Sunday, May 13, 2007

Kecewa

Kenapa saya rasa kecewa sangat hari ini? Bukankah ini yang saya harapkan? Kemudahan untuk membuat keputusan. Tuhan menjadikannya mudah untuk saya. Saya akan tinggalkan tempat bertuah ini untuk menyambung kehidupan di tempat lain. Tempat yang lebih indah, lebih menarik dan lebih banyak menyumbang, harapnya.

Saya akan mula menanamkan tekad sekuat mungkin kini. Saya akan pergi jauh dari segala yang indah di sini. Saya akan tinggalkan segala-galanya....Jika hati saya nekad, fikiran saya kuat, saya pasti berjaya menggenggam harapan saya ini. Itu doa saya di pagi yang indah ini, di kala hati saya menangis, kerana impian saya baru saja dihempas bila saya baca satu website pagi tadi....

Kepada mereka yang membaca, selalu-selalu lah pujuk hati. Kita sering kecewa dengan keputusan manusia. Tahukah kita apa yang Allah sedang rancangkan buat kita sekarang? Mohonlah padaNya.....

No comments: