Monday, August 18, 2008

Pertemuan


Boss, Pak Payne, Kak Lil dan saya

Saya amat berbesar hati kerana ada yang sudi bertemu dengan saya. Seorang anak Melayu yang berjaya mencipta kejayaan dan kekayaan di luar negara. Pak Payne atau Encik Ariffin dan isteri, Puan Aishah, sudi meluangkan masa untuk makan tengahari bersama saya, Boss dan anak2 di Lemon Grass, Alamanda, Putrajaya semalam. Kebetulan cuti sekolah dan saya pun sememangnya bercuti sehari.

Biarpun saya hanya mengenali beliau melalui tulisan, namun kami seolah2 telah lama berkenalan. Seorang yang sarat dengan pengalaman dan penuh dengan semangat membara, PAk Payne amat Melayu biarpun hampir sedekad meninggalkan tanahair dan merantau sebagai elit di negara orang.

Saya senang berbual, bergelak ketawa dan bertukar fikiran dengan insan hebat ini. Kebetulan Kak Lil adalah orang telecommunication, lingkungan kenalan kami orang yang sama. Bak kata orang, kami berbual dalam bahasa yang sama...

Biarpun hanya seketika, kenangan indah ini akan terpahat dalam hati buat selamanya. Moga kita bertemu lagi dan saya berdoa moga persahabatan kita kekal selamanya....
_____________________________________________

Saya juga kehilangan seorang teman semalam. Kamal Bahrin, suami kepada Akilah dan ayah kepada seorang anak yang masih kecil, meninggal dunia sejurus selepas mengambil wudhu' untuk menunaikan solat Zohor di pejabatnya. Kamal meninggal akibat serangan jantung.

Usia Kamal mungkin akhir 30-an. Beliau seorang Jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi. Dulu kami bersama di Celcom.

Perasaan saya agak terganggu sejak mendengar berita sedih ini. Saya berdoa semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh lelaki yang baik ini...

Sunday, August 17, 2008

'Rewang'... di kampung

Semalam saya balik kampung...Kampung saya terletak di Jalan Nenas, Meru, Kelang atau dikenali juga dengan nama Kg Meru Barat. Penduduk di kampung saya (dulu), 100% keturunan Jawa. (Kini), kawasan perumahan tumbuh macam cendawan di sana dan kampung saya hanya tinggal kenangan...

Perjalanan dari Shah Alam ke kampung saya hanya 20 minit. Namun, sejak ketiadaan emak dan bapak, saya amat jarang balik ke kampung melainkan kenduri kahwin, Raya atau kematian. Semalam saya melakukan sesuatu yang amat jarang saya lakukan, 'rewang', kata orang Jawa. Abang Atong yang tinggal di sebelah rumah arwah mak kahwinkan anak. Abang Atong anak sulung Wak Japar yang berjiran dengan rumah kami sejak emak kahwin dengan bapak pada tahun 1952. Kesemua anak Wak Japar lelaki, selain Abang Atong, mereka adalah Abang Amet, Abang Nin, arwah Bagong, Wan, A'ang dan Ayon. Mereka kehilangan emak sejak Ayon yang muda 3 tahun dari saya dilahirkan. Sejak itu arwah emak menjaga kesemua anak2 Wak Japar ini seperti anaknya sendiri biarpun emak punya 10 anak!

Saya 'harus' ke rumah Abang Atong dan 'rewang'. Saya pergi bersama Kak Wi. Mak oii...ramainya orang kampong yang datang! Segan betol saya bila ramai yang agak tidak berapa kenal saya... sebabnya? Saya dah gemok!!! Ada juga yang kata saya dah tak macam 'orang kampung' lagi... ehem! Pujian @ perli???

Selain dari 'rewang', ada juga yang menyebut 'kendarat'. Di kampung saya, budaya gotong royong masih diikuti. Tanpa mengharap sebarang ganjaran, orang kampung lelaki dan perempuan turun membantu di dapur, jadi penanggah dan tukang basuh pinggan. Seminggu sebelum kenduri selalunya diadakan majlis 'meletak kerja' dan selepas kenduri, ada 'bancaan' yang disertakan dengan bubur 'som-som'. Sedap bubur ni, dibuat dari tepung beras dan dimakan dengan air gula melaka.

Dulu2 kalau ada kenduri di kampung, saya akan sentiasa bersedia untuk membuat 'persembahan'. Silat pengantin kegemaran saya! Cewah...siap bunga2 lagi silat pengantin ni. Saya juga pemain kompang. Merata kampung saya pergi. Pening kepala emak dengan anak dara sorang ni...

