Jumaat lalu saya berpeluang menghadiri majlis Makan Malam Amal anjuran sebuah NGO, Pertubuhan AK-Khaadem, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu umat Islam sejagat. Pertubuhan yang dipengerusikan oleh Ustaz Hussin Yee telah banyak menyalurkan bantuan kepada anak2 yatim, miskin, ibu tunggal dan saudara baru.
Saya dan keluarga telah lama melibatkan diri dengan pertubuhan ini. Selain menghadiri kelas2 agama anjurannya, kami juga berpeluang melakukan kerja-kerja amal seperti menganjurkan kursus SOlat, pengurusan jenazah, Hari Keluarga dan banyak lagi. Setakat ini Alk-Khaadem telah berjaya menguruskan beratus-ratus anak2 miskin dan yatim dengan memberi tempat tinggal dan persekolahan. Sebahagian besar dari anak2 Al-Khaadem kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Madinah, Mesir dan Jordan.
Makan Malam Amal diadakan dengan objektif untuk mengumpul dana bagi melengkapkan Rumah Harapan (House of Hope) Al-Khaadem yang sedang dalam peringkat mengisi kelengkapan. Rumah yang dibina di Kota Kemuning di atas tanah lot wakaf seorang dermawan akan menempatkan anak2, madrasah, dewan kuliah dan pejabat. Buat masa ini anak2 Al-Khaadem tinggal di dua buah rumah di Taman Maluri dan sebuah pusat tahfiz di Sg Gabai, yang juga wakaf dari seorang dermawan.
Tetamu istimewa yang diundang untuk memberi ucaptama pada malam tersebut adalah Brother Yasser Zafaga, dari Orange County, USA. Topik yang disentuh ialah mengenai self-image. We are what people see us. Banyak yang diperolehi dari ucapan beliau. Artis2 selalu kata, saya seksi dalam gambar je, sebenarnya saya bukan begitu....Silap tu....
Saya juga berpeluang berkumpul dan bergembira dengan teman2 seperjuangan yang telah lama tidak saya temui. Sister Rina, Sister Dee, Sister Netti, Sister Zurina, Sister Nora, Sister Noor dan ramai lagi...Saya gembira berada di samping mereka dan saya bersyukur kerana saya berjaya 'memberanikan diri' kembali ke lubuk yang biasanya tempat saya menimba ilmu akhirat...
Itulah hadiah harijadi saya kepada diri saya sendiri. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment