Bekerja dalam industri yang terlalu cepat - IT - membuat kita stress. Kadang2 stress yang melampau.
Stress juga membuat kita sering diasak dengan banyak persoalan, kadang2 terpaksa berdepan dengan tohmahan, yang sering kalinya mengelirukan. Baru2 ini saya 'broke down'; rasanya sia-sia pengorbanan yang telah saya lakukan. Madu yang diberi, tuba yang dibalas; begitu kata hati saya.
Saya pulang dengan kepala yang panas, airmata betul2 berada di hujung mata. Abo yang merengek sempat kena jerkahan saya. Sukar untuk saya nyatakan bagaimana perasaan saya. Saya salahkan semua - saya hanya lihat saya dipergunakan.
Selepas mandi dan solat Isya', saya terus masuk tidur. Malas nak fikir kisah siang tadi. Macam2 perasaan ada. Tak sedar entah bila saya terlelap...
Saya terjaga sekitar pukul 230 pagi bila Abo gerakkan kaki saya. Rupanya dia nak buang air. Selepas saya pakaikan seluarnya kembali, saya ambil wudhu' dan solat 2 rakaat. Saya masih terkenang apa yang saya lalui sepanjang siang di pejabat dan hati saya masih terasa sedih dan kecewa.
Keesokan paginya, selepas Subuh, saya sibuk dengan kerja rumah, kerana Bibik sudah pulang ke Medan, sambil cuba2 berzikir - untuk tenangkan hati. Selesai memasak dan bersiap untuk ke pejabat, saya tunaikan solat Dhuha. Saya pohonkan ketenangan dariNya dan saya harapkan Dia beri saya kemudahan.
Sampai di pejabat, saya terus ke bilik T. Dia cukup risau dengan sms saya malam semalam. Dia takut saya ambil keputusan drastik. Saya hanya tersenyum sambil jari2 saya laju menaip. Kami kemudiannya menghadiri mesyuarat "senior management", dan selepas itu, saya, T dan big Boss duduk berbincang tentang perancangan kami.
3 jam perbincangan, dan saya COOL. langsung tak ada rasa sedih, marah, kecewa atau putus asa. Yang ada hanya semangat dan kekuatan yang datang entah dari mana. T agak kagum dengan saya. Waktu makan, dia bertanya, "Are you really OK now? I was very worried about you last night. Tapi pagi ni aku tengok ko cool aje, as though nothing happen."
Saya jawab, "Oh, malam tadi aku sembahyang banyak la Bro..." sambil ketawa.
T juga ketawa mendengar jawapan saya. "Banyak la ko ni..."
Sesungguhnya, saya mendapat kekuatan yang tiada tandingan dari Dia. Jika ditanya akal saya, pastinya saya masih bersedih. Namun, Dia memberi saya kekuatan yang tidak mampu saya utarakan bagaimana rasanya.
Saya renung diri dalam-dalam....Ustaz2 selalu pesan, "Istiqamah". Sentiasa ingat Tuhan sepanjang masa, bukan hanya waktu susah sahaja. Kerana, Dia sentiasa ingat kat kita, dan ketika menghadapi kesukaran, dijadikan kesukaran itu kemudahan sebagaimana yang dikehendakiNya.
Saya akur dengan kekuasaanNya. Allah hu akbar!
Tuesday, November 24, 2009
Thursday, November 19, 2009
Kenalan Baru...Maulana
Isnin lalu, di India.
Saya menerima jemputan makan malam di rumah Mr Hassan. Sesampai di rumahnya, ada beberapa lelaki sedang menunggu beliau. Saya dengan selambanya, seperti biasa, mengambil tempat di sebelah Mr Hassan dan ikut serta dalam perbincangan beliau. (Ini satu keistimewaan yang saya perolehi...)
Duduk di hadapan saya, seorang India yang berwajah Arab. Namanya: Mr M.A.K Jeelani. Saya senyum dan beliau pun senyum. Kemudian beliau perkenalkan diri kepada saya. Beliau merupakan salah seorang Pengarah Giordano. (ETA STAR ada JV dengan Giordano Ltd dan mereka menguasai pasaran Middle East, Africa dan India).
