Thursday, May 29, 2008

Shah Alam

Saya memilih tinggal di Shah ALam kerana banyak sebab. Paling utama, keselamatan. Kedua, bandar terancang. Ketiga, moden dan mudah. Bukan kerana ia tempat orang kaya atau orang kurang kaya.

Sepuluh tahun menetap di rumah sendiri di Shah ALam menyaksikan banyak peristiwa yang menarik dan kurang menarik. Anak-anak saya mendapat didikan yang baik di sini. Ketiga-tiga mereka ke SK Raja Muda Seksyen 4, SRA Seksyen 3 dan kini di SMK Seksyen 7. Semua ada di Shah Alam melainkan panggung wayang, lounge, kelab malam, rumah urut dan tempat-tempat maksiat lainnya. Itu menambahkan sebab kenapa saya yakin Shah Alam adalah tempat selamat untuk membesarkan anak2 saya..

Namun, kejadian jenayah makin hari makin banyak di Shah Alam. Saya agak tidak peduli dengan situasi ini kerana ianya tidak mengganggu saya sangat. Arwah ayah mertua saya pernah disamun dengan sejumlah wang yang banyak di hadapan rumah kami pada tahun 1998. Rumah saya pernah dimasuki pencuri pada tahun 2006 sewaktu kami keluar bekerja dan anak-anak ke sekolah. Habis dipunggahnya seluruh isi rumah, hilang emas-emas saya yang cuma seurat dua berserta koleksi kereta Tamiya Jimie dan tabung kesayangan Nabilla. Sebuah tong gas saya yang penuh berisi juga dicuri..ianya terletak betul2 di sebelah pintu masuk...Agak terpencil jenayahnya...

Namun, apa yang berlaku dalam dua bulan kebelakangan ini di kejiranan kami agak mengganggu saya. Bermula dengan kehilangan kasut2 para jejaka dari dalam rak kasut kami. (Pencuri tahu kasut wanita tidak ada harga). Kemudiannya, Abey kena samun dalam perjalanan ke sekolah, dipukul dan ditendang serta diacukan pisau.

Pagi tadi, kami dikejutkan dengan satu lagi kejadian yang menyakitkan hati. Cermin belakang kereta buruk kami dipecahkan dan seluruh kereta digeledah. Walaupun tiada apa yang hilang, kami kena keluar duit untuk baiki cermin yang pecah! Sakitnya hati..

Abey kata, "pindah je la Ma."

Suami kata, "kereta ni merajuk sebab kita tak nak dia lagi".

Saya kata, "ini tandanya keadaan moral masyarakat kita sudah terlalu rendah. Makin susah nak dapat duit sekarang ni. Cara mudah, mencuri! Moral rendah kerana desakan ekonomi yang semakin parah!"

Suami saya dan Abey saling berpandangan. Tak paham!!!

Tuesday, May 27, 2008

Modennya kita!

Saya dan suami berjanji dengan Tahir, sahabat kami dari UK, untuk bertemu di Subang Parade petang semalam. Kami sampai dulu dan kami pun duduklah di Mc Donald.

Saya memerhati sekeliling. Ramai yang bergegas ke hulu dan ke hilir, mungkin berebut masa untuk pulang ke rumah selepas seharian di pejabat. Ada pasangan anak-anak muda yang mungkin sedang bercuti semester mengambil peluang bercinta di khalayak ramai. Macam-macam gelagat yang saya perhati.

Sesekali saya pandang suami di depan yang sibuk membalas sms atau entah buat apa. Bosan memerhati, saya ambil handphone saya dan mula melakukan maintenance. Main game lah...kata hati saya.

Tiba2 kami dikejutkan dengan ucapan salam dari Tahir. Kami berdua serentak memandang ke arah Tahir.

"Apa dah jadi dengan dunia ini? Suami isteri duduk mengadap satu sama lain tapi masing2 sibuk dengan toy?"

Tersipu kami dibuatnya. Ye lah... kami sibuk dengan handphone kami sampai lupa nak bersembang...

"Suria, kalaulah you tau camana sedihnya Anom di UK without me now? Berjauhan dari keluarga is the saddest episode in my life. I sendiri tak sabar nak tunggu esok untuk balik ke sana and definitely I'm not going to forgo moments with Anom..."

Alamak...bersyarah pulak omputih ni...

