dan berdoa agar dijauhkan dari segala bahaya.... Saya berdoa, jika terjadi sesuatu, biarlah saya saja yang sakit, bukan anak2 saya....

Leganya hati bila bas akhirnya berhenti di Bentong. Rupanya driver terlalu mengantuk. Saya ajak KAk Wi dan sorang kakak ni turun ke tandas. MAsing2 bercerita tentang kegusaran masing2 tadi....Alhamdulillah...kami selamat.

Dari Bentong, bas terus menghala ke Klang. Kami tiba seawal pukul 630 pagi, 8 Disember....Ya Allah penatnya tidak terkira.....Selepas sarapan beramai2, (kami makan roti canai, nasi lemak bungkus cik jamaliah dan air kopi pekat), kami pulang ke destinasi masing2.....

Kami melalui perjalanan jauh yang panjang, memenatkan, menggembirakan dan satu yang pasti, kelantan memang indah.... orang2nya berbudi bahasa, makanannya enak (walaupun tak berapa reti nak makan) dan barangannya...murah giler.... saya pasti akan kembali semula ke sana nanti....

Monday, December 3, 2007

Nice Guys

Beberapa hari lalu saya menaiki teksi dari pejabat ke rumah. Melangkah masuk ke dalam teksi, hati saya berbisik, kemasnya teksi ni. Teksi WIRA tetapi umpama teksi PREMIER. 'Pakcik' teksi peramah orangnya. Dia bertanya saya itu dan ini untuk memecahkan suasana. Perjalanan dan perbualan menjadi semakin rancak bila saya pula yang mula menyoal 'pakcik' itu...Antara yang menarik perhatian saya:

- Isteri 'pakcik' ni ialah seorang doktor yang memiliki beberapa buah klinik.
- 'Pakcik' ni dulunya seorang pensyarah IPTA dan pernah bekerja di Kementerian Kewangan sebelum menjadi pensyarah
- 'Pakcik' ini memiliki beberapa buah syarikat, termasuk sebuah firma audit, construction firm dan perniagaan jual beli kenderaan mewah....

Tanya saya "Kenapa pakcik bawa teksi?"

Jawapannya: "Apabila ada kawan-kawan yang kata mereka susah, saya selalu sarankan mereka untuk bawa teksi bagi mendapat pendapatan. Kata mereka, bawa teksi tak boleh hidup. Tapi, setakat ini, bila saya bawa teksi sepenuh masa, saya ada banyak duit. Apa yang penting adalah attitude dan behavior kita..." saya tersentak....

Kemudian dia tanya saya, "Adik nak apa dalam hidup?"

Jawab saya, "Nak jadi orang kaya. Nak tolong orang lain. Nak ada banyak harta untuk majukan bangsa..." Ewah...macam Ketua Wanita UMNO bunyinya....

'Pakcik' ni kata...."Kita akan jadi apa yang kita nak jadi....Set target and work as hard as possible. Jangan pedulikan apa yang orang kata, yang penting, kita capai matlamat kita. Jangan risau, once you start, you akan berjaya....Saya pernah impikan sebuah Mercedez. Lepas dapat satu, saya dapat banyak lagi...sebab saya jual Mercedes..." Hahaha...

Sampai di rumah saya, saya masih tidak boleh cam 'pakcik' ni kerana dia bercermin mata hitam dan memakai topi. Saya hanya dapat melihat pipi beliau....Siapa pun dia, he is a nice guy... Thanks for the advices.

Semalam saya bertemu pula dengan Dato' R. Seseorang memperkenalkan saya kepadanya. Beliau ialah CEO di sebuah syarikat besar. Seorang yang cukup humble dan simple. Dato' R amat teliti orangnya, dan dia begitu prihatin dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Makan malam di KGNS memberi kesan mendalam dalam hidup saya tentang 'contributions to the nation.

Antara katanya, "Every year I give scholarship to my ex-primary school students yang dapat masuk boarding school RM1,000, for 5 years period."

Alamak...dia kata itu saja yang dia boleh buat....apa yang saya dah buat????

Mudah-mudahan Tuhan kurniakan rezeki yang lebih banyak buat Dato' R... and, he is another nice guy.

Monday, November 26, 2007

Cinta Pertama

Saya cukup x suka mengajar subjek accounting lepas makan tengahari... saya akur dengan hakikat pelajar berada dalam keadaan mengantuk tahap kritikal pada waktu itu.

tadi, saya kena mulakan kelas saya dengan satu sesi berbeza. Bayangkan jika kita bukan pelajar accounting, belajar tentang international accounting pada pukul 2...semua mereka mengantuk dan menguap. Apa lagi, saya panggil beberapa nama ke depan dan mereka kena bercerita tentang 'cinta pertama'....hahaha...seronok saya dapat kenakan mereka...

Selepas mereka bercerita, barulah kelas bermula.

Dan saat ini, saya teringat cinta pertama saya...bagaimana seorang anak muda yang dalam diam meminati saya....alahai...bestnya rasa masa tu....dia malu untuk menyatakan isihatinya...namun, saya seolah tahu perasaannya...kerana saya juga merasainya....Hati berdebar tiap kali bertemu...biarpun hanya mata yang berbicara...

Saya masih ingat siulannya... Lagu Satu Penantian nyanyian Dwen....

Kau yang kusayang
Dari dulu kini dan selama-lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku

Kata hatiku selalu membisik
Kau adalah milikku
Biarpun lama pun ku tunggu
Saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu

Di saat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
terkadang ku berilusi
tentang dikau dan aku

Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya
Ku harapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan hanya sekadar impian belaka


Saya masih terlalu muda ketika itu..19 tahun... Dalam ramai-ramai yang menghulurkan cinta, si dia yang sering menyiulkan lagu di atas tiap kali bertemu sahaja yang saya mimpikan siang malam... Alangkah gembiranya saya bila tahu yang saya tidak bertepuk sebelah tangan... Perasaannya terhadap saya persis seperti lagu yang disiulkannya. Dia meminati saya sejak kali pertama kami bertemu. Dia amat pasti yang saya akan menjadi miliknya....Indahnya dunia ketika itu. Cinta...besar maknanya dalam hidup manusia.. Apa lagi cinta pertama....

Patut pun pelajar saya kata dia menonggeng-nonggeng kecewa bila ditinggal cintanya yang pertama....

Kepada jejaka yang sering menyiulkan lagu di atas kepada saya... terimakasih kerana masih menyintai saya...

Friday, November 23, 2007

Alternative Medication

Saya kembali bekerja hari Isnin lalu. Disebabkan keadaan kampus yang cukup sesak, hampir semua kelas saya diadakan di bangunan berhampiran. Awalnya saya agak tertekan dengan keadaan itu kerana kaki saya yang masih bengkak dan belum sembuh menyukarkan pergerakan saya. Namun, pada hari kedua, saya ubah pemikiran saya. Saya ingat pesanan seorang sahabat lama, Dato' Md Hassan Said: "Enjoy kekecewaan itu...". Saya akan jadikan diri saya positive.

Saya mula meninjau kedai-kedai berhampiran sementara menunggu masa untuk kelas berikutnya. (since baru tiga hari, saya baru dapat survey satu deret sahaja...). Antara kedai yang berada di deretan kelas-kelas ialah "Color Vibration teraphy'. Saya tertanya-tanya apakah maksudnya.... Semalam, saya beranikan diri masuk dan mula bertanya segala yang ada dalam kepala saya....especially, AURA dan SERI WAJAH. (Yang saya tau hanyalah aura MAWI)

Menurut doktor berkenaan, punca penyakit boleh didiagnose dengan kaedah meta physic. Makanya, dia mula mendiagnose saya....

"Puan seorang yang menggunakan lebih 70% otak kiri. Puan tiada penyakit, dan kerjaya Puan x memberi beban kepada Puan, cuma ketika ini Puan seolah terbeban dengan sesuatu. Orang seperti Puan amat bencikan halangan dan keadaan ini membuatkan Puan menjadi marah dan hilang sabar. saya tau Puan ni seorang yang sangat aggressive...." dan macam-macam lagi yang dikhabarkan kepada saya.

Wah....Dr ni cam betol je...kata hati saya membenarkan apa yang dikatakannya. Saya akhirnya mengaku kepada Dr ini yang saya marah dengan keadaan saya yang menjadi kenderaan berat ini. Saya rasa saya menyusahkan ramai orang dan saya tidak dapat melakukan apa yang perlu saya lakukan....Itulah yang mengganggu emosi saya....

Saya belajar satu perkara ketika itu....sebagai ibubapa, adalah lebih baik kita tau kelebihan dan kekurangan anak-anak kita kerana ramai ibubapa menentukan apa yang mereka pikir baik untuk anak mereka tanpa mahu mengetahui di mana minat anak-anak mereka. Kerana itu ramai pelajar yang tidak berjaya menguasai pelajaran biarpun mereka budak pandai, kerana mereka dipaksa melakukan apa yang mereka tidak minat...contohnya, seorang yang menggunakan otak kanan (creative dan designer) tetapi dipaksa menjadi akauntan atau jurutera yang x memerlukan seni dan creativity dalam kerjaya mereka, begitu juga sebaliknya...

Saya kemudiannya disarankan untuk mengamalkan penggunaan SERI WAJAH... hahaha....kalau lepas ni semua orang kejar saya...tak taulah apa nak buat....

Saturday, November 17, 2007

Menepati Masa

Dua hari lepas saya menjadi seorang yang begitu kuat... Seawal 615 pagi, saya, suami dan Nabilla memulakan perjalanan kami ke Bangi. Saya perlu ke banyak tempat dan disebabkan sebuah kereta rosak, kami kena share kereta yang ada... Saya pula Orang Kurang Upaya... masih belum boleh tekan pedal. Nabilla jadi supir pro hari tu.

Dari Bangi, kami balik semula ke Shah Alam. tahir, sahabat saya dari UK ingin berjumpa seseorang yang penting baginya, dan orang itu adalah sahabat saya, Encik Jamil. Saya sms tahir suruh dia tunggu di depan kilang proton pukul 8. Seawal pukul 750 dia talipon kata yang dia dah ada di depan proton! 'omputih' ni memang selalunya cepat... mujur saya sampai tepat pukul 8! x lah dikata janji melayu!

Kami sampai di pejabat encik jamil pukul 807. bila saya call, dia kata...'i'm already in.'. sorang lagi manusia yang cukup menepati masa.... kami berbincang itu dan ini, dan antara yang menarik perhatian saya bilamana tahir memberitahu bagaimana dia berubah menjadi melayu tulen. (tahir lahir dan besar di uk. kedua orangtuanya berasal dari singapura dan dia x pernah pulang ke singapura. beliau membesar sebagai british). beliau mula menyintai budaya melayu ketika beliau dengar lagu nasyid sewaktu di universiti....Mulai dari situ, berlaku krisis identiti dalam dirinya. Satu hari beliau terjumpa kaset dan video p ramlee dari simpanan ayahnya. Beliau begitu ingin menjadi melayu selepas menonton pilem p ramlee! lalu kemudiannya...beliau memilih gadis melayu menjadi isterinya sejak lebih 20 tahun dahulu dan menjadi cukup melayu biarpun tinggal di uk.

Selepas mesyuarat dengan tahir dan en jamil, saya perlu berkejar ke kemensah heights, kerana saya perlu temuduga k connie untuk rujukan saya. Saya janji pukul 12. pukul 1030 kak connie call, 'darling...can u adjust the timing to just another 30 minutes? i need to........bla bla bla'. k connie is another melayu yang cukup berpegang dengan masa. beliau perlu anjakkan masa sembang kami, namun beliau x mahu saya menunggu.... kami sampai tepat pada masanya. k connie gembira dengan apa yang saya rancangkan dan dia bekerjasama sepenuhnya. (k connie adalah ibu kepada seorang artis gangstarz, pelakun teater p ramlee muzikal....)