Maka, Mr Jeelani pun bercerita tentang pernigaannya: dengan lebih 300 outlets dan office beliau di Jeddah. Telah 15 tahun di sana, Mr Jeelani kongsikan pengalamannya dalam bidang retail dengan saya. Sudah tentu saya berminat kerana Boss saya juga punya 'a very small' retail outlet. Bayangkan - 300 stores??? Fuuhhhhh!Otak saya ligat kira berapa banyak duit dia...Kalau dapat RM1000 dari satu store sebulan = RM300,000. Mak oii...
Malam itu juga Mr Jeelani beritahu saya bahawa nama sebenar beliau ialah Mohd Abd Kadir Jeelani - ohhh...serupa macam nama ulamak terkenal tu, kata hati saya. Seolah mendengar suara saya, Mr Jeelani kata "I am the 19th descendent of Syeikh Abdul Kadir Jeelani. I am a sufism."
Okay... Saya katakan padanya, "I am honored to have this moment with you, Sir."
Lepas itu, beliau beredar dan Mr Jeelani berjanji untuk hubungi saya kemudian.
Pagi esoknya, beliau muncul di rumah saya bersama seorang Syeikh yang berjanggut lebat dan putih bersih wajahnya. Kata Kaka, tukang masak di rumah itu, "They are Maulana, Madam."
Saya berkesempatan duduk berbual dengan Mr Jeelani dan Pak Syeikh tadi. Tinggi betul pengertian mereka tentang sufi, ilmu dan Islam keseluruhannya. Mr Jeelani rupanya bukan hanya seorang ahli perniagaan berjaya, beliau juga seorang pendakwah yang gerenti tak de sijil JAIS, yang bercakap di seminar2 antarabangsa dan banyak menulis artikel tentang sufism. (Saya tak berapa involved dengan perbincangan mereka berdua kerana saya ni cetek ilmu dalam sufism. Takut gak kot tersasar. So, senyum je la....)
Saya rasa honored kerana dua orang manusia hebat ini kemudiannya mendoakan saya - dengan lafaz Bismillah dan Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, berkali2: diikuti dengan salawat dan puji2an kepada Allah: agar saya dan keluarga sentiasa diberkati Allah dan mendapat kekayaan di dunia dan akhirat...Pak Syeikh juga sempat menitipkan sebentuk cincin buat Boss - saya tak faham apa kata2 beliau, tapi agak2nya cincin tu boleh jadi pemanis kut...bertambah hensemla gamaknya....hehehe.
Saya amat bersyukur dengan kurniaan ini dan saya tahu, ada hikmah di sebalik pertemuan ini.

Monday, November 16, 2009
Inter-family marriage
Semalam saya berkesempatan berbual dengan Sheikh, tunang kepada Fathima, di pejabat saya. Sheikh seorang pemuda tampan, mempunyai British accent yang pekat kerana belajar di sana untuk beberapa tahun, putih kulitnya dan seorang akauntan. Bergaya sebagai seorang anak aristokrat.
Malam tadi pula, saya bersembang santai dengan Fathima, di dalam bilik di rumahnya. Fathima seorang pelajar perubatan yang sedang melakukan housemanship. Lagi 6 bulan beliau akan mula bekerja sebagai doktor.
Saya beritahu Fathima yang Sheikh datang ke pejabat saya dan saya amat ingin melihat reaksi beliau. Fathima tersenyum malu, sambil berkata beliau TIDAK PERNAH bercakap dengan Sheikh walaupun sekali sedangkan mereka telah ditunangkan sejak Fathima berusia 7 bulan dan Sheikh berusia 3 tahun!!!!
Saya terpegun. Saya tanya Fathima, "Don't u meet other boys in school or in uni?" Jawabnya, "Of course I do. But I've also known that Sheikh will be my husband."
Ingin benar saya korek dari beliau .... 'Takkan tak pernah walau sekali hatinya terpikat kepada seseorang?" Namun saya tidak mampu mengutarakannya.
Fathima kemudian menjelaskan bagaimana inter-family marriage terjadi:
Ayah dan ibu Fathima adalah 1st cousin. Ayah Mr. H dan ayah Mrs H adik beradik.
Sekiranya ayah Mr H ada anak perempuan dan ayah Mrs H ada anak lelaki, mereka juga akan dijodohkan.
Fathima punya dua orang kakak, N dan M. N berkahwin dengan Y, sepupunya. Mr H, bapa N dan bapa Y adik beradik.
Adik lelaki Y berkahwin dengan kakak E dan E berkahwin dengan M, kakak Fathima.
Ayah E dan Mrs H dua pupu.
Kusut otak saya memikirkan tali persaudaraan mereka. Umpama idiapom atau putu mayam dalam bahasa Melayu...tiada mula dan akhir.
Fathima dan Sheikh pula ditunangkan ketika ayah saudara Fathima, B, berkahwin dengan BB, emak saudara Sheikh. Jadi, sebagai tukaran, mereka ambil seorang perempuan dari keluarga B untuk seorang lelaki dari keluarga BB.... (B dan BB adalah 3rd cousin..)
Saya tersenyum. Saya dan sepupu2 saya amat rapat. Kami seperti adik beradik. Anak2 saya juga amat rapat dengan sepupu2 mereka. Bagaimana boleh Jimie atau Abey dijodohkan dengan Eja atau Dek Nor atau Lala dijodohkan dengan O'ad atau Abo dijodohkan dengan Iman? Hahahaha....tak masuk akal....!
Rasanya kita amat bertuah kerana diberi kebebasan untuk memilih pasangan hidup kita sendiri. Dalam extended family saya, ada India, ada Cina, ada Kadazan, ada Iban, ada Siam, ada Mat Saleh, ada Turki, ada Mamak, ada Benggali, ada Portugese...dan macam2 rupa ada: dan kami... Jawa. Hahaha... Semangat 1Malaysia la katakan....! Harmoni betul kita kan?

Membuat keputusan
Keupayaan membuat keputusan yang tepat dan cepat adalah sesuatu yang sukar. Ianya memerlukan pengamatan yang cukup teliti dan IQ yang tinggi.
Saya berpeluang bekerja di bawah Mr Mohamad Hasan, seorang ahli perniagaan India yang cukup berjaya. Seorang yang humble, simple dan begitu dedikasi, Mr Hasan adalah seorang yang cukup tactful dalam menjalankan perniagaannya.
Saya paling suka mendengar cerita bagaimana beliau mahu memastikan yang perniagaannya mampu mendatangkan hasil. Selain dari hubungan baik beliau dengan the business circle, beliau tidak pernah penat terbang ke merata tempat untuk melihat peluang2 lain.
Baru2 ini, beliau beritahu saya yang beliau ada di Myanmar untuk satu jenis perniagaan. Entah macammana, kerajaan India meminda peraturan untuk membawa masuk komoditi tersebut sewaktu beliau di Myanmar. Kalau kita yang tidak pandai, balik rumah lah dah. Tidak untuk Mr Hasan. Beliau sebaliknya menggunakan masa yang ada di Myanmar untuk mencari pembekal bagi komoditi lain yang memang termasuk dalam senarai produknya.
Pagi tadi Mr Hasan kata yang dia akan ke Tutukudi, selatan India hujung minggu ini untuk menerima kontena yang akan masuk: kayu balak bernilai US$2 million!!! Baru dua bulan lepas load pertama dibawa masuk bernilai US$1.5 juta; dan khabarnya telah habis dijual....
Wow! Alangkah baiknya jika saya boleh jadi secekap dan setepat beliau....!

Friday, November 13, 2009
P.S. I Love You...
Saya sedang dilanda kebosanan yang melampau bilamana saya terjumpa sebuah buku tulisan Cecelia Ahern berjudul "P.S. I Love You" dalam almari saya, di rumah saya di India.
Saya pun mula membaca helaian demi helaian buku yang saya beli sejak berbulan dulu. (Nota: harga buku di India amat murah. Tiap kali saya datang ke sini, saya akan ke kedai buku dan akan habiskan beratus malah beribu Rupee (hehehe) untuk membeli buku.)
Buku P.S. I Love You telah diadaptasi ke filem, yang dilakunkan oleh Hillary Swank. Ceritanya mudah: tentang seorang wanita muda yang kematian suami akibat barah otak, tentang bagaimana dia menghadapi hari2 selepas ketiadaan suaminya dan sokongan yang diterima dari keluarga dan sahabat2nya.
Saya tenggelam dalam cerita ini. Di saat ini saya sedang mengalami apa yang Holly Kennedy alami. Merindu. Saya amat merindui suami saya. Saya rindukan seorang teman yang sentiasa bersama saya ketika bersarapan, ketika menonton TV, ketika membaca akhbar pagi, ketika mendengar kisah2 Abo di sekolah, ketika mendengar keluh kesah Jimie menjelang SPM, ketika ketawa melihat Abey yang sentiasa membetulkan rambutnya, ketika melihat gambar2 Lala yang sarat dengan cerita, ketika melihat anak2 kucing kami berlari ke sana ke mari dan berebutkan Puteh, si ibu untuk menyusu, ketika melihat Ali, Abu, Ravi dan Gemok tidur kekenyangan (mereka adalah kucing kami)... Saya amat rindukan dia.
Perpisahan yang terjadi antara kami bukan kerana terpaksa atau tiada pilihan. Tetapi, ini adalah satu peluang seumur hidup yang datang selepas usaha keras diiringi doa yang tidak pernah putus. Di hadapan saya kini terbentang banyak peluang lain yang sedang menanti kami sekeluarga di hadapan.
Saya ingin nyatakan kepadanya betapa dia amat penting dalam hidup saya. Betapa dia amat istimewa dalam diri saya. Betapa dia sentiasa bersama saya dalam setiap denyut nadi dan nafas yang saya hela.
Indahnya hari ini, lebih indah jika dia ada bersama. Seperti yang tertulis dalam buku Cecilia Ahern:
He's my soul mate. He's so thoughtful, always surprising me with little gifts and spoiling me. He makes me laugh all the time and I just love being with him. I haven't got sick of him. Plus he's good-looking....

Wednesday, November 11, 2009
Kunjungan
Saya dikunjungi seorang teman yang sedang dalam perjalanan pulang dari Mumbai ke Kuala Lumpur. Beliau singgah sebentar ke rumah saya di Chennai sebelum bertemu dengan rakan perniagaannya untuk makan malam.
Saya amat gembira menerima kunjungan ini. Kami bersembang kisah2 lama, hal2 peribadi dan rancangan masa depan.
Teman ini saya kenali sejak lebih 15 tahun lalu. Dia seorang yang kuat bekerja. Dan kini dia berjaya memiliki perniagaan yang bernilai berjuta2 ringgit, selain aktif dalam perniagaan hartanah. Namun, beliau tidak pernah berubah dari sikapnya yang baik hati dan pemurah seprtimana beliau yang saya kenali sewaktu beliau seorang salesman dulu.
Saya akui saya agak tidak secemerlang beliau dalam membina kekayaan, biarpun saya amat cemerlang dalam bidang pelajaran jika dibandingkan dengan beliau yang hanya ada sekeping diploma. Ditambah dengan isteri beliau yang tidak bekerja, saya merasa saya amat tertinggal. Di mana silapnya?
Di akhir pertemuan, teman ini bersungguh2 bertanya berapa yang saya perlukan supaya saya bebas dari beban kewangan dan bersama2 dengan beliau menceburi bidang hartanah untuk mendapat pulangan yang banyak.
Akhirnya, beliau berkata: "It is typical you la Suria... You never want to ask your friend for help. Entah bila ko akan berubah..."
Jawapan saya kepadanya: "Pasal tu la kita masih berkawan. Kalau aku asyik mintak kat kawan, ko pun dah tak nak jadi kawan aku lagi....!"
Good luck, my dear friend. I envy you and I will be successful, Insyaallah, in my own way.

Monday, November 9, 2009
Keliru
Saya sedang menghadapi fasa keliru dalam kehidupan saya.
Keliru kerana banyak sangat yang perlu difikirkan.
Keliru kerana ramai sangat orang yang memerlukan laporan.
Keliru kerana susah sangat untuk saya mengatur perjalanan.
Keliru kerana saya tidak tahu bagaimana saya harus melakukan semua ini dengan baik....
Ohhhh!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)