Bila berjauhan, kita saling merindu. Bila berdekatan, kita lebih sibuk dengan hal sendiri. Di dunia serba moden ini, gadget2 yang ada lebih mengujakan kita dari kekasih hati...! Modennya kita!!

Monday, May 26, 2008

Rindu

Dalam kekalutan menyiapkan banyak assignment di pejabat, tiba-tiba hati saya terasa rindu. Ramai yang saya rindukan. Banyak peristiwa yang saya rindukan.

Saya terima panggilan dari bekas pelajar. Pastinya ingin meminta saya menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi di tempat kerja...Ahh... Saya rindukan pelajar-pelajar saya. Saya ingin sekali bergelak ketawa dengan mereka.

Sambil cuba menyiapkan kerja2 yang agak sukar (saya sedang membuat bidaan untuk mengambil alih syarikat...memang susah!), saya mendapat panggilan dari Syikin, teman lama di Alcatel. Syikin bertanya khabar dan kami bertukar cerita tentang anak masing-masing...Lega sikit rasanya.

Tapi, dalam ramai2 yang saya rindukan, saya amat kehilangan Asma Rina Abdul Rahman. Saya sedar kini dia adalah teman, adik, jiran dan semuanya... Kehidupan saya cukup sunyi sejak perpisahan kami. Dua tahun bukan tempoh singkat buat kami yang pergi dan balik kerja sama-sama, di pejabat, kami duduk bersebelahan. As tidak pernah menghampakan permintaan saya. Tidak sekali pun dia membantah nasihat dan kata2 saya...Kami kongsi kesedihan dan kegembiraan bersama2...

Aaahhhh...emosionalnya saya! Ini akibat dari tekanan kerja lah ni!!!!

Friday, May 23, 2008

Sebab dan akibat

Seronoknya hari ini. Dapat makan-makan ramai-ramai sedap-sedap.

Saya, Dr Shan, Asma Rina, Aznita, Wan Masliza dan Rosnia - disertai oleh bekas pelajar2 saya - Sharifah Juzihaspiza, Wan Nur Mazween, Aizudin dan Salvinia, makan tengahari bersama di TTDI Jaya.

Kami bergurau, bergelak ketawa, bercerita dan masing-masing gembira. Dr Shan kini di UNITAR, Masliza di MMU, Rosnia di (?) sementara As dan Ita masih di tempat lama. Apa yang dapat disimpulkan, reunion kami penuh makna yang tersirat.

Kegembiraan dan kepuasan jelas tergambar di wajah mereka yang telah meninggalkan tempat istimewa itu. Hanya kami yang faham apa maksudnya.

Dr Shan asyik bercerita tentang biliknya yang besar, sesuai sungguh dengan dia yang rajin tidur tengahari, siap dengan itu dan ini. Mas bercerita tentang kelasnya yang hanya dua kali seminggu, biliknya yang cozy dan kesungguhannya cuba menyiapkan PhDnya, sementara saya pula asyik ketawa melihat mereka.

Kami miss Dalila dan Nuar. Dell pasti tak sabar menunggu kelahiran anak sulung selepas lama menanti (dia kini di UM), Nuar pula jauh di Down Under. Makin pandai kecek omputih lah ye? Kalu tak asyik cakap pahang je...

Saya dan Dr Shan ingin mengucapkan terimakasih kepada si dia yang berjaya membuat kami mengambil keputusan untuk berhenti berjuang di sana. Kalaulah tidak kerana kebiadapannya terhadap kami, kami pasti masih di sana, dan kehidupan kami tidak akan menjadi lebih baik...

Everything happens for a reason!

Wednesday, May 21, 2008

Penghargaan

Berlaku satu insiden yang tidak diingini di pejabat saya beberapa hari lalu.

Saya cuba sebaik mungkin untuk mengurangkan ketegangan yang melanda. Kebetulan anak salah seorang pekerja dimasukkan ke hospital. Saya minta PA kepada CEO untuk mengirim sebakul buah-buahan.

Pekerja tadi cukup terharu dan merasa amat dihargai sebaik menerima bingkisan tersebut. Dia hantar Thank You note kepada semua orang. Rupanya ianya sesuatu yang tidak pernah ada sebelum ini.

