Thursday, August 8, 2019

Rasa gembira mengubat kecewa

Pernahkah kalian rasa kecewa?
Terlalu kecewa.
Putus asa.
Buntu.
Bingung.
Lost.

Sering, barangkali.
Saya juga begitu.

Baru-baru ini saya betul-betul lost. Namun saya juga tahu, pergantungan sepenuhnya kepada Yang Maha Berkuasa membuat saya masih waras. Namun terasa jiwa saya tidak sekuat yang saya harapkan.

Saya rasa putus asa kerana Allah bagaikan tidak mahu mendengar permohonan saya. Saya didorong sampai tersepit ke dinding. Allah! Malu andai kalian tahu betapa dhaifnya saya dan Boss. Terpuruk habis.

Syukur alhamdulillah, sedikit iman masih bersemarak dalam diri kami. Kami tetap yakin Dia Maha Mendengar, Maha Tahu akan keadaan kami, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dia hanya mahu kami terus bersabar.

Saya terima mesej dari Tess, seseorang yang saya kenal sejak tahun lalu. Tess menjemput saya ke show room unit rumah banglo yang dijualnya.

Terbahak-bahak saya ketawa sendiri. Alangkan rumah yang didiami pun sudah berbulan tertunggak ansuran, berangan la Suria hai... nak tengok banglo konon!

Tapi, saya jawab pada Tess, "I'll come tomorrow at 11 morning. Perhaps you can share the location?'

Tu dia... saya ajak Boss. Garu kepala dia. Saya kata, "kita pi tengok jom. Kasi hati kita gembira. After all, kita tak de apa nak lose. Maybe kita akan jadi happier?"

Boss tengok muka saya macam nak mintak penyepak agaknya. (Kemudiannya Boss kata masa tu hati dia dok bisik, bini aku ni harapnya masih waras. Biar betul, dalam pada nak makan pun tak ada, dia ajak kita tengok banglo? Ikut je lah. Aku pun sama je tengah bengong ni.)

Kami masuk ke kawasan yang Tess kongsikan. Allah hu Akbar. Cantiknya kawasan. Cantiknya rumah.

Tess sambut kami di sebuah rumah yang kelihatan biasa (tetapi lamannya yang luas membuat mulut kami melopong tak terkatup).

Lalu, perjalanan ke dalam rumah tersebut telah membuat saya jatuh cinta berkali-kali! MasyaaAllah! Rumah yang kelihatan amat biasa itu rupanya begitu luas, besar, lapang, terang, porsche, lavish, amazing.... oh! habis perkataan nak saya gambarkan. Saya suka sangat dengan satu area di bahagian belakang rumah ini.

"This is damn beautiful! I love this area. The bedroom and the attached living room will be our perfect hideout. I love this very private concept and I am going to build a sweet swimming pool here. I want some plants too. Oh Allah! Please allow me to have this!"

Boss punya expression memang tak boleh blah bila dia dengar saya cakap macam tu. Tapi, deep down saya tahu dia sedang mengiyakan apa yang saya katakan.

Kami naik ke atas. Subhanallah! Besarnya master bedroom! Cantiknya the 3 other cute rooms... "This big room will be for Abo & Aman. Let them share coz Aman ni pemalas dan penakut. Bila Abo ada sama dengan dia, tak la dia mengada. Abo pulak rajin mengemas. Bersih la bilik ni sentiasa. Then the three other rooms will be for the big 3. Abey ambik yang ada balcony tu. Akak & Mie bukan penghuni tetap, so bagi bilik-bilik cozy ni pada depa for them to rest and lepak."

Boss angguk-angguk. Tak kata sepatah pun.

Bila turun balik ke bawah, Boss bagitahu Tess. "This is what I have been looking for. The empty space between the main living room and the 2nd living room is superb and perfect for a pool. I love the privacy offered, eventhough it looks very open and bare, but it fulfills the needs."

Alamak! Berbunga-bunga hati saya dengar Boss kata camtu.

Kemudiannya, Tess bawa kami pusing. Oh! Cantiknya yang tu! Luasnya! Cantiknya ni!

Kami pulang selepas berpuas hati dengan layanan Tess yang tidak pandang kami melalui kereta yang kami pandu mahupun pakaian buruk kami. Tess layan kami seolah kami akan datang bawa duit sebanyak RM3juta keesokan harinya. Kami rasa abundance! Tess berjaya buang rasa kecewa yang sedang bersarang di hati kami. Subhanallah.

Kegembiraan yang kami rasakan di pagi hari semalam membuat kami yakin bahawa Allah sedang memberikan petunjuk. Kami perlu bersabar sedikit lagi.

Tiba di rumah, kami aktif dengan kegiatan sendiri. Tiba-tiba saya dapat mesej dari sahabat dunia akhirat saya yang sedang mengerjakan haji, 'Babe, ini contoh doa. Mu tukar ke nama mu atau kalu mu nak doa spesifik, mu taip je yang lain. Esok pagi kul 5 lepas subuh, kami gerak ke Arafah. TH arahkan KT aku buat Nafar Awal sebab flight balik few days lepas wukuf. Aku nak sampaikan doa mu di Hari Wukuf. Aku nak Allah kabulkan segala hajat dan permintaan mu."

Aduh... meleleh airmata. Dia ingat kat saya! Allah gerakkan hatinya untuk hubungi saya dan mahu pohonkan hajat saya di kala Allah buka langitnya sekali setahun itu.. Dia mahu lakukannya di Arafah! Ini penghargaan dari Dia buat saya dan sahabat dunia akhirat saya!

Boss pula dok dengar kuliah Ustaz Yusuf Mansor. Antara lain pesan UYM, push to the limit! Jangan bayar dengan wang! Bayar dengan ibadah. Ada kaitan terus secara relatif antara ibadah dengan rezeki. Perbetulkan niatnya. Allah kata, if you want anything from me, follow my rules!

Allah Ya Allah!
Benarlah seperti yang dikata. Jika hati sedang kelam, dunia juga ikut kelam. Jika hati sedang berbunga, dunia amat indah kelihatannya. Mentol  menyala-nyala di sana sini.

Suria yang penuh kekecewaan dan hampir putus asa dua hari lepas sudah berengsot pergi. Suria yang tegak berdiri adalah hasil dari hati yang gembira. Yakin bahawa Allah sedang mengajar dia untuk bersabar dan push herself to the limit. Matematik Allah tidak sama dengan matematik moden atau matematik tambahan. Matematik Allah ada tertulis di dalam Quran, tetapi saya lalai dan lupa

Alhamdulillah. Ku syukuri kurniaanMu Ya Allah. Rasa ini adalah rezeki yang tidak mampu aku dustakan. Moga Kau izinkan aku keluar dari kesempitan ini dengan kadar segera, Ya Allah. Aku tidak punya wang langsung, tapi aku punya platform lain. Sedekah, mengaji Quran, tahajjud, dhuha, doa, mengajar ilmuMu (tulisan ini adalah cara aku menyampaikan) dan kebaikan lainnya. Niatku hanya satu. Segala yang Aku lakukan adalah untukMu, keranaMu. Aku mengharap belas ehsanMu untuk memberi daku kehidupan terbaik di dunia dan akhirat, dikelilingi hambaMu yang terbaik dan menjadi antara hambaMu yang terbaik.

Dunia ini bagai bayangan. Kau tidak akan dapat mengejar bayang-bayang. Namun jika kau tinggalkan, ia akan sentiasa mengejarmu ~ Anonymous.

No comments: