Wednesday, May 13, 2009

Setahun berlalu

Setahun lalu, kami kehilangannya. Emak mertua saya pergi pada 13 Mei 2008 kerana leukimia. Kami sedih, namun merelakan pemergiannya kerana beliau kesakitan di saat2 akhir hidupnya.

Emak, atau popular dengan panggilan Mak Tok di kalangan 18 cucunya, seorang wanita manja. Arwah Abah, suami beliau, amat melindungi Emak dari apa jua pekerjaan. Emak hanya perlu memasak, mengemas rumah dan bersiap. Setiap masa Emak berbaju kurung penuh, walaupun ketika memasak atau menata pokok-pokok kesayangannya. Abah yang sentiasa 'on the fly' meletakkan benchmark yang tinggi pada Emak.

Masakan Emak...tiada tandingan. Semuanya sedap. Tak pernah ada sesiapa kata sebaliknya. Rumah Emak... sentiasa kemas. Macam showroom. Lantai boleh dijadikan cermin. Pokok2 bunga Emak...sentiasa segar berbunga. Wajah Emak, sentiasa tersenyum.

Emak suka mencantikkan dirinya. Koleksi beg tangan beliau...fuh!!! Tak tertanding. Asal nampak beg cantik je, Emak akan beli. Begitu juga barang kemas. Moden sebenarnya taste Emak biarpun dia 'orang lama'. Emak paling suka tengok telenovela. Kita boleh tahu keseluruhan cerita yang berpuluh2 episod hanya dengan mendengar ceritanya...hehehe.

Ketiadaan Emak membuat kami merindu masakannya, senyumannya, hiasannya... Semoga Allah memberi kemudahan kepadanya di sana... Al-Fathihah.

Monday, May 11, 2009

Minggu Suai Kenal

Minggu Suai Kenal atau Minggu Orientasi adalah antara event wajib di mana2 tempat. Saya pernah melaluinya di sekolah, di universiti dan di tempat kerja.

Minggu Suai Kenal yang paling kekal dalam ingatan saya ialah sewaktu saya memasuki SM Teknik Kuala Lumpur di awal tahun 80an. (alamak...tua sangat la rasanya...). Dah dekat 30 tahun berlalu namun saya masih sering tersenyum bila teringatkannya.

Di hari pertama minggu tersebut, selepas Isya', kami freshies dikehendaki berbaris di hujung padang sambil memegang lilin, sementara seniors berada di hujung padang yang lain. Kemudiannya, mereka akan mendatangi kami sambil memperkenalkan diri.

Tak dapat saya ingat betapa TOYE nya muka2 freshies waktu tu!!! Saya pakai t-shirt sekolah warna hijau, kain kembang warna hitam dan skaf putih... Giler punya toye... hehehe. Saya didatangi beberapa 'kakak' dan 'abang'. Tiba2 sekumpulan seniors lelaki mengelilingi saya dan memulakan usikan.

Soalan pertama, "Orang mana?"

Bila saya jawab, "Kelang", masing2 bersorak. La...kesemua mereka orang Kelang rupanya. Patutlah nakal semacam!!! Bisik hati saya.

"Jawa ke Melayu?" Soalan selanjutnya.

"Jawa", jawab saya.

"Sekak! Oh Sekak! Ni ada sedara ko yang ko nak kenal!" Ada suara menjerit ke arah seseorang.

Saya masih ingat camana rupa Sekak ni. Betul2 rupa Jawa. Dia pun mula interrogate saya. "Ko Jawa?". "Ya Bang". "Apa orang Jawa kata kencing malam?". "Ngompol". "Apa maknanya 'ngences'?". "Air liur meleleh". Dan...dua tiga soalan berkaitan bahasa yang agak kesat dan jarang digunakan oleh orang Jawa dalam perbualan harian.

Saya tidak berapa fasih berbahasa Jawa, namun saya faham biji butir perbualan. Kemudian, datang lagi beberapa orang berkerumun di hadapan saya. Tiba-tiba saya dengar ..."Eh...ini 'Ch***ah' kan? Budak MGS naik bas Cik Mekraj?"

Berderau darah saya..."Wey...ko kenal dia ke G*n**g?"

Tersenyum simpul di hadapan saya seseorang yang saya amat kenali. "Tak guna...". Bisik hati saya.