Saya suka menerima dan memberi penghargaan. Bagi saya, ia meredakan sedikit ketegangan dan kesusahan yang dialami. Teringat pulak kisah sedih di tempat lama...Tiada penghargaan dari pihak yang berkenaan sebelum saya melangkah keluar. Datang dan perginya saya seolah tiada makna. Itulah juga yang sahabat lain rasakan. Sedangkan saya cukup suka menganjurkan jamuan perpisahan kepada mereka yang akan meninggalkan tempat itu sewaktu saya in-charge. Melihat mereka menerima hadiah yang tak mahal mana membuat hati saya gembira. Saya pasti mereka pun begitu. Nak buat macamana? Rambut sama hitam hati lain-lain...

Baru2 ini saya terima banyak ucapan Selamat Hari Guru dari bekas2 pelajar saya yang kebanyakannya sudah bekerja. Saya juga terima sejambak mawar merah yang cukup cantik pemberian Juzi, Aizudin, Aween, Madiha dan Salvinia sempena Hari Guru. Alamak...saya lupa nak beri ucapan kepada ramai guru2 saya di luar sana... Alasan saya : sibuk... Sebenarnya, saya yang tidak peka...

Hargailah mereka yang ada dalam hidup kita sementara kita masih boleh memberinya dan semasa mereka masih berada bersama kita di dunia ini...

Monday, May 19, 2008

Nama panggilan

Anak2 saya selalu bingung bila saya perkenalkan saudara-mara kepada mereka.

"Ramai sangat Pak Long, Pak Ngah ..... camana nak ingat yang mana satu?" Itulah selalunya yang mereka akan kata.

Suami saya orang Johor, yang amat prihatin dengan nama panggilan mengikut pangkat. Katalah si A anak sulung, kesemua yang berpangkat anak buahnya akan memanggil dia dengan panggilan Pak Long dan isterinya Mak Long. Kalau anak kedua, Pak Ngah. Anak ketiga, Pak Da...dan seterusnya.

Sepanjang minggu lepas, ramai keluarga suami saya berkumpul di Kelang menziarahi Allahyarhamah emak mertua saya yang dipanggil Andak/Mak Andak dan Tok Andak. Anak-anak saudara saya sibuk cuba mengenali kesemua yang hadir. Kalau Pak Teh isterinya Mak Teh. Kalau Pak Tam, isterinya Mak Tam, kalau Pak Cik, isterinya Mak Cik...

Bila kena yang agak muda, anak-anak saudara saya mula keliru kerana ramai yang tidak mahu lagi dipanggil mengikut pangkat sebaliknya lebih selesa dengan tambahan "Pak" di hadapan nama mereka sendiri.

Satu rumah berderai ketawa bilamana Ira, anak saudara saya cuba memadankan nama isteri sepupu suami saya - "Apet". Jika Apet dipanggil Pak Pet, makanya isteri beliau dipanggil Mak Pet? Kah kah kah!!!

Saya? Kebetulan nama saya Su, dan suami saya yang bongsu, saya cukup selesa dipanggil Mak Su. Tapi...sekarang ni dah makin ramai pulak si kenit-kenit yang panggil saya "Tok Su"! Ahhhh!!! Tensionnya!!!

Wednesday, May 14, 2008

Hikmah di sebalik Musibah

Minggu lalu saya menulis tentang pembelian handphone buat Abey. Sony Ericsson W810i idamannya sejak dua tahun lalu.

Hari ini saya ingin memberitahu bahawa Abey telah diragut dalam perjalanan ke sekolah untuk menjalani latihan ragbi pagi semalam. Abey kehilangan handphone kesayangannya....melayang duit saya...sakit dadaku!

Namun, siapalah kita yang boleh melawan suratan takdir. Abey diserang oleh seorang lelaki dewasa, Melayu, yang memberhentikan motosikalnya, menendang dan menumbuk muka Abey sambil merampas beg duit yang berisi RM5 belanja sekolah dan handphone yang tersimpan dalam beg sandangnya... Abey sempat menendang balik, penyamun tersebut jatuh, namun kerana kelebihan dari segi saiz, dia mengacukan sebilah pisau belati ke wajah Abey... Ngeri untuk saya bayangkan anak saya yang berusia 13 tahun berdepan dengan seorang manusia berhati syaitan.

Kami amat bersyukur Abey bebas dari sebarang kecederaan. Sejurus selepas kejadian ragut itu, Abey menalipon saya dari tepi jalan. Suaranya keras. Nadanya amat marah. Dia kata, "Abey tendang kuat2 pakcik tu, tergolek dia jatuh...tapi dia bangun letak pisau kat pipi Abey. Takut lah Abey...". (Sekalipun dia tau orang tu jahat, dia tetap refer orang tu sebagai 'pakcik' kerana penyamun tu jauh lebih besar darinya!)

Sampai di rumah petang semalam, saya katakan padanya, "Apa yang Abey lalui hari ini adalah sebahagian dari kehidupan. Kenapa bukan kawan2 Abey yang kena ragut? Kerana...Tuhan tau Abey boleh mengatasi kesusahan ini. Ini akan buatkan Abey lebih kuat dan lagi terror...".

Hati saya berkata..."Janganlah jadi lagi...kesian dia, kena lalui keadaan yang sukar ini....". Kesimpulannya: Tiada Ibu yang rela melihat anaknya susah...

Tuesday, May 13, 2008

Kau Pergi Jua

Selasa, 13 Mei 2008, 2.45 pagi, to be exact, emak mertua saya, Hajjah Maznah Majid, kembali ke pangkuanNya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana leukimia. Dia pergi dengan tenang, dikelilingi anak-anak, cucu-cucu dan adik-adiknya.

Saya adalah antara mereka yang masih berbual dengannya beberapa jam sebelum dia dipasangkan segala wayar dan mesin. Saya pasti emak mendengar lafaz2 indah syahadah dan Allah hu akbar yang dibisikkan ke telinganya oleh kami semua...Saya pasti emak mendapat yang terbaik dalam kehidupannya sebagai hamba Allah.

Saya amat terharu dengan sumbangan dan kehadiran begitu ramai di rumah emak. Sebelum dibawa pulang dari hospital, saya, Ngah Uji (kakak ipar), Nabilla (anak saya), Ira dan Shasha (anak saudara saya), berpeluang buat kali terakhir memandikan jenazah emak di Rumah Mayat HTAR. Itulah antara sumbangan terakhir kami buat insan mulia ini.

Kami sekeluarga juga cukup terharu dan berbesar hati kerana pihak PDRM telah mengangkat wanita istimewa ini ke taraf VIP dalam perjalanan terakhirnya di dunia ini. Perjalanan dari Masjid Kg Kuantan disertai oleh pasukan polis bermotosikal...Subhanallah. Bayangkan emak seorang wanita biasa yang tidak pernah menyeberang jalan sendirian, tidak tahu menunggang basikal, motosikal apatah lagi memandu kereta, tidak pernah belajar di sekolah menengah jauh sekali universiti, tetapi beliau diiringi oleh siren dan polis di akhir keujudannya di dunia ini...Alangkah cemburunya saya kepada beliau...

Saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada teman2 yang datang melawat. Penghargaan buat Ustaz Hussein Yee, pendakwah hebat yang terkenal di seantero dunia, yang sudi meluangkan masa menziarahi emak mertua saya dan mengimami solat jenazah di rumah. Ustaz Hussein sempat memberi tazkirah kepada jemaah solat dan saya pasti emak mendapat sebahagian besar kebaikan darinya.

Selepas solat di hospital dan di rumah, emak sekali lagi mendapat penghormatan terakhir di Masjid Kg Kuantan bilamana jemaah Masjid menyembahyangkan beliau di sana pula.

Kini, keluarga saya hanya tinggal kami anak beranak dan adik beradik. Tiada lagi orang tua yang akan mengepalai sebarang aktiviti...Hari Raya kami tidak akan lagi berseri dengan masakannya yang sedap2 dan hiasan rumah yang indah2. Tiada akan ada lagi Mak Tok yang akan memarahi cucunya yang memekak dan menyepahkan seluruh rumah.

Biarpun kami amat bersedih dengan kehilangannya, kami puas kerana berpeluang menjaganya sepanjang beliau sakit dan kami juga redha kerana kini beliau tidak perlu lagi menanggung sebarang kesakitan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dari yang Maha Esa. Amin.

Sunday, May 11, 2008

Ibu

Saya sering ditanya soalan ini...

"Suria, yang sakit kat hospital tu your mother in law kan? Dia tak de anak perempuan ke nak jaga dia?"