Di kampung selalunya ada permainan rebana atau orang Jawa kata 'kentrongan'. Waktunya? Malam sebelum hari persandingan. Waktu saya dulu, tak boleh tidur malam tu sebab 'Wak-Wak' yang main tu tak henti2 menyanyi sambil memukul 'kentrong' mereka sampai waktu Subuh. Lagu yang dinyanyikan semestinya lagu Jawa...entah apa2... (Saya ni nama je anak Jawa, sebaris ayat Jawa pun tak reti cakap. Tapi, jangan ingat saya tak faham???) Esoknya, waktu bersanding, macam nak terlelap!!

Apa yang saya buat sewaktu rewang? Hahaha... saya hanya bersembang. Orang lain bawa pisau, saya bawa handphone, wallet dan kunci kereta. Pakai pulak jeans dan t-shirt. Hampeh betol anak Jawa yang lupa daratan ni...Bagi saya, yang penting ialah kehadiran saya...

Saya bertemu dengan ramai orang yang telah saya lupa nama dan wajah mereka. Ramai yang masih ingatkan saya kerana nama glamour saya, 'choyah'. Kata mereka, saya dulu selalu ikut ke mana pun arwah mak pergi. Dan, kata mereka juga, saya ni betul2 iras wajah emak..."Eh! Kalau macam tu saya ni cantiklah ye? Sebab...emak saya cantik!!!" Hahaha!!! Ketawa besar mereka dengar apa yang saya kata...

Saya terharu dipeluk oleh Cik Surmi, yang meminta saya memanggilmya emak. Ini kerana dulu saya pernah peluk dia dari belakang...tersalah emak!!! Mana saya nak ingat... waktu tu saya baru 4 atau 5 tahun. Insyaallah Cik... Choyah takkan hampakan harapan Cik... beliau muda 3 tahun dari mak...Kini usianya 69 tahun! Wak Wok pula meminta sungguh2 saya singgah ke rumahnya jika saya lalu depan rumah beliau..Iya Wak...nanti saya datang. Wan masih seperti dulu, asyik nak lawan siapa terror dengan saya...Saya kalah di tangan dia, hanya kerana anak saya 4 dan anak dia 6!!!

Saya gembira dapat melaksanakan sesuatu yang 'kecil tapi signifikan', bak kata prof mki. Saya dapat lihat dari senyum di wajah Abang Atong dan Kak Sal... Di mana bumi dipijak, di situ langit saya junjung....

Wednesday, August 13, 2008

Syukur Alhamdulillah

Saya merasa amat bersyukur. Tiada apa yang mampu menggambarkan apa yang saya rasakan saat ini...

Empat bulan 12 hari di syarikat ini, saya menerima sepucuk surat yang menaikkan bulu roma... Surat yang ditandatangani oleh CEO. Surat yang mengatakan saya telah disahkan ke jawatan saya berserta pelarasan gaji yang jumlahnya... Subhanallah... tidak pernah terfikirkan...

Rasanya sujud syukur tidak memadai. Ucapan terimakasih belum cukup lagi. Makanya saya berniat untuk berkongsi kejayaan ini dengan beberapa orang yang amat bermakna dalam hidup saya... Suami, anak2, adik kakak dan abang pastinya, juga teman2 seperjuangan di tempat bertuah saya dahulu... As, Ros dan Elfee telah pun saya hubungi. Kita gi makan Sabtu ni ye???

Dua tahun saya 'menderita' kerana tidak dihargai di 'sana'. Apa yang saya kumpulkan adalah rasa rendah diri yang melampau. Namun saya belajar menjadi diri saya sendiri. Pada waktu itu, hanya keikhlasan yang mampu saya himpunkan demi cinta dan kasih sayang saya kepada anak2 murid yang beratus2 di hadapan saya, yang mendamba dan menanti ilmu dan didikan dari saya supaya mereka juga berjaya menjadi insan berguna.

Rupanya saya telah melepasi ujian kesabaran di sana.... Tuhan memberi rezeiki dalam pelbagai bentuk. Selepas hilang dari dunia korporat selama hampir 4 tahun, saya kembali dengan rasa kekok, rendah diri, takut dan serba salah. Namun, keikhlasan yang saya kumpul dahulu membuat saya berjaya hari ini. Ianya disedari dan hari ini, saya dihargai....

Ya Allah... terimakasih atas kurniaan yang besar ini. Terimakasih buat kedua ibubapa yang telah berjaya mendidik aku menjadi manusia berguna biarpun kehidupan terlalu sukar buat mereka waktu itu... Aku yakin Kau akan tempatkan kedua mereka di tempat yang paling indah Ya Allah...

Terimakasih kepada suami yang amat menyayangi dan menghargai diriku seadanya. Berikan kepadanya segala kemudahan Ya Allah. Berikan kepadanya kemuliaan di dunia dan akhirat. Dia insan mulia yang Kau hadirkan dalam hidupku dan berjaya membawaku ke jalan yang benar Ya Allah.

Hanya Engkau yang mampu membalas kebaikan CEO CMS I-Systems Berhad. Jadikan dia Muslim yang baik Ya Allah. Berikan hidayahMu kepadanya.

Terimakasih kepada semua yang sudi berkongsi perasaan ini...

Tuesday, August 12, 2008

Peristiwa

Pelbagai peristiwa yang telah berlaku dalam hidup kita membuatkan kita menjadi dewasa. Kedewasaan membuat kita mampu berfikir dan matang dalam membuat keputusan.

Saya sendiri belajar dari kehidupan orang lain. Di kalangan rakan2 bloggers yang saya sering kunjungi, saya amat bersedih dengan mereka seperti Kassim Selamat dan Raden Galoh. Mereka diuji dengan ujian yang amat hebat oleh Allah s.w.t namun mereka redha dengan ketentuan mereka. Alangkah tebalnya keimanan yang mereka miliki, alangkah kerdilnya saya!...

Saya juga amat mengagumi semangat juang mki dalam menghidupkan dunia akademik dan dakwah dari kacamatanya. Selain dari mereka, ramai sebenarnya rakan2 dan peristiwa2 yang berlaku yang menyuntik semangat saya setiap hari untuk terus ke depan dan mengharungi kehidupan dengan kesungguhan.

Saya punyai seorang teman yang agak berusia dari saya, masih sendiri dan menikmati hidup dengan penuh bergaya - melancung, menghias rumah, mengenakan pakaian cantik2,rawatan kecantikan dan entah apa2 lagi. Bagi Vinna, mati nanti bukan bawa masuk kubur pun duit banyak2...Peduli apa dia dengan apa yang orang kata. Dia guna duit dia. Betol jugak kerana Vinna tidak pernah menyusahkan sesiapa tetapi sentiasa membantu sesiapa pun yang perlukan bantuannya.

Namun, masih ada segelintir manusia yang seronok dapat menyusahkan hidup orang lain, agaknya hingga ke akhir hayat...Tadi Rosnia hantar sms. Sedih giler kerana ada orang bernama NZ yang dok gila2 nak susahkan hidup dia di 'sana' biarpun hujung bulan ni berakhir sudah khidmat bakti Ros di 'sana'. Dia tu takkan berubah sampai bila2....Bagi dirinya, dialah Maharaja. Pegang satu jawatan yang esok lusa berkemungkinan hilang pun mengalahkan jawatan PM! Sabarlah Ros... Tuhan tu dengar, nampak...Awak bisik2 je pun dia tau...

Dari peristiwa2 kecil yang berlaku, kita belajar dan terus belajar bagaimana untuk menjadi manusia yang lebih baik....Itulah hikmah di sebalik kejadian....

Monday, August 11, 2008

Pertemuan

Saya menerima panggilan talipon dari Pak Ngah, seorang blogger yang saya kenali melalui alam maya, sepulangnya saya dari pejabat di Kuching. Beliau ingin menziarahi saya. Ehh...betul ke? Seronok jugak ada sedara kat tempat yang jauh ini....

Sabtu. Saya sengaja lapangkan masa pagi ini. Sambil Nabilla sibuk chatting dengan adik2nya, saya menghabiskan masa di atas katil sambil membaca majalah. Pukul 1030, saya dapat panggilan dari beliau. Ada di bawah. Saya pun bergegas turun dan cuba mengenal pasti wajah yang belum pernah saya kenali....Jeng Jeng Jeng....Saya dail nombor yang keluar tadi dan serentak itu saya perhatikan siapa yang mengangkat taliponnya...inilah dia Pak Ngah....or Encik Mohammad bin Lin, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Tun Abd Razak, Kota Samarahan.



Saya gembira dapat berkenalan dengan beliau. Seorang yang cukup berhemah dan penuh dengan ilmu. Mendambakan diri sekian lama sebagai pendidik dan saya bertuah dapat berkongsi sedikit pengalaman beliau. Semoga kita bertemu lagi. Pak Ngah membawa bersama 'branding' Sarawak, pasu yang cantik, untuk saya bawa pulang. Alhamdulillah.

Saya ke Airport dihantar oleh Ros yang baik budi. Berbondong2 Suria membawa barang2...alamak...berapalah pulak excess baggage ni...Sesampai di Airport, saya dipertemukan pula dengan seorang lelaki Cina yang baik, Mr Clerence Ching, yang bekerja dengan Goodyear. Kuching, yang sudi 'mencantumkan' saya dengan dia dan seorang lagi kawannya supaya saya terlepas dari 'hukuman' terlebih muatan...Sekali lagi, Alhamdulillah. Kita hanya meminta pertolongan dari Allah. Dia yang mengatur segalanya...

Kenangan di Kuching akan saya simpan kemas dan akan saya abadikan dalam lipatan sejarah hidup saya...Alhamdulillah.

Thursday, August 7, 2008

Dalam Kerinduan..

Saya di Kuching, empat hari tiga malam. Dalam masa yang sama, Boss di Alor Star, juga empat hari tiga malam...Anak2 di rumah dengan Bibik. Sabtu petang saya akan kembali ke Shah Alam. Boss hanya akan pulang pada pagi Ahad...

Berseorangan di dalam bilik yang cozy, sejuk, mewah dan indah ini sepatutnya mampu membuat saya relax. Namun...ianya tidak semudah itu. Saya resah begini. Sunyinya... hanya suara tv yang kedengaran. Penatnya membaca artikel2 di site-site kegemaran... Malam merangkak perlahan sangat...

Kenapa ye? Ohhh...saya dalam kerinduan rupanya. Hanya sms menghubungkan kami. Boss-saya-Jimie-Abey. Sesekali call Abo. Mendengar suaranya yang halus nyaring membuat hati tersentuh. Dia cukup riang mendengar suara saya, namun saya pasti dia ternanti2 bila agaknya saya akan berada di hadapannya...

Saya teringat lagu Suatu Masa nyanyian M.Nasir, yang masih kekal menjadi lagu kegemaran saya dan penyanyinya menjadi penyanyi pujaan saya...

Bagaimana kan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan

Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku??

Cahya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua
Dalam kerinduan
Di saat begini
Aku merindukan....

Dengarkanlah rayuanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya....


Aahhhh.....sesekali berjauhan, sakitnya...aduh. Rindu pada ayah atau anak2??? Semuanya...pada kucing pun saya rindu!!!!

Monday, August 4, 2008

Self Image

Jumaat lalu saya berpeluang menghadiri majlis Makan Malam Amal anjuran sebuah NGO, Pertubuhan AK-Khaadem, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu umat Islam sejagat. Pertubuhan yang dipengerusikan oleh Ustaz Hussin Yee telah banyak menyalurkan bantuan kepada anak2 yatim, miskin, ibu tunggal dan saudara baru.

Saya dan keluarga telah lama melibatkan diri dengan pertubuhan ini. Selain menghadiri kelas2 agama anjurannya, kami juga berpeluang melakukan kerja-kerja amal seperti menganjurkan kursus SOlat, pengurusan jenazah, Hari Keluarga dan banyak lagi. Setakat ini Alk-Khaadem telah berjaya menguruskan beratus-ratus anak2 miskin dan yatim dengan memberi tempat tinggal dan persekolahan. Sebahagian besar dari anak2 Al-Khaadem kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Madinah, Mesir dan Jordan.

Makan Malam Amal diadakan dengan objektif untuk mengumpul dana bagi melengkapkan Rumah Harapan (House of Hope) Al-Khaadem yang sedang dalam peringkat mengisi kelengkapan. Rumah yang dibina di Kota Kemuning di atas tanah lot wakaf seorang dermawan akan menempatkan anak2, madrasah, dewan kuliah dan pejabat. Buat masa ini anak2 Al-Khaadem tinggal di dua buah rumah di Taman Maluri dan sebuah pusat tahfiz di Sg Gabai, yang juga wakaf dari seorang dermawan.

Tetamu istimewa yang diundang untuk memberi ucaptama pada malam tersebut adalah Brother Yasser Zafaga, dari Orange County, USA. Topik yang disentuh ialah mengenai self-image. We are what people see us. Banyak yang diperolehi dari ucapan beliau. Artis2 selalu kata, saya seksi dalam gambar je, sebenarnya saya bukan begitu....Silap tu....

Saya juga berpeluang berkumpul dan bergembira dengan teman2 seperjuangan yang telah lama tidak saya temui. Sister Rina, Sister Dee, Sister Netti, Sister Zurina, Sister Nora, Sister Noor dan ramai lagi...Saya gembira berada di samping mereka dan saya bersyukur kerana saya berjaya 'memberanikan diri' kembali ke lubuk yang biasanya tempat saya menimba ilmu akhirat...

Itulah hadiah harijadi saya kepada diri saya sendiri. Alhamdulillah.