Dari Kemensah Heights, saya perlu berkejar ke Palm Garden Hotel, Putrajaya. Nabilla cukup bangga dengan kejayaannya memandu dari satu end ke end yang lain. Saya janji dengan tt, kawan rapat saya untuk berbincang dengan en azlan, seorang pengusaha dan penternak lintah....ye! saya nak ternak lintah!!! hehehe....

Kami janji nak jumpa pukul 530 pm. Pukul 5 tt dah talipon kata, 'm here'. Minah ni memang sentiasa in-time. Dia benci orang tunggu dia. Saya tiba 20 minit lewat. Harus diampunkan kerana driver saya cukup amatur.... Lesen memandunya baru berusia 10 bulan... dan dia x memandu sejak jun kerana dia tinggal di kolej.....

Saya berjaya mengharungi hari yang padat, dengan 3 perbincangan berlainan topik, dalam masa 10 jam, hanya kerana kesemua mereka yang saya temui hari ini adalah manusia yang sentiasa menepati masa. tiada istilah janji melayu atau jawa (?) , dalam kekurangan saya kerana nabilla tidak tahu pun di mana dia berada ketika memandu.... alangkah senangnya hidup jika kita semua sentiasa menghormati masa. Malangnya keadaan sebenar selalunya tidak begini. 'Kadang2', kita perlu korbankan 1 jam dari masa kita yang amat berharga hanya untuk menanti kepulangan seorang pegawai dari keluar sarapan pagi, biarpun temujanji telah dibuat terdahulu.....dan sejam lagi menunggu hanya untuk menyampaikan borang yang telah siap diisi....

kenapa saya perlu sebut yang tahir, en jamil, k connie dan tt sebagai melayu? kerana, mereka melayu yang tidak berpikiran melayu.... mereka melayu yang amat takut untuk mungkir....

Semalam, saya tempah caterer untuk kenduri di rumah mak mertua saya.... Janjinya pukul 12 tengahari, sampai pukul 2 dia tak datang. Handphonenya ditutup, kedainya berkunci.... Sampai sudah dia tak muncul.... Saya rasa cukup bersalah, dan saya akhirnya berkejar ke seksyen 3 shah alam untuk beli semua nasi beriyani yang ada di kedai mamak......hingga kini caterer melayu yang mangkuk tu langsung tidak menghubungi saya....inikah melayu? mujur saya jawa....hehehehe

Sunday, November 11, 2007

MC bersambung lagi

Saya jumpa doktor lagi semalam. Dr bagi seminggu lagi MC. Kaki saya masih belum sembuh dan saya kena berehat lagi...

Apa nak buat minggu depan ni? Anak2 dah x sekolah kerana SPM dah mula. Jimie dan Abey kena turun latihan hari2 kerana ada tournament minggu depan. Suami kena outstation seminggu. Nabilla tengah sibuk dengan kawan2, maklum dah lama x jumpa. Alamatnya bergaduh dengan Abo je lah...

Semalam saya bermimpi, agak pelik dan menakutkan. Saya terasa ada yang tidak kena dengan apa yang berlaku kebelakangan ini. (Masalah ni tiada kena mengena dengan keadaan saya yang patah kaki...).

Selepas solat tadi, saya tersedar sesuatu....

Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak mampu dia tanggung...

Insyaallah saya akan mampu menghadapi ujian ini...

Thursday, November 8, 2007

Barang2 Penting


Saya terpanggil untuk mengabadikan kisah ini ketika melihat Abey mengusung MP4nya ke sana kemari seumpama orang pekak dan buat saya marah kerana x menyahut panggilan saya dan Jimie pula yang asyiklah menggilap butnya. Cuba perhatikan barang2 penting remaja masakini....

barang2 anak gadis 18 tahun... makeup, hair roller, compact powder, lotion, hp, mp4, gelang, kasut, but, jeket, bear, komik, calculator, cd, kamera..


remaja lelaki 15 tahun yang cukup prihatin dengan gaya.... kasut santai x sama dengan kasut serius, but training x sama dengan but perlawanan, mp4, wireless remote ps2, kereta tamiya, pen drive, calculator, sunglass, silver bangle, handphone... expensive!
remaja lelaki 13 tahun yang baru mula menggilai ragbi, bersama sebelah but pemberian pemain juara ragbi dunia, A. Selatan, mp4, ps2, hp walkman, keychain MU, komek kreko dan conan...langsung x ada academic value!!!

si kecik x mahu mengalah....tasyut, beg sholah, tuting dan botol sysyu...can't live withoutt 'em...

apa yang penting buat lelaki dewasa bergelar Bapak? Wallet buruk yang penuh dengan resit, jam yang dah berumur 15 tahun, kunci keta buruk, handphone yang anak dah x nak pakai, reading glasses (hehe), kunci kedai dan tasbih....

while emaknya hanya punya ini.....kerana yang penting, anak2 dapat apa yang mereka mahu...handphone yang dah senget, laptop lapuk, pendrive murah beli kat makro dan tentu sekali digital kamera Olympus, tukang ambik gambar2 ni sume....

Wednesday, November 7, 2007

Kunjungan

Dua hari lepas saya menerima dua kunjungan....



mengikut pusingan jam: irma, nur aini, syed, roazlina, baizura, amirul dan amin

Mereka ini adalah pelajar2 Bachelor in Accounting saya. Mereka kini sedang menunggu peluang pekerjaan. Mereka menjenguk guru mereka yang sedang patah kaki....hehehe. Saya cukup gembira dan terharu menerima kunjungan mereka. Bagi saya, sikap murni ini harus dikekalkan hingga ke akhir hayat. Bertuah emak ayah mereka punya anak2 yang bukan saja pandai, tetapi jua berperibadi mulia. Seperti selalu, hanya Doa yang dapat saya hadiahkan buat mereka, mudah2an Allah sentiasa memberi yang paling baik kepada mereka.

Kunjungan kedua ialah kunjungan Encik Adib Noh ke ruangan saya ini. Encik Adib banyak memberi inspirasi dalam hidup saya. Kami saling mengenali sejak tahun 2000. Saya masih ingat sapaan seorang lelaki Melayu di sebuah kedai buku di tengah kota London. Masa tu saya sendirian, manakala Encik Adib bersama teman rapatnya yang kini adalah teman rapat saya, Encik Muhamad Abdullah (Madolah). Pertemuan di kedai buku diikuti dengan sarapan pagi di kantin Malaysia Hall di Bryanston Square keesokannya merapatkan kami. Encik Adib dan Encik MAdolah sedang menjejaki perjalanan mereka semasa zaman pelajar dulu. Mereka ke London menaiki SIA, Underground dan bas, sebelum meneruskan perjalanan ke Cambridge, (kalau x silap), tempat mereka belajar pada tahun 70an. Kami berpisah selepas sarapan pagi itu dan saya pula ke Heathrow untuk mengambil penerbangan ke Geneva.

Kami sering bertemu di alam maya, sesekali saya kunjungi Encik Madolah di Melaka. Perhubungan dengan Encik Adib terputus, dan saya amat gembira bila saya dapat jejaki Encik Adib kemudiannya di Googles. Seorang yang cukup berpengetahuan, pengalaman berpuluh tahun di sektor kerajaan dan swasta (dah sampai tahap jutawan kut), namun cukup merendah diri...

Saya hargai apa yang saya perolehi dalam masa saya mengharungi kepayahan untuk bergerak ini...maklum saja 'kenderaan berat'... Mudah2an pelajar2 saya dan Encik Adib dipelihara Allah selalu.

p/s: sekalung tahniah buat Henritta Appolonius yang berjaya mendapat pekerjaan di Giant sebagai Asst. Accountant, Norliana Mohideen di KPMG, Chang Chai Yean di TM Int., Rohishawahida di Maybank dan Nazri di AIA.... Saya amat gembira dan bangga dengan kejayaan mereka...







Monday, November 5, 2007

Kenangan Lalu

Di angin lalu ku sampaikan kerinduan
Wajahmu ku terbayang
Bersama janjimu ku bawa dalam mimpi
Ku bawa dalam mimpi
Malam sunyi rasa sepi
Kududuk seorang diri
Terbayang wajahmu di awangan
Hidupku di rantauan
Penuh dengan cubaan
Namun kau tetap jadi pujaan...
Saya ingat sikit2 lagu ini. Kalau tak silap penyanyi asalnya Flybaits, then Ferhad nyanyikan balik. Somewhere di tahun 1979, saya nyanyi lagu ni dalam satu pertandingan nyanyian di sekolah....Hahaha...Of course saya kalah.... Tengah jerit highest pitch, suara hilang.... Ceh! Kena gelak satu dewan..
Hari ni, saya teringat kenangan lalu. Tahun 1989, umur saya baru 24 tahun waktu itu. Waktu ini saya sedang terbaring kesakitan di Rumah Bersalin Leela Ratos, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Semalamnya (5/11/89), genap 9 bulan usia perkahwinan saya dan saya lahirkan anak hari ini!!! Orang Melayu kata 'Bunting Pelamin'. Iyelah tu..... Anak saya tak sabar nak lihat dunia....eh bukan! Emaknya clumsy... Ada ke patut...saya terjatuh masuk longkang seminggu sebelum anak saya lahir!!! Saya ditahan di wad kerana baby tidak bergerak selama 12 jam! Takutnya saya...
Mengandung kali pertama buat ibu muda seperti saya adalah pengalaman yang menakutkan. Banyak perkara yang mengganggu fikiran saya. Waktu tu saya kerja sebagai Auditor... Assistant je sebenarnya. Kerja saya banyaknya buat fotokopi. Cari fail, tekan calculator, double checking.... Suami saya, yang juga masih muda, baru 25 tahun, selalu sangat outstation. Kami menyewa di rumah teres kos rendah di Taman Koperasi Polis, Gombak. Dua orang kawan rapat yang selalu menemani saya jika suami saya outstation ialah Rudzila Subli (Ogy) dan Noraini Kurdi (adik). Saya ni dahlah pengecut, kuat nangis pulak tu. (masa mengandung je!) Kalau suami saya tiada, saya akan duduk terperap dalam bilik dan menangis.... Dahlah tu, morning sickness saya teruk giler. Asyik muntah sepanjang hari. Lapar muntah, kenyang pun muntah... Tengah dok dalam bas ekspress Klang-KL, boleh minta driver berenti kat tengah2 hiway (dekat2 area PJ Hilton) sebab nak muntah.... Yang saya lalu makan cuma sup. Anything out, except sup. Any sup...
Ditakdirkan saya bersalin 2 minggu awal. Ini sebab saya dah jatuh 2 kali. Kali pertama sewaktu saya sedang menyeberang jalan....tiba2 plupppp...terduduk jatuh. Kat tepi jalan ada Aya jual cendol. Berebut dia angkat saya yang macam kereta kebal....
Kali kedua saya terjatuh dalam longkang di masjid. Entah apa yang buat saya jatuh, entah... Disebabkan hentakan, baby saya terturun....makanya pada 6 November 1989, pukul 8.30 malam, Nabilla Naharuddin dilahirkan..
Cerita di wad bersalin....
Saya asyik menangis. Sakit lah..... Kejap2 rasa perut ni menegang. Kejap2 rasa cam nak buang air besar. Tak tentu arah. Suami kat sebelah ajar mengucap, ajar selawat. Macam-macam.... Tengah dok ikut mengucap dan berselawat, tiba-tiba mulut saya kata....Makkkkk!!! Sakit mak!!!! Hampeh....kata suami saya.... Dah nak beranak pun panggil mak jugak....
Mak saya datang tengah saya sakit2 tuh... Bawak air penawar... Bagi saya minum, sapu kat perut, sapu kat dahi... Eh! Ada magic la! Emak pegang je terus hilang sakit!!! Siap boleh kata "Mak..lapar!" Senyum mak dibuatnya....
Lepas Maghrib, saya masih ok. Dah buka...kata nurse. Saya dan suami blurr... Apanye? Suami kata, Abang cari makanan, pastu Abang gi solat kat masjid depan tu. Nanti abang datang balik... Tak sempat abang balik, lepas azan Isya', uwaaaa....tangisan pertama Nabilla. Waktu tu baru saya nampak suami saya masuk ke bilik bersalin... Apasal dah tak sakit? Betul! Sakit saya yang macam nak putus nyawa tu hilang serta-merta bila dengar suara si kenit tu.... Emak punya happy, walhal ini bukan cucu pertamanya. Tapi, iyelah...emak....
Suami saya qamatkan baby tu. Senyum lebar dia. Seronok sangat dapat baby girl. Saya kira jari tangan dan kaki dia...cukup...alhamdulillah. Dia tak kurang sikitpun....
Sedar tak sedar, dah 18 tahun berlalu. Emak pun dah lama tak ada. Tahun ni genap 9 tahun mak dah pegi. Tapi, kalau saya sakit, saya masih lagi panggil....Makkkk!!!!
Mak, anak mak ni rindukan mak sangat-sangat....

