Tuesday, April 21, 2009

Fruit of passion...



Kegagalan dalam perniagaan yang diusahakan pada tahun 1998 tidak pernah mematikan semangat beliau untuk terus berkarya. Biarpun diasak pelbagai kesulitan dalam perusahaannya, di samping terus-terusan diuji dengan ujian2 yang mengganggu kesihatan dan mentalnya di sepanjang perjalanan, beliau tidak tunduk kepada sebarang tekanan.

Beliau terus berjuang mempertahankan apa yang diminatinya. Katalah apa saja yang boleh melunturkan semangatnya, beliau tetap gigih memintal impian dan harapan. Sepuluh tahun berada dalam kekecewaan kerana usahanya hancur, kini beliau bangkit dan mampu tersenyum megah.

Dua bulan lepas, kedai beliau didatangi pelanggan yang inginkan satu set barang kemas, diperbuat dari emas 916, batu nilam biru dan berlian. Bertungkus lumus beliau mencari; di celah2 kesempitan kewangan, beliau harungi kesukaran itu...

Akhirnya, beliau berjaya menghasilkan apa yang tertera di atas. Net price, RMxx,xxx.oo. Alhamdulillah. Saya gembira melihat wajah beliau yang asyik tersenyum. Beliau telah berjaya memecahkan kebuntuan beliau dan telah berjaya mencipta satu project breakthrough. Hanya kesyukuran dapat saya panjatkan atas kurniaan Allah kepadanya. Seorang yang penuh dengan kekuatan semangat dan kegigihan.

Itulah dia, Boss saya, Naha. I am proud of you, dear!

Sunday, April 19, 2009

They are different..

Mereka mencabar diri mereka sendiri. Mereka lakukan apa yang orang lain tidak mahu dan tidak mampu lakukan. Mereka menguji kekuatan mental mereka kerana mereka yakin pada kekuatan yang Tuhan beri kepada mereka.


Jumaat lepas, saya menemani Asma Rina ke Pesta Buku. Rasa bertuah disapa Firdaus di booth PTS, yang memaklumkan Prof MKI ada di sekitar. Terus saya dail nombor beliau dan sambil tersenyum, beliau muncul di hadapan kami dalam masa 5 minit! Kami sempat bersembang di celah2 kesibukan beliau menandatangani buku yang dibeli pembaca...

"Doktor, saya bangga sungguh dengan pencapaian you. Mesti you rasa best kan?"

Dia hanya tersenyum lalu berkata, "Suria, apa yang you dah lalui lagi hebat. You tulislah buku. You boleh menulis..."

"Nantilah saya tulis biografi Doktor ye? Saya tulis dengan As... Minggu depan saya ke India lagi... Nanti saya mulakan sesuatu....Hahaha... Yok yok o je la Suria ni! Berangan tak habis2..."

"Apa pulak berangan. You tulis apa yang you rancang tu. Tak ramai orang tulis biografi. Takkan saya nak tulis kisah saya sendiri pulak kan? Tulislah...."

Selepas tangan kami terasa berat menjinjit buku2 yang dibeli...(Ya Allah Mek Ah... banyoknye mu beli...! Bilo nok baco nye???), kami tinggalkan PWTC untuk ke Ampang Park menaiki LRT. Lama sungguh tak naik LRT di KL...sesat barat mencari stesen... Malu malu...!


Kami terus ke Cozy Corner mencari Raden Galoh... Tersenyum manis seorang lagi manusia hebat yang muncul dalam hidup saya. Dua kali survive dari serangan kanser yang menggila. Mana tak hebat? Selepas saya perkenalkan As kepadanya, kami mula berbual dengan rancak. RG juga bercerita kisah buku pertama yang ditulisnya, "Kanser payudaraku". Aduhh...kuatnya semangat wanita ini. Kami sama2 mengagumi beliau.

Sambil menikmati makanan yang terhidang, saya terima satu panggilan.

"Puan, anak Puan, Nabil Imran, telah terpilih untuk berlakun dalam iklan bla bla bla..."


Yes! Abey telah berjaya memecahkan iceberg yang mengelilingi kehidupannya! Mulai semalam, beliau melangkah setapak ke hadapan, menjadi pelakun iklan! Sesuatu yang tidak pernah difikirkannya. Saya tahu beliau berbakat, namun Abey sentiasa merasakan dia jauh di belakang. Saya amat berbangga kerana akhirnya beliau berjaya menyahut cabaran yang diberi... Nantikan kemunculannya dalam iklan TV, beliau bawa watak "Mat Rempit". Hahahaha....

You guys are different! Gua respek giler2!!!

Wednesday, April 15, 2009

Kenangan mengusik jiwa...