Bertambah ramai yang berkumpul mengelilingi saya...Saya panik. Tak berani nak angkat muka. Lilin yang saya pegang hampir jatuh...bila tiba-tiba ada suara kedengaran di sebelah kanan saya.

"Eh...dia ni adik angkat aku la. Aku dah book dia dari awal lagi. Kalau korang tak de apa2 lagi, boleh belah...."

Siapa pulak ni???? Namun, arahan yang keluar tadi dipatuhi. Kesemua mereka beredar menuju ke freshies yang lain. Saya masih terasa seseorang berdiri di sebelah saya. Saya beranikan diri untuk angkat muka. Entah siapa lah mamat ni.

"Hai. Saya Allen. Saya Presiden bla bla bla, Pengawas.... Tadi takut ye? Tak pe, lepas ni diaorang tak usik awak lagi."

Oh...Wira penyelamat bumi rupanya!!!

"Terimakasih." Itu saja yang mampu saya ucapkan.

Allen membaca nama saya yang tersemat di dada. Sambil tersenyum dia berkata,"Awak boleh guna nama Sue Allen. Registered!". APa ni? Saya tak faham....

Begitulah... Allen a.k.a Abdul ***** menjadi abang angkat saya selama setahun. Seorang yang baik hati, pemurah, kacak, menjadi pujaan ramai dan lain-lain... Kami terputus hubungan sebaik dia meninggalkan sekolah dan hingga kini saya tidak pernah bertembung dengannya lagi. Indah sungguh memori semalam....

Sunday, May 10, 2009

Mrs Superbike

Di awal tahun 90an, Boss adalah antara kelompok pertama superbikers yang rajin ke pelusuk tanahair menunggang motosikal berkuasa besar sambil menikmati pemandangan indah ciptaan Illahi.

Saya pula pembonceng yang paling setia...

Di kala itu, tidak banyak bilangan superbike di Malaysia. Penat jugaklah melambai tangan kepada peminat2 motor yang cantik dan hebat bergaya ni.. Masa tu rasa cam superstar la pulak...

Perjalanan dari rumah ke tempat kerja yang selalu sesak membuat kami memilih untuk naik motor. Biarpun berbaju kurung dan berkemeja dan bertali leher, pakaian keselamatan kami lengkap. Jaket kulit, helmet full face, but, baju hujan, kasut hujan, saddle bag... Yang paling bangga bila dapat potong kereta2 yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Yang paling sedih...? Bila hujan....!!

Di tempat saya bekerja (sebuah kilang di PJ), saya dikenali dengan nama Mrs Superbike. Tertonggek minah ni setiap pagi atas superbike! Potongan badan yang seksi (bukan saya tapi motor kami) dan bunyi yang mengaum membuat mat-mat kilang berkumpul beramai2 mengagumi keindahan motor. Cantik berkilat kerana sentiasa dibelai....

Perjalanan jauh yang sentiasa menggamit memori saya sebagai pembonceng ialah sewaktu berkonvoi ke Ulu Bendol, Negeri Sembilan. Kami mengambil jalan kampung... Jalan yang berliku2 dan berkoner baring amat mengujakan. Lagi laju, lagi best. Lagi kuat pelukan saya...ewah!!! Di kiri kanan jalan saya dapat lihat sawah menghijau dan hutan-hutan yang cukup menyejukkan mata memandang. Kami berkelah di kawasan air terjun bersama puluhan mat motor yang rata2 datang dari golongan kelas atasan. (Kami ni menumpang je...)

Satu lagi perjalanan yang saya tidak boleh lupa ialah konvoi ke Kuantan untuk menyertai sambutan ulangtahun ...? Kami dijemput oleh pihak istana Pahang. Macam raja beb!!! Dijamu oleh pihak istana, siap TV3 buat liputan lagi... Makan udang panggang besar2... Yang paling best, kami berhoney-moon...ehem! Kalau tak silap saya, ada hampir 100 biji motor yang menyertai kami. Ada seorang pegawai polis yang memegang pedal motornya menggunakan kaki sementara tangannya mengambil rakaman video, ada marsyal yang bertugas di sepanjang perjalanan dan macam2 ragam lainnya. Saya juga belajar mengenal cara kehidupan dan sosial Melayu elit yang ada kalanya menggerunkan....