Sunday, November 4, 2007

Hadiah buat Nabilla


Kau hadir membawa cahaya
Kau hadir sebagai tanda kasih antara dua insan bercinta
Kau hadir bersama impian
Kau hadir membawa harapan
Lapanbelas tahun berlalu
Kau lambang cinta yang semakin utuh antara dua insan
Kau buat kami ketawa
Kau buat kami tersenyum
Kau buat kami resah
Kau juga buat kami menangis
Selamatlah dikau wahai putri jelita
Walau di mana jua kau berada
Moga impian dan angananmu menjadi nyata
Kerana kau punya segala
Sembilan bulan membesar di rahim ini
Di waktu kami hanya punya cinta
Tanpa harta
Sama-sama kita kemudiannya
Meredah kepayahan dan kesenangan hidup bersama
Tanpa keluh kesah
Tanpa kecewa
Kau melangkah gagah
Dalam sendu dan tangis halus
Memulakan jejak kejayaan dalam keluarga
Nabilla
Kau hadiah amat berharga
Selamanya.
Selamat Harijadi Sayang.....Semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester dan menjadi jurutera terbilang. Mama, Papa dan adik-adik merinduimu selalu.

Friday, November 2, 2007

MC Hari 05

Hari ni saya bangun awal pagi dengan semangat berkobar-kobar... Habis je azan subuh, sedang saya bersiap nak mula solat, ada suara kecik di belakang saya...."Papa, Papa...bangun! Dah pagi!".... La... awalnya dia bangun...

Pukul 7 saya dah mula siapkan sarapan. Nasi lemak sambal sotong. Tunggu punya tunggu, all guys at home x bangun2. Suami saya keluar awal hari ni. Bujang dua orang kepenatan main ragbi (Abang) dan bersorak/jadi water boy (Adik). Hari berjalan lambatnya.... Hampir pukul 10 baru mereka bangun. Ponteng sekolah gamaknya mereka hari ni...Alasan....injured demi kemenangan sekolah. Lupa nak cerita, pasukan Jimie adalah wakil daerah Petaling dan jadi johan Plate Ragbi MSSS.

Lepas Asar tadi, suami saya ajak kami semua ke Seksyen 2, minum ABC... Lega dapat keluar. Kemudian ke Pasar Malam Padang Jawa beli popia....sedap giler popia kat sana. Abey beli apam, and Abo beli... belon!

Sehari berlalu tanpa perlu pikir apa2....bosannya!!!!

Wednesday, October 31, 2007

MC Hari 04

Pagi-pagi lagi saya dah mula bercerita... tentang ekonomi dunia dan bla bla bla... Saintis2 depan saya ni macam faham je.... Konsep perniagaan mereka dah sedia. Marketing plan pun dah ada. Saya terangkan pula tentang financial plan. ALhamdulillah, anak2 ni cerdik2 belaka. Cepat saja faham apa yang diajar. Sekejap itu juga mereka beritahu saya rancangan mereka... nak usahakan ladang herba rupanya. Nak buka spa, keluarkan produk seperti essential oil, cosmetic, makanan, supplements, dan pelbagai lagi. Saya jadi teruja... nak buat jugak!!!

Saya mula merangka bisnes plan saya sendiri... Nak tanam...serai? Halia? Mas cotek? Misai kucing? Pegaga? Kacip fatimah? Banyaknya benda yang boleh dibuat!!!! Saya dah lama tau tentang herba dan bio-teknologi ni, tapi saya tak ambil peduli. Dengan sedikit assumption dan reading, saya dapati, dengan modal RM50,000, dan sewa 5 ekar tanah, kalau kita tanam serai makan, dalam tempoh 6 bulan selepas tanaman, kita boleh dapat jualan sebanyak RM68,000! Harga jualan serai ialah RM0.80/kg. Output/ekar ialah 17,000 kg....Setiap enam bulan kita boleh dapat wang sebanyak itu. Setahun = RM136,000. Untung bersih = RM45,000, year 2 onwards. Wah...banyak tuh! Sama je ngan gaji lecturer... hehe...Tapi, mampu ke saya???? Angan2 lebih saya ni... Semuanya nak. Hari tu berangan nak ternak lintah. La ni nak tanam herba. Pegang cangkul pun tak pernah....

Jimie tewas di pusingan separuh akhir Ragbi MSSS Bawah 15. Pasukannya tiada teamwork. Masing2 nak jadi star. Tak pe lah. Ini bukan game individu. Ada rezeki nak jadi state player, jadi lah... Kalau tak pun, tahun depan masih ada.

Saya semakin seronok mengharungi MC saya. Ada lebih sepuluh hari lagi. Itupun, mungkin disambung lagi sebab proses pemulihan ambil masa at least 6 minggu. Sesekali rasa ngilu dan sakit menyucuk2. Asyik makan painkiller. Kalau tak memang tak tahan. Tapi, yang nyata, saya gembira dan tidak lagi bosan. Hari2 ada yang datang menziarah, so, adalah kawan nak menyembang...

MC Hari 03

Pagi-pagi lagi saya dah keluar rumah. Bersama Abey dan Hafiz, kami ke Padang Astaka, PJ untuk menyaksikan perlawanan ragbi MSSS bawah 15. Jimie takut dan teruja.

Cikgu Munir mengerah anak-anak kesayangannya ini bermain sepenuh hati. Lepas menang first game, saya balik. Kemudiannya saya didatangi sekumpulan anak-anak muda, graduan IPTA dalam bidang sains, (bio-teknologi, Chemicak Engineering, dll) yang ingin menjadi technopreneur. Kawan saya yang menghantar mereka kepada saya.

Saya cuba terapkan ke dalam diri mereka ciri-ciri usahawan. Saya cungkil kemahuan dan cita-cita mereka. Saya pastikan mereka sedar kelebihan dan kekurangan mereka. Saya buat mereka berangan dan terbang tinggi membawa impian mereka untuk menjadi usahawan tekno berjaya. Mereka memang budak2 pandai. Mostly dapat straight As dalam SPM. Cumanya, mereka tidak pernah diajar ilmu keusahawanan.

Kemudiannya saya ajar mereka untuk membuat simple business plan. Saya ajar mereka brainstorm untuk dapatkan concept. Saya pecahkan minda mereka untuk berfikir dan melihat dunia sebagai usahawan. Saya ceritakan kisah para sahabat Nabi yang kebanyakannya usahawan, bahkan Nabi sendiri saudagar terbilang. Kerana kekayaan para sahabat ugama Islam dapat berkembang maju.

Esok, mereka akan kembali untuk mula berfikir tentang kos dan keuntungan. Sebelum pulang, saya dapat lihat di wajah mereka kepuasan. Mereka belajar benda baru hari ini. Sesuatu yang tidak pernah mereka explore.... Saya harap mereka berjaya.

Saya tanamkan dalam fikiran mereka... 'Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia????'

Jangan bersedih dengan apa yang kita tiada, kerana kita ada apa yang orang lain tiada....

Alhamdulillah. Saya tidak lagi bosan menghadapi cuti saya...ABo? Dia dah tak peduli pun dengan kehadiran saya...

Tuesday, October 30, 2007

MC Hari 02

Saya x mahu bosan hari ini..... azam!

Awal pagi Dr Kamil bagi sms... suami D meninggal dunia... Aduh...sedihnya saya. Saya browse blog D. Rupanya Mr D baru 38 tahun...dan dia pergi di harijadinya, di UK. Jauh dari sanak saudara.... Ya Allah. Kuatkan D.... Biarpun x mengenalinya, saya rasa dekat dengannya...

Kemudian saya teringat azam saya. Hari ini saya x blh bosan. Saya pun mula ammend modules saya untuk semester akan datang. Tiba2 saya dapat ilham. Alhamdulillah.

Saya capai handphone dan hubungi Dr Kamil. Sepantas kilat dia membalas : Setuju. Syukur.... ada hikmah di sebalik kejadian. Saya pun mula mendail beberapa nombor dalam phonebook saya. Satu persatu jawapan saya terima.... setuju.

Insyaallah projek saya akan mula berjalan dalam dua tiga hari ini. Saya akan jadikan hari-hari yang datang indah2 belaka...

Abo? Dia tidak lagi mengacau saya macam semalam. Mak, Rozi dan anak2nya datang menziarah. Petang tadi saya ikut suami ke Royal Military College. Hantar borang Jimie. Lepas tu ke DEMC. Kak Non sakit di sana, darah tinggi, kencing manis dan ada masalah nerves. Harapnya cepat sembuh.

Jimie sibuk dengan boot baru. Adidas...mak oiii...mahalnya. Kopak mama, yang! Esok dia ada tournament MSSS under 15. Minggu depan dia ada Canterburry Open. Aim dia nak jadi state player....Anak bujang sorang ni tengah bersemangat... harapnya berjaya.

Malam ni kena siapkan budget Business Idea Competition.... Kerja jugak gamaknya tengah2 MC ni!

Sunday, October 28, 2007

MC - Hari 01

Saya MC hari ini... Doktor bagi 15 hari! Saya ingat seronok duduk rumah....rupanya...bosannya. Saya benar2 handicapped. X blh drive, x blh jalan. Lagi boring, x blh nengok tv sebab Abo dah conquer channel 611, 612, 613... sepanjang hari mengadap katun. Boleh jadi gile kalau begini....

Tengahari tadi, kawan-kawan pejabat menziarah. Bising dan riuh rendah. Namun mereka ada mtg pukul 2. Masing-masing nak cepat. Cuma dapat bagi kuih raya. Terimakasih semua kerana bersusahpayah datang.... Sebak rasa hati... Linda, Ros, Dr Shan, Mas, Farah, Tim, Elin, Mazu, Chan, Syu dan Anne. Jasamu dikenang....

Saya x rasa saya akan dapat bertahan dengan keadaan ini. Perangai Abo yang mengada-ngada membuat saya mual. Dia asyik nak menyepak kaki saya yang bersimen ini. Sambil tu semua nak saya yang buat- mandi, makan, cebok, susu.... benar-benar diuji saya hari ini...

Doktor kata, paling awal saya sembuh ialah sebulan. Mungkin juga 2 bulan.... Saya hilang nikmat kesihatan. Saya x blh duduk antara 2 sujud. Saya x blh keluar...sebab bila saya berjalan, tumit saya bagai dicucuk jarum. Sakitnya.... Saya bosan!!!!!