Di sekitar awal tahun 94, saya dipelawa untuk menyertai CELCOM, syarikat talipon mudah-alih pertama di Malaysia. Saya diberi jawatan Pengurus Kewangan dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga satu jabatan. Boss saya, seorang lelaki tampan yang amat saya kagumi. Religious, baik, sopan, setia... Namanya Amran Othman. Beliau adalah Vice President di situ dan antara pioneer di Celcom. (Amran meninggal dunia pada tahun 2003 kerana kemalangan jalanraya.)

Bersama saya di jabatan kewangan adalah sekumpulan anak2 muda yang penuh dengan 'keletah'. Nama2 seperti Nik Rodiani (Mok Nik), Suhairy (Aji), Syed Jamal, Haliza (Liza), Fatimah (Tim), Nizam, Pian, Anis, Hata, Raj, Collin, Sasi, Fahmi, Tahir, Man, Ma'ey, Marini, dan beberapa lagi nama yang saya lupa...

Pejabat kami di Jalan Sekilau, Cheras. Dalam satu kejadian, berlaku kebakaran yang memusnahkan satu tingkat dari pejabat tersebut. Makanya, pihak Bomba tidak membenarkan kami menduduki pejabat itu sehingga disahkan selamat. Berangkutlah kami ke Wisma Dani di Taman Maluri, dan berhimpit2 bersama server, desktops, files dan segala yang berkaitan di dalam sebuah bilik mesyuarat!

Keadaan di dalam bilik itu memang cukup sesak. Kesemua kami, termasuk Amran, berhimpit di situ. Di bawah meja mesyuarat yang panjang tu kami susun files. Bila nak cari file, kami kena mencangkung... Selalunya bersila langsung...

Bising tok sah cerita. Kakitangan saya ketika itu berusia antara 21 - 26 tahun..(Amran yang paling tua, 35 tahun. Saya, 27 tahun...muda tuh...hehehe.) Ada saja yang membuat mereka semua ketawa besar. Bukan hanya kerana lawak, kami juga ketawa kerana keadaan tempat begitu merimaskan dan menyukarkan kami menyiapkan kerja. Namun suppliers masih perlu dibayar (kadang2 dengan suppliers duduk sekali berhimpit dalam bilik tu...), gaji kakitangan masih kena masuk ujung bulan, akaun masih perlu dikeluarkan dan belian masih terus berjalan. Kami sebenarnya enjoying the frustrations....!

Di luar bilik mesyuarat itu terletak cubicals jurutera2 operasi dan network planning. Mereka ini semuanya 'pendiam'. Buat kerja sorang2, berkawan dengan pensil, pembaris dan jangkalukis serta peta. Terperanjat bila mereka ditemani dengan gelak tawa dan hiruk pikuk kami...

Di satu petang, sedang kami riuh menyiapkan kerja, seseorang bernama Hamdan masuk dan tiba-tiba menjerit,"You guys!!! Can you please SHUT UP???? I cannot stand!!!".

Suasana tiba-tiba jadi sunyi sepi...Kami semua terperanjat melihat wajah Hamdan yang merah padam di muka pintu. Berdebar jantung saya...Saya lihat Hamdan dah macam Hulk.(Badan lebih kurang pun....).

Dalam senyap tu, terdengar suara, halus je bunyinya..."I cannot stand...I want to sit down..." Apalagi, berderai kami semua ketawa!!! Hamdan berlalu dengan marahnya, manakala tumpuan kami beralih kepada Tahir....

Sampai sekarang momen itu masih jelas tergambar di kepala saya... Tahir kini diberitakan telah menjadi taukey kantin yang berjaya di Seremban. Hanya tinggal sekumpulan kecil dari kami yang masih di Celcom. Namun, kami masih kekal bersahabat hingga kini dan dihubungkan melalui facebook. Hari ini, saya akan makan dengan Tim, yang masih cun melecun dan berhati waja...

Tuesday, April 7, 2009

Reunited...


Kesemua kami bersama sebahagian dari keluarga....perempuan gemuk kat tengah2 tu, saya lah...

Mrs. Shan & Abo

Dalila tetap maintain....

Mazu & As... ayu gitu....

Si jelita Mazu & suaminya yang handsome...

Dr Shan & Nuar yang macho...

Roslan, Boss Dalila & Naha, Boss saya.

Mr. & Mrs Shan

Dalila & Irfan

Dalila, Dr Shan & Mrs Shan

Di tengahari Ahad yang indah, kawan-kawan lama dari M*U datang berkunjung ke rumah. Selain dari merapatkan ikatan silaturrahim, kami juga ingin meraikan Dr Shan yang akan kembali ke India, dan isteri beliau yang mengunjungi Dr Shan di sini.

Saya, Dr Shan, Asma Rina, Nuar, Mazurina dan Dalila adalah jiran di pejabat dan kami bersahabat karib. Keakraban kami membuat kami selalu lupa dengan kesusahan yang dialami sepanjang perkhidmatan kami di tempat bertuah itu.

Kini masing-masing membawa diri. Dr Shan di UniTAR, Asma Rina jauh di UNISEL Batang Berjuntai, Nuar di UPSI Tanjung Malim, Mazurina di UiTM Shah Alam dan Dalila di UM. Nuar dan Mazu akan terbang ke Down Under pertengahan tahun ini untuk menyambung PhD mereka, Dalila telah menghabiskan 2 tahun untuk PhD beliau dan Asma Rina telahpun berura-ura untuk menyediakan proposal bagi PhDnya nanti... Saya katakan pada Dr Shan, "Sir, in 4 years time, when we sit together like this again, all of you are Doctors, and I am the only nurse...". Semua gelak.

Saya amat berbesar hati melihat mereka makan hidangan yang saya sediakan. Syukur alhamdulillah, rasanya kesemua mereka menikmati sepenuhnya nasi ayam saya. Isteri Dr Shan yang tidak berapa mengenali makanan lain selain dari kari, capati dan tosey pun makan bertambah! Lega hati...

Kami bersembang dan bergelak ketawa. (Elfi yang kini di UiTM Jengka dan Rosnia yang mengajar di USIM, Nilai, tidak dapat bersama kerana ada hal...kalau mereka ada, tentu bertambah gempak!). Dalila dan anak kecilnya, Irfan menjadi centre of attraction kerana Irfan lahir selepas bertahun2 Dalila menunggu. Suami Dalila, Roslan, hanya tersenyum memerhati. Asma Rina masih suka berlawak macam selalu, saya pasti Hisham, suami Asma Rina, sering terhibur dengan keletahnya. Mazu, gadis ayu yang malu2, dan si handsome suami kesayangannya, bersama anak2 gadis yang comel2 belaka, lebih banyak memerhati dan tersenyum dari bercakap, sementara Nuar kini telah berubah menjadi lelaki macho yang begitu berkeyakinan... Dr Shan agak pendiam, mungkin takut dengan perception isterinya... Selalunya, dia paling nakal mengusik...

Satu yang pasti, kesemua kami berubah menjadi lebih positif kini. Terimakasih kawan2, ada rezeki kita bersua kembali.... Good luck and Insya Allah, kejayaan menanti di depan kita....

Wednesday, April 1, 2009

Mak Borek, Anak Rintek

Saya selalu terjatuh. Selalu maksudnya, kerap. Samada saya terpijak lantai yang tidak sama tinggi, atau tumit kasut terlanggar sesuatu, atau saya melanggar sesuatu, atau tanpa sebab....

Arwah mak kata saya kelam kabut. Nak cepat selalu. Rasanya tidak. Tapi, saya memang selalulah jatuh...

Balik dari makan tengahari tadi, saya hampir terjatuh. Mujur ada kawan di sebelah dan sempat saya berpaut pada lengannya. Malu? Biasa sangat dah...(Wey....mau tak malu? Ramai orang senyum sumbing je nengok kat kita...!)

Waktu saya mengandung, saya lagi kerap terjatuh. Teringat saya terjelepuk jatuh depan Mamak jual cendol depan ofis di Plaza IGB 20 tahun dulu...Waktu tu perut saya memboyot 7 bulan. Tak pasal2 saya dah terduduk betul2 di tengah jalan... Sebulan kemudiannya, saya terjatuh masuk longkang waktu sambut emak bapak balik Haji... Yang menakutkan, denyut nadi baby hilang sehari... Seminggu lepas tu Nabilla lahir, tak cukup bulan (35 minggu).

Waktu mengandungkan Abey, bukan setakat kaki saya yang masuk longkang, dengan orangnya sekali termasuk longkang yang dalam, di gerai makan Taman Greenwood. Terkejut semua orang yang tolong naikkan saya bila lihat betapa besarnya perut saya waktu tu!!!

Yang paling saya tak boleh lupa... First time dating dengan Boss... Tengah jalan terkepot2 malu kononnya, saya terjatuh melorot dari beberapa anak tangga. Saya cuba paut lengannya, tak sempat. Gedebuk saya jatuh, cam nangka busuk. Kalau masa tu dia reject saya sekalipun, saya ok kot... Sebab saya amat2 malu dengan beliau. Entah apalah yang difikirkannya tentang saya!!!

Dua hari lepas, putri saya nan satu hantar sms berbunyi begini: Malu saya, masuk2 kelas da jatuh, bergolek lak tu... Satu kelas gelak gila2. Lecturer tanya diaorang "Korang gelak ek kalau orang jatuh?" and satu kelas jawab "kitaorang gelak sebab Lala yang jatuh, kalu orang lain jatuh kitaorang kesian...n kalu Lala jatuh sekali dua kesian kut, tapi ni jatuh hari-hari...gelak je la....

Rupanya penyakit kerap jatuh berjangkit kat anak saya. Kesian dia... Tak pe lah Kak, kita serupa....Tak pernah berpeluang nak maintain ayu gitu....Huhuhu