Sunday, March 29, 2026

Mintalah padaKu

 Saya pernah dengar perkongsian dari seorang wanita Thailand yang membiayai pengajian universiti anak-anak di kampungnya. 

Beliau adalah salah seorang jutawan Amway yang mempunyai penghasilan jutaan dollar setahun. Memang banyak sangat la duit dia kan?

Selain itu, pelakon popular Indonesia, Dian Sastro juga menyediakan biasiswa kepada pelajar perempuan Indonesia untuk pengajian pasca siswazah.

Saya mahu jadi seperti mereka. Impian yang telah lama saya simpan. Namun, saya hanya mampu hulur, kadang sepuluh ringgit cuma, kepada anak-anak kawan atau kawan-kawan anak yang berjaya ke universiti. Allah belum izinkan saya membiayai pengajian anak-anak orang yang memerlukan. Namun cita-cita yang satu ini tidak pernah padam dari hati saya.

Isnin ini, 30/3/26, Naufal akan memulakan semester baru, di tahun terakhir pengajiannya di fakulti Kreatif Multimedia (pengiklanan) di MMU Cyberjaya. 

Sejak Naufal memulakan pengajian - dua tahun Diploma dan setahun Degree - kami siapkan yuran dari awal semester. 

Kali ini, ada sedikit hiccup, kena pula dengan bulan puasa dan hariraya, perang pulak lagi, (alasan semata-mata), makanya, hasil perniagaan amat memilukan.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, kuda perang kami rosak dan kos membaiki amat tinggi. Terdiam dia di bengkel sudah berbulan.

Seminggu sebelum raya, satu-satunya kenderaan yang kami ada, terhenti di tengah lebuhraya, waktu berbuka puasa. 

Jalani saja, Allah ada.

Kereta siap sehari sebelum raya, syukur, dapatlah berjalan di hariraya yang mulia. Pusing Klang semata.

Hariraya ke 3, kereta meragam lagi. Kena tarik ke bengkel dan patahlah kaki kami, sekali lagi.

Sabar. Allah nak bagi yang jauh lebih baik.

Naufal berbisik perlahan di kala otak saya sedang mengira kos baiki kereta - Ma, fees kena bayar sebelum Jumaat, or else, Abo tak boleh daftar subjects. 

Saya diam.

Lepas sehari, saya tanya Naufal lagi, 'worst case scenario?'

'Defer study, get any job and re register next semester, if we can pay the fees.'

Saya minta sehari untuk digest. Sebenarnya, beli masa untuk minta tolong dari yang di atas. Apa pun caranya, Dia sahaja yang tahu.

Lepas subuh, saya scroll wasap, membalas ucapan selamat hariraya. Ada seorang hamba Allah berbalas-balas ucapan dengan saya, tanya khabar - lebih tepat. Saya pun bercerita tentang kereta, dan lagi dan lagi.... Dia bukanlah kawan yang rapat. Entah kenapa hati ini rasa mudah pula mahu berkongsi dengan dia, Allah jua yang menggerakkan hati kita.

Dia jawab, 'Faham.'

Saya lega. Entah kenapa.

Malamnya, dia hantar mesej berbunyi,

'Allow me to sponsor Naufal's study this semester. Let me have the university's account no and the exact amount.'

Saya laju tulis reply, eh! tak perlu! 

Tapi, saya berhenti sejenak dan padam. 

Saya sedar dia mahu meraih pahala yang besar.

MasyaaAllah! Ada orang lain yang berjaya capai impian saya. Dia hanya insan biasa, tiada title sebelum namanya. 

Allah angkat darjatnya jauh ke atas dan saya sekeluarga doakan Allah kurniakan syurga tertinggi buatnya. 

Alhamdulillah. 

Naufal refer dia sebagai 'my rich aunty.'

Tuesday, January 3, 2023

Hari kedua 2023

Semalam, hari kedua tahun 2023, hati saya bagaikan kaca yang terhempas ke batu.

"Kak, esok akak nak bentang pinjaman kan? Nak beritahu yang Ina tak dapat datang."

Aduh! Penasaran saya.

Menangis betul-betul depan Allah. Bagaimana Ya Allah?

Petangnya, saya ke majlis ifthar di Kondo Kemuncak dengan hati bengkak diselaputi mendung. 

Masuk saja ke dalam lounge, ada tangan melambai. "Come! Sit here!"

Baru saja labuhkan punggung, ada lagi tangan melambai. "Dok sini la!"

Ewah! Beramai pula yang mengajak duduk bersama.

Tiba-tiba dapat hadiah cantik. 

Tiba-tiba ditanya mahukah menulis kisah so and so.