Sahabat2t Karib

Selasa, 23/10/07, adalah hari bersejarah saya dan kawan-kawan karib saya - Norinta (Ita), Norliza (Chipan), Siti Khadzimah (Adim) dan Siti Norhayati (Dading). Kami bersama sejak tahun 1978, di MGS Klang. Kemudiannya, selain dari Ita, kami yang lain ke TIKL. Selepas SPM, saya, Ita dan Dading ke UiTM, Adim ke UTM dan Chipan ke US.

Sepanjang hampir 30 tahun persahabatan kami,macam2 yang kami lalui. Suka duka....gaduh, rindu, ketawa, nangis.... Kebetulannya saya dan Ita sekampung. Kisah cinta dia dan suaminya ada dalam lipatan diari saya.... Adim melalui pengalaman memilukan. Mahligai yang dibinanya hancur di tengah jalan. Saya saksikan pernikahan dan perceraiannya. Alhamdulillah, dia kembali bahagia sejak bertemu Tuan Hj Aris dan sejak 2003, mereka bersama.

Chipan dan Dading juga punya kisah menarik.... Namun mereka berdua masih lagi Pak Lawak. Apa saja yang keluar dari mulut mereka x pernah serious. Sejak Maghrib, kami bergelak ketawa. Bak kata Dading, dah lama dia x ketawa sampai menangis! Dading punya 6 anak, Chipan dan Adim masing-masing ada 5, saya dan Ita ada 4. Menariknya, suami-suami kami kenal sesama sendiri. Suami saya dan suami Ita budak High School Klang. SuamiChipan dan Dading memang biasa dengan suami saya, begitu juga Abang Aris. ANak-anak enjoy makan aiskrim dan berlari di jalan.

Bermacam kisah yang kami keluarkan. Namun, kami semua sedar 1 perkara.... saya adalah 'point' mereka. Saya x pernah terputus hubungan dengan kesemua mereka, sedangkan mereka berempat sudah lama x berhubungan. Lagi satu, saya tahu kisah kesemua mereka, namun mereka tidak pernah mendengar dari saya cerita2 yang mereka ceritakan kepada saya....Maknanya, rahsia setiap mereka tidak bocor jika saya yang meyimpannya.... Alhamdulillah....

Hampir tengahmalam kami berpisah. Entah bila akan berjumpa lagi. Saya menangis kerana kami berpisah lagi.... Kenapa agaknya saya bersedih? Rasanya masa x akan mengulang kembali kisah lalu. Kami semakin berumur dan macam-macam yang akan berlaku selepas ini....

Terimakasih Ya ALlah kerana kami mampu ketawa bersama lagi....

Friday, October 26, 2007

Kakiku Patah!!!



Confirm! tulang buku lali kaki saya patah! Sekarang ni dah jadi cam keta kebal.. bersimen dan bertongkatla dua minggu ni. MC....seronok gamaknya dok umah...

Semalam anak saudara saya melangsungkan pernikahannya di Masjid Negeri. memandangkan rumah mereka di K Kinabalu, saya cadangkan rumah saya bagi mengadakan majlis terima menantu. Ramainya orang hadir! Kak Non yang sibuk semalam. Ulong dan Kak Long dr KK cukup gembira kerana kami bersusah payah menyediakan makanan dan venue... Alhamdulillah, ada rezeki, bolehlah.....

Dalam pada sibuk ke hulu hilir menyiapkan banyak benda lepas habis kerja, saya langsung x perasan yang di dapur ada lubang air.... Laju je saya berjalan ke dapur, suddenly saya rasa tumit saya masuk dalam lubang dan berbunyi kuat....prapppp....punyanya sakit! ALlah saja yang tahu...

Bila dah ramai orang, saya lanyak je kaki ni. Saya lupa injury saya.... Maklum saja kami sekeluarga dapa berkumpul. Ulong sekeluarga dari KK, Kak G, Abang Nasir dan Kak We, Kak Ani sekeluarga dari JB, Kak Non dan Abang Husin, Kak Wie dan anak2, Yazid dan Anis pun ada! Epah x hadir. Dia di Sabah, ada seminar.

Keluarga baru Zeti adalah Mamak. Seronok tengok mereka makan. Berselera.... Sampai habis lauk! Seri goreng ayam,licin. Ayam goreng biasa pun licin!!!!

Camane la agaknya nak organise kenduri kawin ye? Yang kecil2an pun dah x larat. Anyway, syukur semua berjalan lancar. Semua gembira....siap adakan tahlil lepas maghrib dan jemaah magrib Isya'....Lucky me!

Saturday, October 20, 2007

Raya



Anak2 mak yang tinggal, except Kak Ani di JB
Bawah: A Nasir, Epah dan Ulong
Atas: Anis, K Non, K Wie dan Su
Seronok giler beraya...apa lagi kalau semua ahli keluarga ada. Mujur kampung kami di Kelang. Mom in law pun di Kelang...so, me'round' Kelang je lah sepanjang dua hari raya...

Second raya paling syok dan paling dinanti - Grand event. Kali ini kami konvoi dalam 4 MPV dan 3 kereta... Semua anak sedara pun join. Pakaian...sedondon. Macam marhaban...Tiap tahun ada tema.

Gambar2 yang ada merakam kemeriahannya.... baju sama color ngan daun...hehe...

Friday, October 12, 2007

Bibik

mak oh mak...esok hari raya!!!

Gembiranya anak-anak menyambut raya yang dinanti. Orang tua juga gembira. Sebulan menghadapi dugaan, akhirnya diri terbebas dengan jayanya.

Malam 1 syawal ini amat bermakna buat kesemua kita. Ada insan yang sedang gembira bersama keluarga. Ada yang sedang-sedang saja. Ada yang menyambut kedatangan syawal dengan deraian airmata. Allah hu Akbar Allah hu Akbar Allah hu Akbar....

Drama-drama melayu selalunya menghidangkan cerita sedih...macam satu kemestian, kalau cerita raya mesti ada orang tersayang mati, accident dan semua yang sedih. Patutnya kita sedih kerana Ramadhan telah meninggalkan kita dan entah kita berpeluang bertemunya lagi ke tidak di lain masa...

Tidakkah saya sedih di malam raya ini? Emak ayah dah lama tiada..... anak yatim piatu saya ni...Tapi, bila direnungkan, itulah kehidupan. Yang hidup pasti pergi. Kalau saya, anak yatim piatu ini menjadi anak yang soleh, penuh dengan amalan dan sentiasa mendoakan emak dan ayah saya...bukankah mereka di sana memperolehi ganjarannya? Kalau saya meratap hiba pagi petang, apa yang mereka dapat???

Namun....ada perkara lain yang membuat saya sedih di kala saya mendengar jerit pekik anak-anak dan anak-anak saudara saya bermain bunga api dan memasang pelita.

Saya sedih melihat orang gaji saudara terdekat saya. Sampainya hati 'majikan' itu, sehelai baju mahupun tudung tidak dibelikan... kenapa begitu? Ada tudung yang harganya tak sampai RM10 pun.... hari raya kan setahun sekali saja. Tak pernah ke terfikir yang orang gaji ini juga punya perasaan? Tak pernah ke rasa takut sekiranya Bibik ni angkat tangan dan memohon doa pada Illahi agar ditarik rezeki yang Tuhan beri kepada 'majikan' tersebut? Besar benar ke dosa si Bibik ini sampai begitu sekali layanan yang diberi?

Bibik saya, Sri, telah bersama kami sejak tahun 2001. Bukan kerana dia susah dan tak mahu balik kampung. Sri dah bina banglo hasil bekerja dengan kami. (Rumah saya besar ni lah gak dari dulu sampai sekarang!) Namun, Sri menyayangi anak-anak saya seperti milik dia sendiri. Srilah penyeri rumah kami. Segala-gala tentang rumah ini dia yang uruskan. Sri makan semeja dengan kami setiap hari, dan menjelang hariraya ini, baju raya Sri lagi banyak dari baju raya saya sendiri....! bagi saya, Sri susah, saya pula sebaliknya. Saya rasa besar hati dapat menggembirakan orang susah, kerana saya pasti Sri akan sentiasa mengangkat tangan memohon Allah memudahkan kehidupan kami sekeluarga....

Janganlah layan orang gaji seperti babu....mereka juga manusia seperti kita, cumanya mereka susah dan kita lebih senang.... Ingatlah: Apa yang kita beri itu yang akan kita dapat.....

Selamat Hariraya Aidilfitri. Maaf zahir batin dari saya dan keluarga: Su, Naha, Nabilla, Najmie, Nabil dan Naufal. Tak lupa, Bibik Sri Nasria Nengsih....

Tuesday, October 9, 2007

Professor Dr Muhd Kamil Ibrahim

Pagi tadi, saya menjadi tetamu jemputan Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim, professor saya di UiTM, ke majlis pelancaran buku beliau yang bertajuk "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman" yang diadakan di Bangunan Annexe, UiTM Shah Alam. Buku ini amat bermakna buat Prof Kamil, seorang manusia yang dianugerahkan bakat semulajadi dari Allah untuk menulis. Saya kagum dengan kegigihan Prof Kamil dalam menghasilkan karya-karya istimewa, sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Yang lebih membanggakan saya, Prof Kamil menandatangi sendiri buku saya dengan kata2: "Suria, semoga hidupmu terus bercahaya". Saya juga mendapat tandatangan Datuk Dr Zaini, seorang dermawan yang telah membeli sebegitu banyak naskah buku ini untuk disumbangkan kepada orangramai. Mudah-mudahan Allah terus memberkati kehidupan Datuk dengan rezeki yang melimpah ruah.

Prof Kamil yang saya kenali sejak puluhan tahun dahulu kini telah menjadi seorang manusia yang berbeza. Dulunya nakal, loyar buruk dan 'cheeky', kini beliau menjadi seorang yang begitu 'zuhud'. Apapun, beliau masih lagi seorang insan mulia yang baik budi. Itu tidak berubah.

Saya pasti Prof Kamil dikelilingi oleh rakan-rakan yang menyayangi beliau. Sebagai seorang anak didiknya, saya tidak pernah sekali merasa ketinggalan dari mendapat perhatian Prof Kamil. Amat saya banggakan bilamana dalam setiap bukunya beliau menyebut, biarpun sekali, nama saya.... Amat mengujakan! Kerana.....siapalah saya dibandingkan dengan beliau. Bakat saya tiada, kegigihan saya tidak seberapa, kekuatan saya pula...alahai....

Kepada Prof Kamil, teruskan usaha menjadi insan kamil....saya doakan Prof bahagia dunia akhirat... I m very proud of u!

Monday, October 8, 2007

Hadiah Hari Raya

Semalam, saya dikejutkan dengan beberapa bungkusan hadiah di atas meja saya di pejabat. Alahai....sebak saya dibuatnya. Selain dari hadiah, kad raya dengan segala kata-kata indah yang tertulis di dalamnya membuat saya begitu terharu. Harapnya saya akan terus menjadi inspirasi anak-anak ini...Harap-harap semangat saya tidak patah dalam menjalankan tugas saya sebagai pendidik dan ibu kepada mereka. Kepada pelajar-pelajar saya khususnya kepada mentee-mentee saya, terimakasih banyak-banyak. Semoga kalian menjadi yang terbaik.

Saya juga telah menukar sejumlah wang di bank untuk mendapat note baru. Saya teruja sebab alhamdulillah, Tuhan memberi rezeki buat kami sekeluarga dan mampu menyediakan duit raya buat anak-anak saudara dan tetamu yang bakal menziarah.

Saya dan suami bercadang untuk mengadakan satu event waktu memberi duit raya. Kira macam cabutan bertuahlah. Kami bercadang menyediakan RM50, RM10, RM5 dan selebihnya RM1. Sesiapa yang berjaya mencabut sampul berisi RM50, mereka yang paling bertuah...begitulah seterusnya.

Namun, dua anak bujang kami tidak setuju dengan rancangan tersebut. Kata Jimie, 'Ma, kalaupun kita ada extra duit, kenapa tak kita simpan je. Mama bagi je duit rayaRM2 sorang. Nanti kalau kita perlukan duit lain kali, bukan ada yang datang tolong kita pun....'