Ramai yang pelik kenapa saya bersusah susah mengambil cuti atau hampir saban malam tidur di hospital menjaga mak mertua yang sakit. Saya pula pelik kenapa orang bertanya saya soalan itu.

Maznah Majid, mak mertua saya, adalah ibu saya. Emak saya, Saadiah Sujak telah lama pergi. Puan Maznahlah satu-satunya ibu yang saya ada kini. Beliau memang ada dua anak perempuan, tetapi mereka juga seperti saya. Ada keluarga, ada kerjaya dan mereka juga merasa penat asyik di hospital. Tanggungjawab saya dan mereka sama saja biarpun saya hanya menantu.

Saya tahu emak tidak pernah melihat dan menganggap saya menantu. Kalau beliau lihat saya leka dan malas, saya akan ditegurnya point blank...hehehe. Kalau saya masak tak sedap, beliau akan mengajar saya cara memasak yang betul. Sesungguhnya, keupayaan saya memasak hari ini adalah atas ajaran beliau. Saya mengada-ngada masa remaja dulu, emak suruh apa semua tak nak buat. Bila dah berumahtangga baru sibuk nak belajar. Mak mertua sayalah yang mengajar saya keseluruhannya...

Saya sendiri hanya ada seorang anak perempuan. Andai kata saya yang sakit terlantar seperti mak sekarang dua puluh tahun nanti, sudah pasti saya akan mengharap tiga menantu perempuan saya turut sama menjaga saya...

Lagi pun, dalam adik beradik saya, kakak-kakak dan abang-abang ipar saya tidak pernah menganggap arwah emak ayah saya sebagai mertua. Sewaktu mereka sakit, ipar2 saya banyak menjaga mereka...

Buat teman-teman yang punya mertua, janganlah bezakan mereka dengan ibu kandung. Kalau kita boleh sayangkan anak dan cucunya, kita juga pasti boleh menyayangi sang ibu kerana tanpanya, tiadalah anak itu di dunia apatah lagi menjadi pasangan kita...

Mak, terimakasih kerana terima Su seadanya....

Thursday, May 8, 2008

Redha

Seluruh keluarga suami saya sedang berada dalam tekanan kini. Situasi yang sukar terpaksa dihadapi disebabkan keadaan emak mertua saya. Doktor sudah memaklumkan apa yang bakal terjadi, dan kami kini redha dan pasrah.

Dua hari dua malam saya berada di sebelah katil beliau. Saya terharu dengan kekuatan mentalnya. Dalam keadaan yang cukup lemah (sudah hampir seminggu tiada makanan yang dapat dimakannya, hanya air masak dan susu), dia juga sudah tidak boleh bercakap, namun dia mampu menghabiskan surah2 yang biasa dibacanya mengikuti bacaan saya. Bukan calang-calang surah, tetapi Yassin, Al-Mulk, Waqiah dan surah Rahman... Mengalir airmata saya melihatkan kesungguhannya. Suaranya kuat ketika melafazkan ayat-ayat indah itu. Selepas habis dia bertasbih, dia minta air masak dari saya. Yang paling menarik bila dia kata "Manisnya air ni....!". Subhanallah...

Dalam duka ada gembira, Abang saya hampir sembuh kini di SMC. Tangan dan kaki kirinya sudah boleh digerakkan. Pertuturannya semakin jelas dan dia tidak lagi terlupa2. Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kurniaanNya yang tidak terhingga.

Saya kembali ke pejabat hari ini. Hampir kesemua saudara mara dan anak cucu emak berada di sampingnya kini. Ketiadaan saya tidak akan dirasai....Seperti biasa, banyak yang menunggu dalam mailbox. Namun, saya cukup terharu dengan Boss saya, CEO handsome yang begitu memahami. Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi seorang pekerja selain dari perhatian yang diberikan oleh seorang CEO kepadanya. Saya doakan dia sentiasa berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Itu saja yang mampu saya berikan.

Doakan saya terus tabah menghadapi keadaan sukar ini....

Monday, May 5, 2008

Janji

Hujung minggu yang baru lalu saya ke Plaza Alam Sentral (PAS) di Shah Alam. Saya meninjau-ninjau handphone yang dipamerkan di Tingkat 3. Seorang jurujual bernama Ah Wai menawarkan harga yang cukup menarik bagi handphone Sony Ericsson W810i. Abey berangan memiliki handphone itu sejak sekian lama.