Banyak lagi pengembaraan yang Boss saya ikuti, namun saya tidak dapat bersamanya di setiap pengembaraan kerana saya sibuk dengan anak2. Rasanya beliau telah ke seluruh pelusuk negara: sarapan pagi makan pau di Tanjung Malim, kemudian ke Genting Highlands, balik ke KL melalui Kuala Kubu Bharu...gitulah lebih kurang kegemarannya. Lagi banyak liku, lagi banyak slope, lagi best....

Entah mengapa, sekarang ni, timbul keinganan yang meluap untuk kembali membonceng superbike dan menjelajah ke pelusuk tanahair. Tapi, laratkah pinggang yang sudah tua ini??? Hehehe...

Tuesday, April 21, 2009

Fruit of passion...



Kegagalan dalam perniagaan yang diusahakan pada tahun 1998 tidak pernah mematikan semangat beliau untuk terus berkarya. Biarpun diasak pelbagai kesulitan dalam perusahaannya, di samping terus-terusan diuji dengan ujian2 yang mengganggu kesihatan dan mentalnya di sepanjang perjalanan, beliau tidak tunduk kepada sebarang tekanan.

Beliau terus berjuang mempertahankan apa yang diminatinya. Katalah apa saja yang boleh melunturkan semangatnya, beliau tetap gigih memintal impian dan harapan. Sepuluh tahun berada dalam kekecewaan kerana usahanya hancur, kini beliau bangkit dan mampu tersenyum megah.

Dua bulan lepas, kedai beliau didatangi pelanggan yang inginkan satu set barang kemas, diperbuat dari emas 916, batu nilam biru dan berlian. Bertungkus lumus beliau mencari; di celah2 kesempitan kewangan, beliau harungi kesukaran itu...

Akhirnya, beliau berjaya menghasilkan apa yang tertera di atas. Net price, RMxx,xxx.oo. Alhamdulillah. Saya gembira melihat wajah beliau yang asyik tersenyum. Beliau telah berjaya memecahkan kebuntuan beliau dan telah berjaya mencipta satu project breakthrough. Hanya kesyukuran dapat saya panjatkan atas kurniaan Allah kepadanya. Seorang yang penuh dengan kekuatan semangat dan kegigihan.

Itulah dia, Boss saya, Naha. I am proud of you, dear!

Sunday, April 19, 2009

They are different..

Mereka mencabar diri mereka sendiri. Mereka lakukan apa yang orang lain tidak mahu dan tidak mampu lakukan. Mereka menguji kekuatan mental mereka kerana mereka yakin pada kekuatan yang Tuhan beri kepada mereka.


Jumaat lepas, saya menemani Asma Rina ke Pesta Buku. Rasa bertuah disapa Firdaus di booth PTS, yang memaklumkan Prof MKI ada di sekitar. Terus saya dail nombor beliau dan sambil tersenyum, beliau muncul di hadapan kami dalam masa 5 minit! Kami sempat bersembang di celah2 kesibukan beliau menandatangani buku yang dibeli pembaca...

"Doktor, saya bangga sungguh dengan pencapaian you. Mesti you rasa best kan?"

Dia hanya tersenyum lalu berkata, "Suria, apa yang you dah lalui lagi hebat. You tulislah buku. You boleh menulis..."

"Nantilah saya tulis biografi Doktor ye? Saya tulis dengan As... Minggu depan saya ke India lagi... Nanti saya mulakan sesuatu....Hahaha... Yok yok o je la Suria ni! Berangan tak habis2..."

"Apa pulak berangan. You tulis apa yang you rancang tu. Tak ramai orang tulis biografi. Takkan saya nak tulis kisah saya sendiri pulak kan? Tulislah...."

Selepas tangan kami terasa berat menjinjit buku2 yang dibeli...(Ya Allah Mek Ah... banyoknye mu beli...! Bilo nok baco nye???), kami tinggalkan PWTC untuk ke Ampang Park menaiki LRT. Lama sungguh tak naik LRT di KL...sesat barat mencari stesen... Malu malu...!