Abey pulak menyambung, ' kita bersederhana je lah Ma. Kita selalu beria-ia bagi kat orang lain, tapi, selalunya bila kita susah, Mama ngan Papa je yang pening kepala nak cari duit...'

Saya terdiam. Anak-anak saya makin matang dalam menilai kaca dan permata. Mereka membaca situasi kami dalam diam.

Saya bangga kerana anak-anak saya semakin dewasa. Mereka telah mengambil tanggungjawab melindungi keluarga. Alhamdulillah.

Sunday, September 30, 2007

Terharu

Musim menerima dan menghantar kad raya telah bermula. Dalam banyak-banyak kad raya yang saya terima, ada sekeping yang membuatkan saya terharu. Ingin saya abadikan di sini sebahagian dari isi kandungannya dan dapat disimpulkan apa yang membuat saya merasa demikian:

Dearest Pn Mahasuria Idris,

May this year Hari Raya gives you and your family the joy and love.....Yesterday's 'buka puasa' (27.09.07) was totally amazing. Pn, I would like to take this opportunity to thank you so much for being part of my journey...I really admire your strong character, your level of confidence, your words....gosh, I wish time is on my side. I really want to learn more from you.

My dreams are yet to be achieved, but I hope Pn, that you will include me and my other friends in your daily prayer, especially this up coming final examination.......

Ditandatangani oleh : Anna Theresa Peter Amandus.

Aaaaahhhhh! Saya rasa benar-benar dihargai. Pernah dulu saya menghantar email kepada supervisor saya, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim, mengucapkan terimakasih. Prof Kamil kemudian mengabadikan email tersebut di dalam bukunya, PhD Kecil Tapi Signifikan. Waktu itu saya tidak merasai apa yang Prof Kamil rasakan, namun kini saya faham kenapa Prof Kamil berbuat demikian....

Thursday, September 27, 2007

Sihir

Saya memohon maaf kepada beberapa individu yang tidak mendapat maklum balas dari saya tentang Ustaz yang mengubat suami saya sewaktu beliau diganggu makhluk halus / disihir. Saya baru perasan yang saya 'termiss' beberapa comments.

Hubungi saya di idrismahasuria@gmail .com untuk mendapatkan nombor ustaz tersebut. Saya akan cuba membantu mana yang mampu.

Salam.

Satu kemestian

Sejak saya mula mengenali dunia bloggers ni, saya rasa pelik jika saya tidak melakukan satu perkara ini: membaca cerita2 baru di blog-blog mereka yang berkenaan.

Bulan puasa ni, seringnya saya tidak tidur selepas sahur. Ini masa yang cukup sesuai untuk saya melayari blog-blog yang saya sering kunjungi. Saya belajar macam2. Dari ilmu agama, hinggalah ilmu kecantikan....

Saya terasa macam.... kalau di kampung, wanita2 dan ibu2 sering bersembang di beranda rumah (or maybe pagar, sekarang ni), tapi wanita moden ni kerja bersembang tanpa suara...di alam maya... fundamentalnya sama, sembang... tapi, tak ngumpat.... Ok lah gak kan???

Monday, September 24, 2007

Jimie dan PMR

Seminggu saja lagi, Jimie, anak kedua saya, akan menduduki PMR. Dia betul-betul tertekan kini. Jimie sentiasa inginkan kemenangan. Pantang untuknya menerima kekalahan.

Tadi, waktu berbuka, dia nampak cukup resah dan tertekan. Saya biarkan dia melayan perasaan. Dan, di akhir waktu berbuka, saya katakan padanya: "PMR adalah satu dari banyak ujian yang Mie kena tempuh. Tapi, ia bukan penghabisan cerita. Mie kena cuba seberapa daya untuk dapat yang terbaik buat Mimie, bukan untuk orang lain. Doa banyak-banyak, Insyaallah, semuanya jadi mudah untuk Mie."

Suara saya sendiri tersekat-sekat... Saya mahu dia dapat straight As kerana dia mampu melakukannya. Namun, saya tidak mahu dia menyeksa perasaannya sendiri. Tanpa sesiapa menduga, airmata anak bujang saya mengalir deras.... Aah...luluh hati saya melihat dia mengalirkan airmata....

Kami semua ketawa, termasuk Bibik Seri. Kelakar ada, sedih pun ada. Saya doa siang dan malam, 24 jam sehari, supaya dia berjaya mendapat 8A..... Saya tahu dan yakin doa seorang ibu akan dimakbulkan Tuhan, apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini....

Saturday, September 22, 2007

Hari Raya

Tak sampai beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya. Saya tidaklah sibuk sangat sekarang, tapi saya rasa saya sedang sedih..

Saya asyik teringat emak ayah saya yang telah pergi sepuluh tahun lalu. Saya juga teringat dua orang abang saya yang juga telah pergi. Saya tak tau kenapa.. Mungkin kerana di hari raya kami selalunya berkumpul dan bergurau, bergaduh, bermasam muka dan bermaafan..

Abang saya, Abu Bakar Idris, meninggal pada 10 Mac 1994 di Hospital Kelang. Pada ketika itu arwah berusia 31 tahun 10 bulan. Kami berdua amat rapat. Ke sekolah bersama, pegi ngaji sama, gaduh sama.... beliau pergi kerana sakit buah pinggang, meninggalkan anak-anak: Aina Amira, kini 17 tahun, Amirul Akmal, kini 15 tahun, Amirul Afiq kini 13 tahun dan isteri, Anita Ahmad. Sewaktu abang saya pergi, isterinya sedang mengandungkan Afiq 7 bulan. Saya ada menulis sebuah 'novel' tentang arwah abang saya, dengan kakak ipar saya menjadi watak utama cerita tersebut. Saya tulis sewaktu saya sedang bergelut menyiapkan tesis Master's saya pada tahun 2002. namun hingga kini, saya masih belum menerbitkan novel tersebut. Saya tak tahu bagaimana....kalau ada sesiapa yang tahu, tolong beritahu saya.

Kakak ipar saya tidak mencari pengganti sehingga kini. Bagi saya, itu cinta sejati... Beliau besarkan ketiga-tiga anak sendirian. Saya dan keluarga lain membantu mana yang patut, namun bantuan kami tidak seberapa sebenarnya. Ita amat tabah dan kuat. Mia, Mamal dan Afiq kini membesar sebagai remaja yang cantik dan kacak. Namun, wajah mereka suram, terutama Mamal yang renungan matanya kosong... Tiap kali saya terpandang mereka, saya pasti menangis. Saya amat rindukan abang saya..

12 disember 1996, ayah saya, Idris Abdul Kadir, meninggal kerana sakit jantung. Beliau sakit sejak abang saya pergi. Keluar masuk IJN rutin beliau. Akhirnya ayah saya pergi pada pagi Khamis, dua hari sebelum pernikahan adik saya, Epah.... Empat bulan kemudian, emak saya, Saadiah Sujak, koma. Selepas Isya 16 Jun 2007, dia pula pergi tinggalkan kami semua yang sememangnya masih bermurung....

Kami adik beradik menjadi semakin rapat sejak pemergian mereka semua. Setiap cuti sekolah kami akan bersama di bukit tinggi yang dingin, atau berkejar-kejar di tepian pantai atau berjemur di pulau-pulau indah. Bila tiba Ramadan, kami akan berbuka bersama di rumah setiap dari kami bergilir-gilir. Dan, tengahari hariraya pertama, kami akan berkumpul di rumah arwah emak. Hari Raya kedua kami akan berkonvoi bersama, sekurang-kurangnya lima buah kereta, menziarah saudara-mara. Kami selalunya akan berpakaian mengikut tema warna. Macam kumpulan marhaban....

Kapten kami adalah abang kedua saya Mohd Aris Idris. Namun, pada 30 Mac 2006, Abang Aris pergi meninggalkan kami kerana sakit jantung ketika berusia 50 tahun. Semua kini hanya tinggal kenangan terindah. Kami sekeluarga masih bersama, namun, hari ini, saya berasa cukup sedih dan sunyi.....Aaaaaahhhhhh!!!!!! Saya rindu...

Friday, September 21, 2007

Doa buat Nurin

Betapa marahnya seluruh negara apabila menerima khabar tentang Nurin. Bodohnya manusia yang berhati syaitan itu. Saya kata dia bodoh kerana dia lupa yang Allah sedang memerhatikannya.

Saya amat berharap Nurin tidak mengalami kesakitan ketika didera. Saya takut untuk menutup mata dan berfikir yang Nurin menangis meminta tolong.... Anak-anak saya digigit nyamuk pun saya terjaga, inikan pula....

Tuhan...berikan kekuatan kepada ibubapa dan keluarga Nurin. Jangan sukarkan mereka lagi Ya Allah. Berat benar dugaan yang Kau beri kepada mereka. Namun, seperti janjiMu Ya Allah, Engkau tidak akan membebankan hambaMu dengan beban yang tidak mampu mereka pikul.

Nurin, kami pasti Nurin tenang di sana...Al-fathihah

Wednesday, September 19, 2007

Anand, Mas Idayu dan Steven

Hari Ahad lepas Steven Pang, bekas pelajar Bachelor in Accountancy BIA) saya, menalipon dari Singapura. Beliau memberitahu bahawa beliau kini bekerja di tempat baru. Sebuah multinational milik American di Singapura. Steven menyatakan terimakasihnya kepada saya kerana nasihat dan galakan yang saya beri kepadanya selama ini. Saya mengajar Steven Theory of Accounting di semester akhir beliau pada tahun 2006.

Hari Selasa petang, Anand menalipon saya dengan suara terketar-ketar. Anand adalah pelajar Bachelor in Business Management yang saya ajar subjek International Financial Management tahun 2006 juga. Anand amat gembira kerana beliau yang kini bekerja di HSBC Bank telah mendapat tawaran untuk menjalani latihan di HSBC London mulai 16 Oktober ini selama dua bulan. Anand berjanji akan membawa saya ke Peranchis sekiranya beliau ada wang yang cukup.

Malamnya, Mas Idayu, seorang lagi pelajar BIA saya menalipon memberitahu yang beliau akan mula bekerja keesokan harinya di Strawberry Park Resort, Kijal, Terengganu.

Cerita di atas hanya secebis dari kisah gembira yang dibawakan oleh bekas-bekas pelajar saya. Mereka berjaya, saya tumpang gembira. Setiap kali saya mengajar, saya bukan hanya memberi mereka apa yang terkandung dalam silibas, tetapi saya sering letakkan benchmark kejayaan mereka. Saya sering tekankan tentang keupayaan lain yang mereka perlu ada untuk mendapat yang terbaik. Saya sering jadikan pengalaman saya dahulu sebagai rujukan. Saya pernah bekerja di Coopers, Big 4 dalam audit di dunia. Saya pernah kerja di Uniphone dan Celcom, public listed company dan saya pernah berada di Alcatel, sebuah multinational. APa yang saya ada? Selain dari kelayakan akademik, saya punya self-confidence yang tinggi dan kemampuan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Saya mahu anak-anak yang saya didik merasai pengalaman bekerja di firma dan syarikat besar kerana mereka akan dapat pendedahan yang tidak ternilai. Antara pengalaman yang saya perolehi ketika bekerja di syarikat besar adalah peluang melihat dan mengembara ke negara orang, bekerja dengan orang asing dan saya mendapat gaji lumayan.

Kenapa saya di sini? Gaji, Pangkat? Langsung tidak.... Saya di sini hanya kerana saya rasa inilah masanya saya curahkan apa yang saya telah perolehi kepada orang lain. Saya akan pastikan anak-anak ini pergi lebih jaih dan melompat lebih tinggi! Insya Allah.

