Monday, August 25, 2008

Pertemuan Semula

Saya dan 'all guys at home' menziarahi seorang teman maya semalam. Kami ke Bandar Rinching, Semenyih, untuk bertamu di rumah saudara Kassim Selamat. Ketibaan kami disambut dengan senyum manis dan pertemuan semula dua sahabat lama (KS dan 'Boss' saya bekas teman sepejabat) amat mengusik perasaan. Isteri KS yang comel dan manis, Kak Ain, siap masakkan kami mee goreng yang amat sedap...dipenuhi dengan udang besar2yang menjadi kesukaan Abo....Dalam sembang2, barulah saya tau Kak Ain adalah kakak kepada senior saya di sekolah dulu, Kak Halijah dan sepupu kepada teman baikku... Elfee...



Hati tersentuh dengan ketabahan Kak Ain menghadapi suami yang lumpuh sejak hampir 7 tahun lalu. Betapa besarnya pengorbanan yang telah beliau lakukan. Saya sendiri amat mengagumi semangat KS yang tidak pernah patah dalam menghadapi kehidupan yang terlalu payah untuk diharungi dan pahit untuk ditelan...Berat mata saya memandang, berat lagi bahu mereka memikul...



Saya bertuah kerana anak2 saya mahu bersama kami berkenalan dengan mereka2 yang amat bermakna dalam hidup kami berdua. Perkenalan antara saya dan KS tidak disengajakan; melalui aktiviti blog-hopping. Rupanya KS amat mengenali 'Boss' saya...dan pertemuan kembali dua sahabat lama dalam situasi dan keadaan yang cukup berbeza sudah semestinya amat memilukan...



Selepas kenyang mengisi perut dengan mee goreng dan kek, kami pulang bersama seplastik besar buah mangga telor yang bergayut2 di halaman rumah KS. Jimie dengan bangganya memanjat bumbung kereta untuk memetik buah2 yang ranum itu... Hari ini, saya jadikan buah mangga muda itu kerabu mangga untuk hidangan makan tengahari.... Sedap beb!!!

<

Dari Semenyih, dalam hujan yang cukup lebat, kami kemudiannya ke Bangi Golf Resort. Menziarahi seorang lagi teman lama saya, NS @ Puan Norani Sulaiman. NS adalah Boss no 2 sewaktu saya di Alcatel dulu. Kini masing2 membawa diri, namun persahabatan ikhlas antara dua 'gadis manis' ini tidak pernah goyah kerana kami 'tidak berkepentingan' dalam bersahabat...



NS amat berjaya dalam kehidupannya sebagai tokoh korporat. Biarpun bersendirian membesarkan dua anak, beliau amat mengagumkan. Mahligai indah beliau bernilai jutaan ringgit di atas bukit di belakang Hotel Equitorial Bangi begitu sempurna. NS mengadakan kenduri doa selamat. Hanya keluarga dan rakan terdekat yang diundang. Saya gembira kerana saya berkesempatan bertemu teman lama - Shikin, Eina dan Noriah. Bila dah berjumpa, Mak-mak Dara ni mula lah mengalahkan gadis remaja!!! Riuhnya.

"All guys at home" amat teruja dengan keindahan hiasan dalaman dan lanskap rumah NS. Jimie yang baru pertama kali ikut ke rumah ini tidak putus2 berangan yang satu hari nanti kami juga akan mendiami rumah seindah itu....Abey yang pernah ke sini hanya tersenyum kerana dia dah puas menceritakan kehebatan rumah mewah ini kepada Jimie beberapa bulan dahulu...Bak kata 'Boss' - akuarium dia punyalah cantik!!! hehehe... Doalah...Insyaallah kita akan dapat. Dia mendengar...

<

Sepertimana KS, NS juga sering memberi saya kekuatan dan semangat. Beliau tidak pernah penat berusaha untuk berjaya. Keperitan hidup di masa lalu membawa beliau terus ke depan...Di usia melepasi setengah abad kini, NS lebih banyak menghabiskan masa di padang golf di dalam dan luar negara. Beliau juga tidak pernah lupa untuk 'memberi' kepada yang memerlukan...Saya amat envy NS dan saya harap saya juga akan berjaya dalam hidup sepertinya...

Terimakasih buat KS dan NS atas persahabatan yang tidak ternilai....



4 comments:

Feq said...

Salam sis,

Saya nak ajak visit blog saya http://feqqdiwaris.blogspot.com/ mudah-mudahan boleh gak tolong2 kawan2 sis yang kurang bernasib baik.Ini ialah salah satu cara kita boleh bantu diorg.Ada dana utk perubatan dan boleh mohon jika ada musibah yang menimpa,insyaallah..

Kassim Selamat said...

salam suria,
terima kasih dari sy sekeluarga krn sudi menziarah.

adk sy halijah mmg kenal suria. dia kirim salam.

kebetulan kak ain pun arini buat kerabu mangga. sy cilok gambar kerabu mangga tu yer! letak kat blog.

Suria Klang said...

KS,

Salam buat semua di rumah. Cilok la apa gambar sekalipun... bukannya pro pun!!

Seronok dapat lakukan perkara2 'kecil tapi signifikan'....

billa naha said...

bestnye dpt mkn mangga.. here's my blogspot...

www.nabilla-naha.blogspot.com