Saya meminta Ah Wai menulis di kad namanya harga yang ditawarkan kepada saya dan berjanji akan datang semula pada hari Isnin malam. Ah Wai cukup gembira dan berharap saya mengotakan janji saya.

Selepas beberapa rundingan dengan suami dan Abey, semalam saya mengunjungi kiosk Ah Wai. Saya dapat rasakan betapa gembiranya Ah Wai melihat saya. Dengan muka yang agak muram kemudiannya dia memberitahu saya bahawa dia telah melakukan kesilapan sewaktu menulis harga handphone yang saya inginkan - perbezaan harga ialah RM100!.

Saya hanya diam tanpa membantah sambil saya perhatikan tangan Ah Wai sibuk menyiapkan handphone tersebut. Saya juga telah standby dengan 'harga baru' yang mungkin Ah Wai kenakan kepada saya.

Namun, Ah Wai adalah seorang peniaga Cina yang berpegang pada janji. Dia langsung tidak menaikkan harga yang telah ditawarkan kepada saya.

Saya gembira kerana berjaya membelikan anak saya handphone dengan harga murah, Abey gembira kerana dia berjaya juga akhirnya mendapat handphone yang menjadi idamannya dan Ah Wai tentunya gembira kerana saya tidak hanya membeli satu handphone darinya. Sudah pasti saya akan terus mengunjungi kiosk Ah Wai pada bila-bila masa saya perlu membeli handphone....

Sebagai peniaga, saya belajar dari Ah Wai tentang 'customer retention'...

Sunday, May 4, 2008

Seminggu berlalu

Telah seminggu saya menyepikan diri dari menulis di ruangan ini. Banyak perkara yang berlaku di sepanjang minggu ini. Saya tidak berkesempatan dan tidak juga punya kemampuan berfikir tentang apa yang boleh saya tulis kerana keadaan amat menyesakkan dada saya.

Keadaan abang saya masih tenat. Beberapa hari lalu Doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan ke atasnya kerana tekanan darahnya terlalu tinggi. Doktor terpaksa mengeluarkan cairan yang terkumpul di otaknya untuk mengurangkan tekanan. Kami berkampung di hospital. Semua orang ambil cuti kecemasan. Alhamdulillah sejak pembedahan di kepalanya, tekanan darah Abang Nasir agak stabil.

Dalam masa yang sama, adik saya Epah pula dimasukkan ke wad di DEMC. Ada yang tidak kena dengan tekanan darahnya yang terlalu rendah. Dia pitam sewaktu mengawasi peperiksaan akhir di Fakultinya. Dari satu hospital ke satu hospital kami berkejar. Kini Epah sudah pun kembali bertugas. Alhamdulillah.

Emak mertua saya juga tenat. Sayu hati melihat keadaannya yang kurus kering dan langsung tidak bermaya. Kami cuba menggembirakan hatinya dengan pelbagai cara, namun keadaannya tidak berubah. Pagi semalam kami mengusungnya kembali ke HTAR... Jimie yang mendukung Mak Toknya kata "Ringan je Mak Tok, Ma...". Rutin saya kembali seperti biasa, ke SMC selepas waktu pejabat dan bermalam di HTAR meneman Emak..

Namun, dalam duka ada gembira. Saya mendapat panggilan talipon jauh dari Dubai pada Hari Buruh lalu. Seorang sahabat yang tidak pernah saya kenali secara peribadi, menghubungi saya dan kami bersembang seolah2 kami telah kenal lama. Saya pembaca setia blognya, sesekali dia mengunjungi blog saya. Terimakasih atas perhatian yang diberi kepada saya. Saya amat menghargainya.

Negara kita juga kehilangan seorang yang penting minggu lalu. Tan Sri Nasimudin pergi meninggalkan legasi perniagaan yang unggul. Siapa sangka, dalam usia muda, Tuhan telah menjemputnya pulang...Moga dia ditempatkan dalam golongan orang yang soleh.

Harapan saya di pagi Isnin yang mulia ini ialah minggu ini dan seterusnya akan menjadi lebih baik dari hari2 yang telah berlalu. Harapnya tekanan dan perasaan yang menyiksakan akan berlalu segera dan diganti dengan kegembiraan...