Doa buat Guru

Semalam adalah kelas terakhir saya dengan pelajar-pelajar bachelor in International Business majoring in Banking & Finance. Saya mengajar mereka sejak bulan November 2006, iaitu subjek International Financial Management dan sejak May 2007, subjek International Financial Analysis & Reporting. Pelajar-pelajar ini akan menduduki peperiksaan minggu hadapan dan selepas Aidilfitri ini mereka akan mula bekerja.

Saya rasa sebak dan terharu kerana mereka antara pelajar-pelajar kesayangan saya. Walaupun tidak saya nafikan ada antara mereka yang sering menyakitkan hati, namun bukan kesemuanya begitu. Saat mereka mahu keluar dari kelas, setiap dari mereka bersalam dan mencium tangan saya memohon restu agar mereka berjaya. Lelaki, perempuan, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban....mereka ibarat anak-anak saya sendiri. Sebagai guru, tiada apa yang lebih membanggakan saya selain dari melihat dan mendengar kejayaan mereka.

Setelah hampir dua tahun saya menjadi pensyarah, saya dapat rasakan bahawa kepuasan ini tidak dapat ditandingi dengan wang ringgit dan glamor di sektor korporat.

Ingin saya nyatakan betapa saya sendiri amat menghargai setiap ilmu yang dicurahkan oleh semua pensyarah-pensyarah dan guru-guru saya dulu. Ada antara mereka yang telah pergi, namun ilmu yang mereka beri dan saya amalkan sehingga hari ini tidak akan habis. Hanya Allah yang dapat membalas. Semoga kalian beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat.

P/S: Guru-guru saya di SRK (P) Bukit Kuda, Kelang, SM (P) Methodist, Klang, SM Teknik, Kuala Lumpur, UiTM Shah Alam (Diploma & Advanced Diploma in Accountancy) dan Masters of Accountancy, UiTM Shah Alam.

Monday, September 17, 2007

Buka Puasa Bersama Keluarga

Sabtu, 15 Sept. 07, saya menjemput seluruh adik-beradik saya (saya anak ke 8 dari sepuluh beradik) untuk datang berbuka puasa di rumah saya. Ini adalah rutin tahunan kami sekeluarga, setiap minggu di rumah setiap seorang dari kami. Saya sentiasa menjadi hos pertama kerana suami saya selalunya teramat sibuk pada minggu-minggu terakhir Ramadan kerana kunjungan ke kedainya menjadi semakin rancak menjelang hari-hari terakhir puasa.



Menu yang saya sediakan: Nasi putih, siput sedut masak lemak dengan batang keladi, kerabu mangga (mangga petik kat depan rumah), ikan pari bakar dengan air asam, ayam goreng istimewa (resepi bibik seri), sayur goreng, ulam dan sambal tempoyak. Adik saya, Epah, datang membawa cempedak goreng, Kak Non datang dengan popia dan tauhu sumbat, Kak We dengan nenas, betik dan air soya, Kak Uji dengan soto dan cempedak goreng dan Kak Wie tiba sebagai orang terakhir (Kancilnya mati di traffic light!) dengan tembikai dan kuih-kuih kiriman Ita, kakak ipar saya..



Ulong juga sampai dengan anak-anaknya, Iwan yang belajar di UiTM dan Yin di UKM. Meriahnya suasana di rumah saya hari itu. Sebanyak-banyak makanan yang saya hidang, semuanya licin! Kami berjemaah Maghrib, Isya' dan terawih di rumah saya. Seronok betul saya hari itu....



Keesokannya, Ahad 16/9, kami berkumpul di rumah emak di Kg Kuantan pulak. Tak sangka pula semua adik beradik suami saya hadir. Mujur saya beli daging dan sotong banyak semalamnya. Hidangan hari itu: Nasi putih, daging masak lemak cili api, sambal sotong, sayur goreng, ikan masin dan sambal belacan belimbing. Ngah Uji tambah ikan terubuk bakar dengan sambal asam. Segala macam buah ada - tembikai, tembikai susu, mangga, nenas dan betik.... Emak buat bubur som-som kegemaran semua...Masing-masing pesan pada Ira supaya tidak menghabiskannya! Kami makan dan terus makan tanpa henti. Selepas Maghrib, masing-masing minta urut dari Uda (kakak ipar saya ni pandai mengurut). Ira (pelajar ACCA final) juga sedang mengambil Diploma Fisioterapi dengan MSN. Dia pun mengurut juga. Eija, anak buah suami saya, adalah Mak Andam. Yang buat facial pun ada!!!



Suasana meriah pada hari itu diakhiri dengan sembahyang terawih berjemaah. Sekali lagi anak saya bergembira dengan sepupu-sepupu mereka. Emak tersenyum lebar di akhir pertemuan istimewa kami tahun ini.... Mudah-mudahan ada lagi situasi ini tahun hadapan....

Thursday, September 13, 2007

Gempa bumi, Terawaih dan Puasa

Semalam, hari Rabu 12 September 2007. Gempa bumi berskala 8.3 menggegarkan Jambi di Sumatera pada pukul 6.30 petang. Banyak kemusnahan berlaku dan banyak jiwa terkorban. Ancaman tsunami juga dikeluarkan. Kita di Malaysia mendapat berita ini menerusi TV. Saya dan keluarga terdiam di depan TV. Waktu itu kami sedang bersiap untuk ke surau mengerjakan solat Isya' dan terawih.

Saya rasa amat bersyukur kerana dapat mengerjakan solat terawih dengan jayanya, walaupun saya teramat penat dan kaki saya begitu 'ketat' sekali. Saya takut sekiranya saya hanya mendapat 'niat' semata-mata, namun akhirnya, alhamdulillah saya berjaya menghabiskan solat terawih pertama saya untuk tahun ini.

Pengerusi surau mengingatkan jemaah (di antara Isya' dan terawih) supaya bersyukur kerana kita masih berpeluang menghadapi Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu. Kerana itu beliau mengingatkan jemaah supaya berpuasa sebaik mungkin seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir dalam hidup kita. Satu lagi pesan beliau ialah banyakkan solat-solat sunat, banyakkan sedekah dan banyakkan membantu sesama manusia kerana Allah akan sentiasa membantu kita di saat-saat kita amat memerlukan.

Sekitar pukul 4 pagi, saya terbangun. Malasnya.....tiba-tiba hidung saya terbau ayam goreng. Sah, bibik dah bangun siapkan makanan....tak payah saya bangun masak...boleh sambung tidur lagi.... Tahun ini, satu kerusi kosong. Lala tidak bersama kami dan saya pasti dia amat bersedih di perantauan. Entah bangun ke tidak anak dara saya yang kuat makan itu..... Saya buang rasa sedih kerana ini hakikat yang harus saya hadapi. Dalam hati berbisik, rasanya tahun depan Mimie pun akan bersahur dengan kawan-kawan di asrama....

Pukul 7 pagi, Mimie bersiap untuk ke sekolah. Aik???Pakai songkok? Katanya...puasa lah Ma... Tengahari tadi Abey pun bersongkok ke sekolah.....Kelakar anak-anak ku....

Mudah2an kami sekeluarga mendapat keberkatan di Ramadhan yang mulia ini...

Monday, September 10, 2007

Bajet

Beberapa hari lepas bajet 2008 diumumkan. Seperti biasa, ia tidak memberi kesan kepada saya. Kalau adapun sedikit, saya tak perlu beli buku sekolah anak-anak tahun depan. Yang lain, tak ada apa. Kakitangan kerajaan tak dapat bonus, baik untuk saya kerana untuk seorang yang bergaji kecil di sektor swasta, sekurang-kurangnya kita serupa......

Namun , ingin saya cerita sedikit tentang bajet yang sepatutnya kita amalkan dalam hidup kita. (Saya tidak mengamalkan cara yang paling efektif ini kerana merasakan saya boleh mengawal cara perbelanjaan saya, maklum saja lah, saya ni kan akauntan!!! Malangnya saya gagal...)

Saya bersembang dengan kakak saya yang mengamalkan sistem bajet yang saya sarankan kepadanya berbelas tahun yang lalu. Ketawa besar kakak saya waktu saya katakan yang saya sering sangat keputusan wang. Beliau pula....dapat buat simpanan yang begitu besar....

Bajet yang saya maksudkan ialah seperti berikut: setiap bulan masukkan sejumlah wang untuk kegunaan spesifik di dalam satu sampul/bungkusan/bekas. Katakan: kita masukkan RM300 ke dalam bekas pertama untuk minyak kereta sepanjang tempoh sebulan pada setiap 1hb. Bekas yang kedua pula diisi dengan perbelanjaan dapur, mengikut kebiasaan kita berbelanja. Kalau isirumah saya, RM700 lah kut. Bekas ketiga pula untuk saya bayar api, air dan talipon. RM500 rasanya. Kemudian, bekas untuk belanja sekolah anak-anak. Kalau 3 orang anak, RM5 seorang sehari, bererti RM450. Katakan pendapatan bersih yang saya dan suami bawa pulang ialah RM5,000, tolakkan dulu bayaran kekal seperti ansuran rumah RM1,200, ansuran kereta RM800, dan orang gaji RM500 sebelum kita tolakkan bajet yang telah dimasukkan ke dalam bekas tadi. Baki di tangan hanya ada RM550. Kakak saya tidak akan belanjakan lebih dari RM550 untuk makan di luar atau beli barangan lain. Sekiranya dia perlu juga untuk membeli sesuatu barangan, dia akan cuba mendapatkan pendapatan sampingan seperti kerja overtime.

Setelah lebih 15 tahun mengikut dengan tekun rejim bajet ini, kakak saya berjaya menyimpan sejumlah besar wang. Dialah banker dalam keluarga kami walaupun pendapatannya mungkin hanya seperempat dari gaji saya.... Kata beliau, setiap akhir bulan akan ada lebihan dalam bekas2 yang disediakannya. Diambilnya duit dari bekas tersebut dan disimpan di dalam ASB atau Tabung Haji.

Saya terkedu mendengar apa yang kakak saya ceritakan. Betapa rapuhnya kekuatan hati saya.. Dapat saja gaji, mula beli itu dan ini. Menyimpan hari ni, esok korek balik. Jawapannya, saya kopak selalu. Nak senangkan hati sendiri, saya kata yang saya ada simpanan banyak dalam EPF, yang juga saya laburkan dalam unit-unit amanah saham yang memberi saya pulangan banyak....Sebenarnya, saya gagal merealisasikan ajaran saya....Malu!!!!

Saya berazam untuk mencari bekas-bekas yang akan saya isikan dengan jumlah-jumlah yang sepatutnya selepas ini. Saya akan pastikan saya tidak akan kopak lagi beberapa bulan lagi....YES! Saya pasti berjaya melakukannya....ahakkkk!

Wednesday, August 29, 2007

Read between the lines

Saya selalu tekankan kepada students tentang istilah ini. Saya mahu mereka menjadi manusia yang boleh membaca situasi. Saya mahu mereka menjadi manusia yang faham apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Saya akui saya bukan A student. Saya bukan pandai macam mereka lain, yang sentiasa dapat straight As. Tapi, saya consider diri saya sebagai seorang yang tahu apa yang berlaku di sekeliling saya. Itu membuatkan diri saya lebih ke depan dibanding dengan orang lain. Biarpun ukuran kejayaan ialah subjektif, namun dikira dari apa yang telah saya lalui, saya mengaku yang saya agak mendahului ramai rakan lain dalam pengalaman.

