Apakah sebenarnya perasaan kagum pada diri yang dimaksudkan dalam banyak kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Ustaz-ustaz saban ketika?
Saya tidak faham. Bagi saya, tidak pernah saya rasa perasaan itu.
Pagi tadi, saya ke Bank Rakyat. Mahu singgah untuk memasukkan sekeping not RM50 sebagai simpanan di akaun Tabung Haji. Sebagai seorang yang tidak punya sebarang wang simpanan, saya rasa teruja kerana akhirnya saya berjaya mendisiplinkan diri saya menyimpan sebanyak RM5o sehari, bermula semalam.
Saya tersenyum-senyum sendiri. Mahu rasanya saya khabarkan kepada kawan-kawan yang sekapal dengan saya bahawasanya saya sudah berubah. Saya terbayang angka yang akan terpapar di buku Tabung Haji saya pada 31 Disember ini. Wah! Berbelas ribu pastinya.
Kalau setahun saya berjaya kumpul RM18,000, sepuluh tahun lagi saya pasti sudah ada lebih RM200,000 termasuk keuntungan. Kalau saya tambah lagi amaunnya, pasti banyak lagi jumlah yang akan terkumpul. Tersenyum-senyum sendiri saya sambil memandu.ke arah bank.
Saya masukkan not RM50 ke dalam slot mesin dan menekan butang resit. Malangnya, resit yang keluar menunjukkan transaksi gagal. Sila hubungi bank. Ada sejam lagi sebelum sampai waktu bank dibuka. Alamak! Macammana ni?
Saya tenangkan hati. Ini insiden kedua minggu ini bagi saya. Mesin deposit tunai tiba-tiba gagal berfungsi selepas wang dimasukkan. Apakah sebenarnya yang Allah mahu saya tahu?
Di sepanjang hari ini, saya telusuri saat-saat yang berlalu. Tiada satu perkara pun yang Allah izinkan berlaku tanpa sebab.
Apa yang akan saya lakukan jika transaksi tadi berjaya? Pastinya saya akan katakan pada diri saya sendiri - hebat kau Suria! Kau telah melompat ke satu takuk yang lebih tinggi dari sebelum ini. Kau lebih baik dari kawan-kawan yang lain....
Ya Allah! Berdosanya saya! Ini lah yang dinamakan Ujub.
Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Allah pelihara diri saya dari membina rasa ujub. Maha Suci Allah. Hanya kepadaNya saya pohon keampunan.
Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
Syukur alhamdulillah.

(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)
Syukur alhamdulillah.