Kami terus ke Cozy Corner mencari Raden Galoh... Tersenyum manis seorang lagi manusia hebat yang muncul dalam hidup saya. Dua kali survive dari serangan kanser yang menggila. Mana tak hebat? Selepas saya perkenalkan As kepadanya, kami mula berbual dengan rancak. RG juga bercerita kisah buku pertama yang ditulisnya, "Kanser payudaraku". Aduhh...kuatnya semangat wanita ini. Kami sama2 mengagumi beliau.

Sambil menikmati makanan yang terhidang, saya terima satu panggilan.

"Puan, anak Puan, Nabil Imran, telah terpilih untuk berlakun dalam iklan bla bla bla..."


Yes! Abey telah berjaya memecahkan iceberg yang mengelilingi kehidupannya! Mulai semalam, beliau melangkah setapak ke hadapan, menjadi pelakun iklan! Sesuatu yang tidak pernah difikirkannya. Saya tahu beliau berbakat, namun Abey sentiasa merasakan dia jauh di belakang. Saya amat berbangga kerana akhirnya beliau berjaya menyahut cabaran yang diberi... Nantikan kemunculannya dalam iklan TV, beliau bawa watak "Mat Rempit". Hahahaha....

You guys are different! Gua respek giler2!!!

Wednesday, April 15, 2009

Kenangan mengusik jiwa...

Di sekitar awal tahun 94, saya dipelawa untuk menyertai CELCOM, syarikat talipon mudah-alih pertama di Malaysia. Saya diberi jawatan Pengurus Kewangan dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga satu jabatan. Boss saya, seorang lelaki tampan yang amat saya kagumi. Religious, baik, sopan, setia... Namanya Amran Othman. Beliau adalah Vice President di situ dan antara pioneer di Celcom. (Amran meninggal dunia pada tahun 2003 kerana kemalangan jalanraya.)

Bersama saya di jabatan kewangan adalah sekumpulan anak2 muda yang penuh dengan 'keletah'. Nama2 seperti Nik Rodiani (Mok Nik), Suhairy (Aji), Syed Jamal, Haliza (Liza), Fatimah (Tim), Nizam, Pian, Anis, Hata, Raj, Collin, Sasi, Fahmi, Tahir, Man, Ma'ey, Marini, dan beberapa lagi nama yang saya lupa...

Pejabat kami di Jalan Sekilau, Cheras. Dalam satu kejadian, berlaku kebakaran yang memusnahkan satu tingkat dari pejabat tersebut. Makanya, pihak Bomba tidak membenarkan kami menduduki pejabat itu sehingga disahkan selamat. Berangkutlah kami ke Wisma Dani di Taman Maluri, dan berhimpit2 bersama server, desktops, files dan segala yang berkaitan di dalam sebuah bilik mesyuarat!

Keadaan di dalam bilik itu memang cukup sesak. Kesemua kami, termasuk Amran, berhimpit di situ. Di bawah meja mesyuarat yang panjang tu kami susun files. Bila nak cari file, kami kena mencangkung... Selalunya bersila langsung...

Bising tok sah cerita. Kakitangan saya ketika itu berusia antara 21 - 26 tahun..(Amran yang paling tua, 35 tahun. Saya, 27 tahun...muda tuh...hehehe.) Ada saja yang membuat mereka semua ketawa besar. Bukan hanya kerana lawak, kami juga ketawa kerana keadaan tempat begitu merimaskan dan menyukarkan kami menyiapkan kerja. Namun suppliers masih perlu dibayar (kadang2 dengan suppliers duduk sekali berhimpit dalam bilik tu...), gaji kakitangan masih kena masuk ujung bulan, akaun masih perlu dikeluarkan dan belian masih terus berjalan. Kami sebenarnya enjoying the frustrations....!

Di luar bilik mesyuarat itu terletak cubicals jurutera2 operasi dan network planning. Mereka ini semuanya 'pendiam'. Buat kerja sorang2, berkawan dengan pensil, pembaris dan jangkalukis serta peta. Terperanjat bila mereka ditemani dengan gelak tawa dan hiruk pikuk kami...

Di satu petang, sedang kami riuh menyiapkan kerja, seseorang bernama Hamdan masuk dan tiba-tiba menjerit,"You guys!!! Can you please SHUT UP???? I cannot stand!!!".

Suasana tiba-tiba jadi sunyi sepi...Kami semua terperanjat melihat wajah Hamdan yang merah padam di muka pintu. Berdebar jantung saya...Saya lihat Hamdan dah macam Hulk.(Badan lebih kurang pun....).

Dalam senyap tu, terdengar suara, halus je bunyinya..."I cannot stand...I want to sit down..." Apalagi, berderai kami semua ketawa!!! Hamdan berlalu dengan marahnya, manakala tumpuan kami beralih kepada Tahir....

Sampai sekarang momen itu masih jelas tergambar di kepala saya... Tahir kini diberitakan telah menjadi taukey kantin yang berjaya di Seremban. Hanya tinggal sekumpulan kecil dari kami yang masih di Celcom. Namun, kami masih kekal bersahabat hingga kini dan dihubungkan melalui facebook. Hari ini, saya akan makan dengan Tim, yang masih cun melecun dan berhati waja...

Tuesday, April 7, 2009

Reunited...


Kesemua kami bersama sebahagian dari keluarga....perempuan gemuk kat tengah2 tu, saya lah...

Mrs. Shan & Abo

Dalila tetap maintain....

Mazu & As... ayu gitu....

Si jelita Mazu & suaminya yang handsome...

Dr Shan & Nuar yang macho...

Roslan, Boss Dalila & Naha, Boss saya.

Mr. & Mrs Shan

Dalila & Irfan

Dalila, Dr Shan & Mrs Shan

Di tengahari Ahad yang indah, kawan-kawan lama dari M*U datang berkunjung ke rumah. Selain dari merapatkan ikatan silaturrahim, kami juga ingin meraikan Dr Shan yang akan kembali ke India, dan isteri beliau yang mengunjungi Dr Shan di sini.

Saya, Dr Shan, Asma Rina, Nuar, Mazurina dan Dalila adalah jiran di pejabat dan kami bersahabat karib. Keakraban kami membuat kami selalu lupa dengan kesusahan yang dialami sepanjang perkhidmatan kami di tempat bertuah itu.

Kini masing-masing membawa diri. Dr Shan di UniTAR, Asma Rina jauh di UNISEL Batang Berjuntai, Nuar di UPSI Tanjung Malim, Mazurina di UiTM Shah Alam dan Dalila di UM. Nuar dan Mazu akan terbang ke Down Under pertengahan tahun ini untuk menyambung PhD mereka, Dalila telah menghabiskan 2 tahun untuk PhD beliau dan Asma Rina telahpun berura-ura untuk menyediakan proposal bagi PhDnya nanti... Saya katakan pada Dr Shan, "Sir, in 4 years time, when we sit together like this again, all of you are Doctors, and I am the only nurse...". Semua gelak.

Saya amat berbesar hati melihat mereka makan hidangan yang saya sediakan. Syukur alhamdulillah, rasanya kesemua mereka menikmati sepenuhnya nasi ayam saya. Isteri Dr Shan yang tidak berapa mengenali makanan lain selain dari kari, capati dan tosey pun makan bertambah! Lega hati...

Kami bersembang dan bergelak ketawa. (Elfi yang kini di UiTM Jengka dan Rosnia yang mengajar di USIM, Nilai, tidak dapat bersama kerana ada hal...kalau mereka ada, tentu bertambah gempak!). Dalila dan anak kecilnya, Irfan menjadi centre of attraction kerana Irfan lahir selepas bertahun2 Dalila menunggu. Suami Dalila, Roslan, hanya tersenyum memerhati. Asma Rina masih suka berlawak macam selalu, saya pasti Hisham, suami Asma Rina, sering terhibur dengan keletahnya. Mazu, gadis ayu yang malu2, dan si handsome suami kesayangannya, bersama anak2 gadis yang comel2 belaka, lebih banyak memerhati dan tersenyum dari bercakap, sementara Nuar kini telah berubah menjadi lelaki macho yang begitu berkeyakinan... Dr Shan agak pendiam, mungkin takut dengan perception isterinya... Selalunya, dia paling nakal mengusik...

Satu yang pasti, kesemua kami berubah menjadi lebih positif kini. Terimakasih kawan2, ada rezeki kita bersua kembali.... Good luck and Insya Allah, kejayaan menanti di depan kita....