Saya pernah melalui kepayahan mengharungi krisis kewangan 1997-1998. Saya dan suami hilang hampir RM1 juta dalam perniagaan. Lungkup kata orang. Namun kami tidak muflis. Kami belum mati, masih bernyawa, makanya kami bangkit dengan segala kesukaran. Waktu itu, kami hanya ada diri kami, dan anak-anak. Keluarga lain entah di mana. Akhirnya, kami berjaya membayar hutang-hutang besar, contohnya, hutang bank sejumlah RM736,000! Disebabkan itulah makanya kami tak punya apa2 kini. Namun, jika dihitung secara qualitatif, pengalaman kami amat tinggi nilainya. Tanyalah apa yang menakutkan saya kini....hanya satu. Saya takut jika Allah murka pada saya. Selain dari itu, tiada apa. Setakat tak bayar saman polis, saman MBSA, saman hutang credit card...ala, itu peanuts.....

Kebolehan memahami grey areas amat penting. Bacalah between the lines, kerana setiap sesuatu ada maksud yang tersirat....

Wednesday, August 22, 2007

Mas

Saya ada seorang kawan. Dia kalut. Apa pun yang berlaku akan membuat dia kalut. Dan, kalau dia sedang kalut, alamatnya dia akan membuatkan orang lain kalut.

Semalam dia buat kami kalut. Seharian pening kepala saya kerana pagi-pagi lagi dia dah kalut. Tapi, akhirnya, saya ketawa melihat gelagatnya. Mas oh Mas.... agaknya pejabat ni sunyi tanpa suaranya....

Tuesday, August 21, 2007

Sahabat

Tahun 1986, saya memasuki ITM (kini UiTM) di Shah Alam mengikuti kursus Diploma Perakaunan. Pada ketika itulah saya mengenali dia, sahabat saya. Dia berasal dari Perak dan tinggal di Kajang. Sahabat saya ni pendiam, pandai dan memilih teman. Kami berada dalam kelas yang sama dari semester satu hingga semester enam. Kemudiannya kami menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda di tempat yang sama. Dia masih sekelas dengan saya. Bersama kami adalah Azizan Aziz, Ruziah Ahmad, Noorlida Khalid, Rahim Adam, Azmi 'Jimmy' Manap, Azlan Ramli, Nora Azmah Md Isa dan ramai lagi yang hampir terlupa nama mereka. Kami bertemu dengan pelajar-pelajar yang datang dari kampus cawangan seperti Nuraini Kurdi, Nik Noor Faridah, Mokhtar, Rohani dan (maaf saya lupa). Ramai juga kakak-kakak dan abang-abang senior yang menyertai kami seperti arwah Abang Razali, arwah Abang Amran Othman (AO), Kak Norliza Rosli, Kak Ngah, Kak Sal, Kak Normah UPM, Uncle Badorshah, Usop 'Bulat', dan beberapa lagi nama yang telah saya lupa.... (Adakah Samser dan Salmah????hahaha).

Tamat saja pengajian, saya mulakan hidup baru sebagai isteri orang. Sahabat saya mendapat kerja di Price Waterhouse sementara saya di Coopers & Lybrand. Saya sibuk dengan kerja, suami dan anak sementara sahabat saya sibuk membina kerjaya. Dia berjaya mendapatkan PA dan menjadi akauntan bertauliah. Dalam masa sama, saya bina kerjaya dalam sektor korporat dan menambah bilangan ahli keluarga.

Kami tidak terputus hubungan. Di kala saya sibuk membesarkan dua anak yang nakal, sahabat saya mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis idaman. Dia memang inginkan isteri yang mengikut kata. Bukan wanita seperti saya yang suka membuat keputusan sendiri....

Kami dipertemukan semula di Celcom pada sekitar tahun 1995. Dia di mobile, saya di transmission. Malangnya keadaan tidak membenarkan kami rapat seperti biasa. Namun, dia tetap istimewa di hati saya.

Kini, setelah hampir 24 tahun usia persahabatan kami, kami masih bersama mengharungi hidup dengan dunia masing-masing. Dia sentiasa ada masa untuk saya. Dia sentiasa ingat harijadi saya. Dia sentiasa membantu saya apabila saya memerlukan.

Saya pernah meminta dia memberi syarahan kepada pelajar-pelajar saya. Tanpa ragu-ragu dia kata, ok. Pagi tadi saya hubungi dia lagi. Seorang pelajar saya memerlukan tempat untuk menjalani latihan praktikal. Dia tidak menjawab talipon, sebaliknya menghantar sms. Saya balas sms mengatakan saya perlukan tempat buat pelajar saya di pejabatnya. Jawapannya: o.k.

Itulah dia. Cukup istimewa persahabatan kami kerana kami cukup rapat, tanpa ada rasa cinta, atau curiga. Kami saling menyayangi, sebagai sahabat sejati. Moga Allah merahmati kehidupannya sekeluarga dunia dan akhirat.

Buat dia: Nazaruddin Abdul Rahim.

Monday, August 13, 2007

Kanser

Minggu lepas, suami saya beritahu tentang seorang rakan sekelasnya, Brigedier General Datuk Razif. Beliau berkahwin dengan rakan sekelas di universiti, dan baru pulang ke tanahair selepas hampir 5 tahun tinggal di UK. Isteri Datuk Razif, Datin Zalina, seusia suami saya, 43 tahun dan sedang menderita sakit kanser di HUKM.


Suami saya sempat mengunjungi Datin Zalina di HUKM. Keseluruhan organ di dalam perutnya telah dibuang, namun perut Datin Zalina sebesar perempuan mengandung 9 bulan... Sedihnya mendengar cerita suami saya.


Dua hari lalu, suami saya mengajak saya ke rumah Datuk Razif kerana diberitahu yang Datin Zalina berada dalam keadaan kritikal dan telah dibawa pulang atas nasihat Doktor. Bila saya free, suami saya pula sibuk, dan begitulah seterusnya sehingga pagi ini suami saya menerima SMS yang Datin Zalina telah pulang ke pangkuan Illahi

Sunday, August 12, 2007

Panir Selvam @ Patrick

Arwah ayah mertua saya dimasukkan ke IJN pada sekitar tahun 2000 untuk menjalani ‘Indiogram’. Beliau menghadapi masalah jantung dan sebelum itu dirawat di hospital Kelang.

Abah ditempatkan di kelas pertama, menggunakan kemudahan Abang yang merupakan pegawai tinggi PDRM. Abah berkongsi bilik dengan seorang lelaki India, dalam lingkungan usia 40an. Siapa pun dia, kami tidak ambil peduli….

Saya mengunjungi Abah setiap hari, sehingga tiba hari Abah perlu menjalani “indiogram” yang dijadualkan pada pukul 9 pagi. Malangnya, jadual dilewatkan hingga pukul 2 kerana ada hal kecemasan. Pada waktu itu saya kenal teman sebilik Abah, Mr Panir Selvam. Mulanya saya ingat dia Mamak, kerana dia fasih berbahasa melayu dan sering mengucapkan salam dan menyebut-nyebut nama Allah. Saya berbual dengan Mr Panir, dan sempat mengusik beliau bersama-sama Abah. Pukul 145 tengahari itu, saya bergegas pulang ke pejabat dan berjanji pada Abah untuk datang semula selepas waktu pejabat….

Oh ya…Saya ‘terpaksa’ berbual dengan Mr Panir sebenarnya, kerana saya tiada teman berbual. Suami saya mengambil posisi di sebelah Abah yang sedang berbaring di katilnya. Dia tidur di celah ketiak abah…Tidur lena. Saya nampak dengan mata saya sendiri bagaimana Abah memeluk erat bahu suami saya sambil matanya tidak lepas memandang wajah suami saya. Abah asyik tersenyum….saya tidak sanggup untuk mengganggu detik-detik manis itu, makanya, saya beralih memandang Mr Panir yang keseorangan dan bersembang dengannya…..

Saya tiba di pejabat sebelum pukul 2. Suami saya terus kembali ke Shah Alam untuk bertemu dengan pelanggannya. Lebih kurang pukul 220, saya dikejutkan dengan panggilan talipon dari Ngah Uji, kakak ipar saya, yang mengatakan Abah telah pergi selama-lamanya sewaktu ujian “indiogram’ dijalankan ke atasnya…..

Saya cukup terkilan kerana meninggalkan IJN, namun saya agak bangga kerana bersama Abah menghabiskan detik-detik terakhir beliau.....Sewaktu saya kembali ke bilik Abah bersama suami untuk mengambil barang-barang Abah, Mr Panir menghampiri suami saya dan memeluk suami saya seraya berkata,”Brother, we are brothers forever. I love your Dad. He is my Dad too. We shared so many things last night, and I’ve never been so close to someone like him. Your wife has my number, and please, contact me. Jangan sesekali kita putuskan persaudaraan ini….’ Lebih kurang begitulah kata-kata Mr Panir.

Sekali dulu kami pernah mengunjungi rumahnya sewaktu kami bercuti ke Bukit Merah, itupun kerana kami tidak dapat meraikan Krismas bersamanya biarpun beliau telah menyiapkan dua buah bilik hotel buat kami. (kami tahu adalah salah di sisi agama kita meraikan perayaan agama lain). Mr Panir tinggal di sebuah rumah banglo yang amat besar....di tengah bandar Ipoh. Rupanya beliau adalah tuanpunya ladang teh ”BlueValley” di Cameron Highlands.

Dua hari lepas, saya menghubungi Mr Panir selepas hampir enam tahun kami tidak berhubungan. Saya agak terharu dan terkejut juga kerana beliau kenal suara saya....”Sister, I know it is you....”. Dan dia cukup gembira bila saya katakan yang kami berada di Ipoh pada waktu itu.

Tengahari 9/8/07, Mr Panir menalipon dan berjanji untuk datang menjemput kami makan malam pukul 830 malam. Tepat seperti yang dijanjikan, sebuah Mercedes besar datang dan membawa kami keluar. Pada ketika Mr Panir melihat suami saya, dia bergegas keluar dari keretanya dan memeluk erat suami saya…..Beliau memperkenalkan diri kepada Abey, anak saya….”I am your father’s big brother. We share same father…..So, you have to call me Uncle.”. Pening kepala Abey agaknya……takkanlah TokBah ada anak nama Panir Selvam, India, ada lambang “t’ tergantung di kereta…..

Kami dijamu di restoran milik Mr Panir, di dalam Hotel Syuen, Ipoh. Abo amat gembira kerana ada banyak belon…..Ada ramai tetamu di situ, meraikan harijadi anak seorang orang kenamaan Perak…

Kemudiannya, kami dihantar pulang. Dengan janji untuk bertemu kembali…Mr Panir sedang dalam kesepian kerana isteri kesayangannya baru 8 bulan meninggal dunia akibat kanser. Dia kini ditemani anak-anak yang telah dewasa. Kami harap dia bertemu cinta baru….tidak sukar baginya, kerana wang dan kedudukan ada padanya….

Itulah istimewanya rakyat Malaysia. Saya teringat kisah mendiang Loga Alleycats, yang mempunyai adik angkat perempuan Melayu, bertudung, yang amat disayanginya….. Saya juga punya abang ipar, India, beragama Kristian….hahahaha….istimewa betul hidup ini. Apapun, bukankah kita ni semua milik Allah yang satu?

Rafidah, Zaharah, Salina dan Nurlida

4 gadis, seorang kecik cenonet, sorang kurus tinggi dan yang dua lagi comel, betul-betul punya comel. Seiras Manjalara….Mereka berkawan rapat, sejak bersekolah hinggalah kini. Mereka anak-anak murid saya, yang saya marah, saya tengking, dan saya peluk….

Saya ke Ipoh menyelia latihan industri mereka. Rafidah, Salina dan Zaharah menjalani latihan industri di pejabat yang sama, sebuah firma audit kepunyaan bumiputra. Ketiga-tiga mereka ini pendiam orangnya, itu yang saya kenal. Tetapi, rupanya saya kurang mengenali mereka…..

Saya dijemput di hotel penginapan saya, dibawa makan tengahari, kemudian ditemukan dengan Pengurus tempat mereka bekerja. Saya dikejutkan dengan kenyataan bahawa Rafidah dan Zaharah sebenarnya adalah periang, tidak pendiam dan senang berkomunikasi….mereka benar-benar dipuji….Salina, seperti biasa, yang paling menonjol dari segi akademik.

Rafidah kemudian membawa saya ke tempat kerja Nurlida di tengah bandar Ipoh. Nurlida agak tenang, walaupun saya diberitahu yang majikannya tidak begitu menghargai kerja-kerja yang dilakukannya. Dia dipergunakan, bayaran elaun hanya seratus sebulan, tetapi beliau dikehendaki ke sana ke mari, setiap hari, menaiki motosikalnya tanpa dibayar duit minyak. Majikannya, sepasang suami isteri Melayu, yang menggunakan pelajar-pelajar praktikal sebagai kakitangan mereka…… Sebelum pulang, Rafidah sempat menyerahkan sebuah kotak besar kepada saya. Isinya…..labu sayung yang telah diubahsuai menjadi lampu meja….Cukup cantik…Ia membuat saya begitu terharu!

Keesokannya, Rafidah datang dengan keretanya ke hotel saya dan memindahkan keseluruhan isi Kancil kesayangannya ke dalam but kereta saya…..Durian, rambutan, pulasan, manggis dan tempoyak dari Taiping…..Mak oiiii…banyak betul…..!

Khas buat keempat-empat pelajar saya, terimakasih kerana saya tahu kamu semua menyayangi saya….Kamu buat saya terus bersemangat untuk meneruskan apa yang saya sedang lakukan. Jika diikutkan kata hati saya, saya nekad untuk meninggalkan bidang ini, namun, bila saya berdepan dengan segelintir pelajar yang amat dekat dengan hati saya….saya keliru…..

Kali Pertama

Rabu lalu saya dan dua orang anak saya, Abey dan Abo menempuh pengalaman baru. Kami menaiki bas ekspress ke Ipoh. Percaya atau tidak, inilah pengalaman pertama saya menaiki bas ekspress. Waktu student dulu pernah gak naik bas jauh, tapi bas lompat….

Saya membuat keputusan untuk menaiki bas kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Suami saya sudahpun berada di Ipoh waktu itu. Pulang dari pejabat, saya ke Seksyen 17 mencari tiket. Sebelum itu saya mendapat panggilan dari Salina, anak murid saya supaya saya menaiki Perak Roadways pukul 5.30 petang. Tak sempat....sebab waktu itu dahpun pukul 5. Selain dari bas, saya boleh mencuba keretapi dari KL Sentral pada pukul 8.30 malam, bererti saya kena naik keretapi dari Shah Alam paling lewat pukul 7.30. Pun tak sempat. Makanya, saya pun pergilah ke Seksyen 17 untuk mencari tiket. Alhamdulillah, ada tiket pukul 9.45 malam.

Salina menalipon lagi. Katanya, lebih baik jika saya ke Puduraya. Bila saya balas balik dan beritahu Salina yang saya tak tahu nak ke Pudu naik bas apa....dibantainya ketawa. Saya memang tau macammana nak ke Pudu, tapi, dengan kereta....bukan dengan bas....

Selepas saya berjaya membeli tiket, saya menyusun langkah seterusnya, iaitu, mencari teksi. Saya bawa kereta ke hadapan asrama Jati UiTM di Seksyen 2 di mana terdapat banyak teksi berderet menunggu penumpang. Agak mudah untuk saya mendapat nombor teksi.... Not bad!

Pukul 9 malam, teksi yang saya panggil pun sampai. Abo cukup gembira nak naik BASH. Kami berlepas dengan teksi ke Seksyen 17. Oh....Cuma RM7! Saya dah siapkan RM15.... (Kalau ada pemandu teksi yang membaca, harapnya, janganlah dinaikkan harga ye Bang!) Dah sampai, tak tau pulak nak tunggu di mana....Kami duduk saja mengharap ada yang memberitahu. Dan, betul sangkaan saya, ada pembesar suara memanggil penumpang-penumpang.....Maka, masuklah kami bertiga ke dalam perut bas ’Super Nice’, yang bertaraf ’VIP’, dengan hanya 26 tempat duduk menghala ke utara, tepat pada jam 945 malam, Rabu 8/8/07. Pengalaman pertama saya yang telah berusia 42 tahun, Abey yang berumur 13 tahun dan Abo yang baru berumur 3 tahun......

Perjalanan itu memang mengasyikkan buat kami kerana tidak sampai 15 minit kemudian, saya tidak sedar apa yang berlaku sehingga terdengar suara .....”Ipoh!”, ”Ipoh”....dan suasana di dalam bas serta-merta menjadi terang benderang.....Sampai juga kami di Ipoh pada pukul 1245 malam.....Alhamdulillah.

Tuesday, August 7, 2007

Tempat baru

Semalam kami berpindah pejabat. Ke tempat yang lebih 'condusive'. Jiwa rasa tenang dan keinginan untuk bekerja agak tinggi. Saya masih berjiran dengan As dan Dr Shan - dua jiran yang sering menjadi tempat saya meluahkan perasaan... Ada yang seronok, ada yang tidak menyeronokkan, cuma tempat ini lebih baik dari tempat sebelum ini. Itu yang pasti.

Sejak beberapa hari yang lepas, saya sering diserang sakit kepala. Sakit yang agak melampau. Doktor nasihatkan saya supaya menjauhi tekanan. Teringat arwah emak yang pergi kerana tidak mampu melawan tekanan selepas ditinggal arwah Bapak. Emak membiarkan dirinya diselubungi stress dan akhirnya dia tewas. Darah membeku di tengah kepalanya dan akhirnya emak koma selama 3 minggu sebelum dia menyusul bapak yang pergi enam bulan sebelumnya. Saya takut sungguh dengan kemungkinan yang mungkin terjadi....

Harapnya Allah terus beri kekuatan kepada saya untuk tabah menghadapi semua dugaan ini...

Monday, August 6, 2007

Harijadi

Tiga hari lepas, saya menyambut harijadi yang ke 42. Alhamdulillah, saya masih sihat segar di dunia indah ini biarpun telah 42 tahun saya berada di sini. Sewaktu saya bangun di Subuh nan indah itu, tidak putus-putus saya ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana saya dikurniakan segala yang saya inginkan. Suami yang penyayang dan amat memahami, anak-anak yang taat dan cerdik. Anak sulung saya, Nabilla di UiTM. Dia penuh dengan keceriaan. Agak konservatif dalam banyak hal, namun moden dalam pemikiran. Nabilla seorang yang menunjukkan kematangan dalam kehidupannya. Seorang anak yang sering membuatkan saya mengalirkan airmata gembira kerana dia cukup strong. Dalam usia 18 tahun, Nabilla masih naive tentang pergaulan. Harapnya dia kekal begitu. Najmie, anak muda yang dadanya sarat dengan semangat. Dia memiliki kekuatan dalaman yang mengagumkan. Seorang yang punya wajah tampan, badan yang sasa dan ahli sukan dikagumi oleh ramai gadis. Siapa yang tidak kenal Najmie, seorang pemimpin pelajar dan pemain ragbi negeri...Ketul-ketul di tubuhnya membuktikan kekuatan fizikalnya. Nabil, Shah Rukh Khan melayu yang begitu kuat auranya. Biarpun tubuhnya kecil, dia umpama cili padi. Kelajuannya berlari sukar ditandingi, walaupun seringkali menjadi bahan usikan kerana sudah dua kali tangannya patah dalam tempoh enam bulan ini! Nabil seorang yang selalunya murah rezeki. Susah macammana pun hidupnya, selalunya dia akan dapat menghadapi masalah duit tanpa kita sendiri menduga...Dan, si kecil Naufal yang sentiasa ceria. Petahnya mulut berbicara, emosinya cukup stabil. Fikirannya dewasa biarpun gelagatnya manja dan keletah. Mereka berempat permata hati yang menerangi hidup saya selama ini. Di usia yang semakin meningkat ini, saya amat bersyukur kerana mereka dikurniakan kesihatan tubuh dan tiada kekurangan sedikitpun pada akal dan hati mereka.

Saya juga punya dua orang adik yang saya tahu amat sayangkan saya. Epah, seorang peguam yang mengorbankan cita-cita dan kerjaya demi anak-anak dan keluarga, sebaliknya menjadikan pensyarah sebagai kerjayanya. Dia tidak pernah melupakan saya....dan Anis, adik bongsu saya yang hanya kami faham perangainya. Anis bekerja di Kuala Lumpur, tidak sering menghubungi kami, namun tidak pernah lupa menhulurkan salam harijadi...

Juga tiga orang kakak yang amat saya sayangi. Tanpa mereka, saya pasti saya tidak sekuat ini. Kak Ani, guru besar sekolah rendah di Johor Baru, SMSnya pasti saya terima pada setiap harijadi saya. Kak Non, seorang kakitangan kerajaan yang selalu kena sakit kepala kerana darahnya sentiasa tinggi. Kak Non seorang manusia berjiwa mulia, yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila. Sewaktu saya belajar di universiti, dialah bank saya....Baju-baju raya saya kalau bukan dia yang beli, pastinya saya tidak punya baju raya.... Kak Wi pula kakak yang paling rapat dengan saya. Kami membesar bersama. Sewaktu kecil, Kak Wi paling kuat menangis, mungkin kerana Abang yang nakal dan Kak Non yang lagi nakal. Kak Wi menghantar sepotong kain chiffon yang cukup cantik sebagai hadiah harijadi saya....Alhamdulillah...

Saya terima sejambak bunga ros dari ”All Guys” di rumah. Nabilla hanya dapat menyanyi di talian talipon. Di pejabat, bertalu-talu talipon berdering, panggilan dari pelajar-pelajar saya yang tahu tarikh lahir saya. Semalamnya, saya menerima sekotak coklat dari Lye Ming, bekas pelajar yang kini menjawat jawatan tinggi di Genting group.

Tengahari tu, suami membawa saya makan di My Mom’s Chicken Rice. Kemudiannya, saya berebut kembali ke kampus kerana Anna Theresa, pelajat semester akhir Sarjana Muda Perakaunan menalipon saya ingin bertemu. Sampai di pejabat, saya bergegas ke tingkat tiga mencari Anna. Alangkah terkejutnya saya bila kesemua pelajar semester akhir ada di sana bersama sebiji kek Secret Recipe yang besar dan ramai-ramai menyanyikan lagu ”Happy Birthday” buat saya. Saya sebak. Terharu. Tidak pernah saya sangka mereka menyayangi saya.... Saya umpama ibu yang amat garang kepada mereka. Namun saya tahu, mereka hargai apa yang saya lakukan kerana saya mendidik mereka untuk menjadikan mereka manusia berguna....

Sebelum saya meniup lilin (mereka letak 4 besar dan 4 kecil...alamak...saya terlebih umur la!), mereka menjerit minta saya buat birthday wish. Spontan itu, saya mengangkat tangan dan saya ucapkan, ”Ya Allah! Berilah kejayaan kepada anak-anakku ini....!”. Saya betul-betul ikhlas ketika menuturkan doa itu. Saya memang mahu mereka berjaya. Sekilas saya terpandang beberapa pelajar mengesat mata....Oh Tuhan....

Kami bergambar dan bergembira bersama. Ia pasti menjadi satu kenangan terindah buat saya....

Sampai jauh malam saya masih menerima sms dan panggilan talipon mengucapkan selamat buat saya. Hadiah yang saya terima tidak kurang banyaknya....

Ya Allah. Terimakasih kerana kurniaanMu. Biarpun aku tidak kaya dengan wang ringgit, tapi Kau jadikan aku manusia yang kaya dengan kasih sayang....Aku gembira dan amat bersyukur kerana tidak ramai yang memperolehi apa yang aku perolehi.....