Tiba-tiba ramai yang mahu ambil gambar bersama.

Tiba-tiba ramai yang mahu membel buku yang belum pun diterbitkan.

Siapa aku sebenarnya, Ya Allah.

Jauh sangat beza Padang Jawa dengn seksyen 9 .

Balik rumah saya beritahu Boos, saya down giler. Boss ingatkan saya, yang sayang lebih ramai dari yang benci. Teruskan perjuangan. Kita tidak minta makan dari sesiapa. Kita ada Allah.

Teruskan berjalan. Lupakan mereka yang kerjanya melukakan. 

Wednesday, October 30, 2019

Sihir - Relapsed

Kira-kira 12 tahun lalu, Boss 'kehilangan' 6 bulan dari hidupnya akibat disihir. (Saya ada tulis di sekitar tahun 2007/2008). 

Alhamdulillah, berkat doa dan usaha yang tidak putus dari keluarga dan sahabat handai, Boss sembuh sedikit demi sedikit dan kembali menjadi dirinya sendiri.

Sejak akhir 2018, kami sibuk berniaga di Singapura, mencari jalan mendapatkan wang lebih kerana pertukaran wang. Bisnes memang rancak walaupun penat dan agak sukar. Hasil yang kami perolehi memuaskan hati. 

Last kami berniaga di sana seminggu sebelum raya. Boss pulak duduk sana sepanjang bulan puasa.

Lepas raya, jualan di kedai makin haru. Kami rasa susah sangat nak bergerak. Ditambah dengan dua tiga ujian lain, terus terang, kami hampir putus asa. 

Allah Maha Besar. Dia mendengar setiap bisikan di hati kita.

Satu hari saya dapat wasap dari Puan N. Suami beliau, Encik A adalah salah seorang perawat yang membantu Boss 12 tahun lalu. Puan N beritahu yang mereka ada di kedai kami sedang tengok-tengok batu. Entah kenapa En A begitu bersungguh-sungguh mahu datang. 

Kata Puan N, En A mahu bertemu kami selepas 20 minit berada di kedai. "Ada yang tak kena". Itu saja jawapan En A.

Seminggu kemudiannya, kami berdua tunggu kemunculan mereka. Subhanallah. Hampir 12 tahun tidak bertemu, banyak yang dibualkan.

Boss yang sedang melayan pelanggan tidak sempat bercakap dengan En A, tapi pandangan En A tetap kepadanya.

"How are you with him, Suria?"

Saya faham maksud En A.

"Lately ni dia selalu mengigau. Semalam dia cubit I sekuat2nya dalam tidor. Selalu juga meraung-raung macam dikejar. Bila I gerakkan dia suruh mengucap, baru okay. Mimpi serigala la, hantu la."

"Hmmm..."

Selepas pelanggan beredar, Boss pun duduk depan En A. Dia mengadu badannya gatal-gatal, merenyam macam banyak semut, terutama waktu nak solat. Tiap malam dia mimpi entah apa-apa.

En A minta Boss duduk depan dia dan minta izin untuk urut sikit. Baru kena pegang di bahu, Boss dah sendawa bertalu-talu, dan hampir muntah di situ.

En A kata, "Naha, you dah kena lagi sekali. Racun yang ada dalam badan you ni. I don't know who does this and why, but, insyaaAllah your family is safe. Berubatlah."

Terkedu kami. Terus-terusan beristighfar. 

Keesokannya, kami ke rumah En A bersama barang-barang yang diperlukan untuk rawatan. Mudah saja caranya, mandi, solat, zikir, baca Quran. 

Seminggu Boss ikuti dengan penuh tawaduk perawatan tersebut. Alhamdulillah, kali ini ianya lebih ringan dari yang dulu.

Boss masih teruskan pengisian hatinya dengan amalan perawatan. Ia sesuatu yang menyamankan. Malam-malamnya berganti dengan mimpi yang lebih indah. Namun, ada yang terus terpahat di fikiran.

"It seems that this is from the same person. A woman. Perhaps you have wrongly stepped on her feet or you have accidentally belittle her or maybe your promise has made her suffer. Only Allah knows, but from the way she or he did it onto you, they want you to die, slowly. They hate to see you smile. They don't want you to be happy and successful. They are really sick and full of hatred. Pray hard, Allah Maha Mengetahui. He tests you coz He knows you can handle. You are strong. Your inner strength has helped you a lot. Istiqomah in doing so. I can only help in certain ways."

😭😭😭😭

Hanya padaMu kami meminta pertolongan Ya Allah.

Wednesday, September 4, 2019

Matematik

Dalam Kuliah Maghrib di Masjid Negeri beberapa hari lalu, Ustaz mengingatkan jemaah dua perkara di bawah.

Terjemahan surah Al An'am ayat 160

"Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka tidak sedikit pun dianiaya (dirugikan)."

Begitu tinggi sekali penghargaan dari Allah, Pemilik segala yang ada di langit dan bumi.

Bandingkan dengan manusia. Seratus kebaikan kita buat, terselit pula satu kesilapan. Subhanallah. Yang satu tu saja yang disebut sampai berkurun lamanya.

Cuba kaitkan pula dengan ayat satu lagi iaitu ayat 261 surah AlBaqarah; terjemahannya:

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir @ tangkai, pada setiap bulir ada seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."

Punyalah senang nak dapat ganjaran. Sedekah satu dibalas 700. Malangnya ramai dari kita takut nak beri banyak. Sebab? Keyakinan cuma di mulut. Hati berbolak-balik.

Sehari dua ni, saya dok asyik dengar berulangkali dua ayat ni dari beberapa orang, adakah hati masih berayun-ayun?

Bak kata Ustaz Yusuf Mansur, Push yourself to the limit! Apa yang kita punyai, lihat sekeliling. Ambil apa yang kita punyai dan sedekah! Bagi pada anak yatim, orang miskin, fi sabilillah. Dan yakinlah bahawa Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, beratus kali lipat! Pokoknya Yakin! Bukan bolak balik. Tidak pernah salah untuk kita minta dunia sama Allah, asal jalannya betul. Orang miskin yang sabar adalah lebih baik dari orang kaya yang sabar, tetapi, menjadi orang miskin BUKAN sesuatu yang indah. Saya tidak kuat untuk terus berada di kedudukan ini. Saya mahu keluar dari keadaan yang membelenggu ini.

Saya berhajat mahu miliki itu ini, dan berusaha untuk mendapatkannya, lalu saya nyatakan kepada Allah dengan sepenuh jiwa dan raga di kala orang lain lena beradu. Saya serahkan kepada kebijaksanaan Allah selaku pemilik segala apa yang ada di langit dan bumi, untuk Dia penuhi hajat saya. Hanya pada Dia. Kerana di ayat 26&27 Surah AlImrah, Allah telah menyatakan bahawa (terjemahan):

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Allah hu Akbar.
Tiada sangsi di hati kami dengan janjiMu Ya Allah.

Come on Suria! Prove that you are not dreaming. You are praying. InsyaaAllah. 💪💪💪💪

Tuesday, August 27, 2019

Berlari mengejar Allah

Semalam dapat peluang duduk bersarapan dengan insan hebat yang banyak mendidik saya. Dialah kawan, pensyarah, supervisor dan mentor saya. Tiada dua dia dalam hidup saya. Kami dekat tapi jauh, jauh tapi dekat. Alhamdulillah. Kasih sayang tanpa sempadan dan tidak bersyarat.

Satu perkara yang disentuh amat menyentuh hati saya,

"I ralat Suria, sebab tak pernah tegur you tentang aurat. You kawan baik I, nak tegur tak sampai hati. Tapi hari ni, I beritahu betapa setiap hari I doakan you perbaiki pemakaian you. Tutup aurat sepenuhnya. Alhamdulillah. I nampak dah betapa you kini dah tutup penuh..."

Allah hu Akbar. Menitik airmata. Sedar diri. Betapa selama ini saya acuh tak acuh dengan aurat saya. Tutup tapi tak sempurna. Moga saya istiqomah dalam bab ini.

Kemudiannya kami sama-sama buat analisa. Mudah sangat nak dapat redha Allah sebenarnya. Banyakkan buat kebaikan. Cara mana?

Pukul berapa you bangun pagi tadi?
4 pagi.

Apa you buat?
Mandi & wudhuk.
- 1 kebaikan.

Lepas tu?
Solat tahajjud & solat witir
- 2 kebaikan

Then?
Pi masjid.
Zikir pagi - istighfar, tasbih dan selawat
Masuk seringgit dalam tabung masjid
Tahiyyatul Masjid
Baca AlWaqiah
Solat sunat fajar
Solat subuh
- 7 kebaikan

Okay, habis tu semua dalam pukul 630. Ternyata dalam masa 2 jam you dah buat 10 kebaikan. Allah kata, 1 kebaikan Allah gandakan 10. Maknanya, atas bahu kanan dah ada 100 kebaikan.

You kira, setiap 2 jam ada 100 kebaikan, tolak waktu tidor 6 jam, ada 18 jam maksudnya you dah boleh dapat 900 kebaikan sehari. Kalau you kejar ni, Suria, ada masa tak you nak ambik kisah pasal orang lain? Nak komen status orang kat sosial media? Nak duduk membawang citer pasal segala mak nenek masalah dunia? Ada?

Kebaikan bukan hanya solat, ngaji mahupun sedekah. Sambil jalan keluar dari kedai mamak yang you singgah breakfast lepas balik masjid, you nampak tong sampah tergolek dan sampah berterabur. You tolak sampah dengan kaki masukkan balik dalam tong dan dirikan tong pun dah dapat 1 kebaikan. Pasal apa? You mudahkan orang lain yang lalu di situ.

You bawak kereta depan deret kedai, nampak orang nak melintas. You slow down dan bagi depa lepas. 1 lagi kebaikan.

Dalam perjalanan nak hantar anak you ke sekolah, you berhenti kat makcik nasi lemak belikan bekal anak, you beli juga untuk staff kat ofis 10 biji karipap berharga RM5. Dah ada kebaikan.

Belum mula kerja lagi you dah kumpul berapa ratus kebaikan?

Makanya, Suria.. I selalu kata dalam kuliah-kuliah I. Matematik Allah ni, masyaaAllah. Semuanya kerana Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Lalu, kenapa kita manusia yang lemah tak de apa ni sombong sangat? Dok kejar dunia yang hanya menjanjikan kekecewaan dan tipu daya?

Mengalir airmata...




Wednesday, August 21, 2019

Anxiety

Saya biasa sangat dengar perkataan Anxiety. Anak sulong dan adik saya selalu cerita bagaimana mereka 'diserang' anxiety. Saya tak tau langsung apa benda anxiety ni, maksud saya, macamana ia boleh berlaku, kenapa, apa jadi, cara kawal dan 1001 soalan. Nak tanya, takut tersinggung.

Minggu lepas, Datin Diana Danielle share video di instagram beliau tentang anxiety. Masa tu beliau sedang menghadapinya. Ya Allah!!!

Baru saya tahu yang saya pernah berdepan dengan anxiety. Beberapa tahun lalu, saya dirawat di hospital. Saya tak tau apa sakit saya, tapi saya tahu ia teruk.

Dan minggu lepas, saya alami sakit yang tak sakit tu.

Kenapa?
Entah.

Saya rasa perut saya memulas (macam nak membuang tapi tak de apa) secara tiba-tiba, tapak tangan saya berpeluh-peluh, mual, duduk dalam aircond tapi peluh mencurah. Nafas pendek-pendek, jantung laju, kepala berpusing. Rimas rasa seluruh badan. Asyik sendawa dan kentut.

Tak tahu cara mana nak kembali normal, saya masuk toilet dan duduk atas toilet bowl. Lama. Saya cuba buang apa yang boleh - angin, air kecil dan air besar - lepas perut dah lega sikit, saya ambik wudhuk dan keluar dari toilet solat sunat 2 rakaat. Lepas solat saya zikir - istighfar, tahmid dan selawat - sebanyak-banyaknya. Slowly nafas saya kembali reda, perut saya kurang memulas dan jantung saya dah tak lalu. Cuma masih berpeluh dalm aircond.

Subhanallah. Sakit rasanya.

Anxiety berlaku bila kita tak mampu kawal stress yang melampau. Saya mengaku yang stress level saya sejak sebelum raya haji hingga semalam adalah di tahap above maxima. Otak dan hati boleh kawal, badan tak boleh. Saya kepenatan. Bukan sebab berkebun atau aktiviti lasak. Badan saya penat kerana saya sedang kawal emosi yang boleh meletop anytime.

Saya mohon Allah jauhkan saya dari segala macam stress lagi. Saya tak mahu mati kerana stress. Tak berbaloi.

Moga diperkenankan.

Monday, August 19, 2019

Si miskin yang hina

Hina betul bila kita miskin!

Siapa cakap? Manusia ni sama je, yang membezakan kita adalah amalan kita.

Huhu. Pernah ke jadi miskin?

Maksud miskin? Detailed description, please.

When you have nothing, except hope and faith to Allah, with lots of love towards your family.

Itu bukan miskin. Itu kaya namanya. Kaya jiwa.

Hahaha. Try bawa that jiwa yang kaya pergi bank, gunakan ia untuk langsaikan hutang yang tertunggak.

But...I just cannot imagine the situation you are facing right now. Why? How? What?

Complicated. I myself never imagine this could happen. The worst feeling is now. My present feeling. Very difficult for me to explain but... I am so hurt.

How can I help?

Just be there with me. Miskin yang saya hadapi ialah apabila kita tidak mampu menangkis penghinaan demi penghinaan.

Saat ini, hati dan lidah hanya mampu berkata "HasbiAllah." Cukuplah Allah bagiku.