Wednesday, February 24, 2016

Tea Talk "Memperkasa Usahawan di Musim Gawat"



Tanggal 19 Februari menjadi sejarah bilamana Perdasama Selangor daerah Petaling menjemput saya menjadi Moderator bagi program Tea Talk bertajuk Memperkasa Usahawan di Musim Gawat.

Seramai lebih 100 usahawan dan bakal usahawan berkumpul di Hotel UiTM yang cukup indah untuk mendengar perkongsian Tuan Ceo Samad Kinto yang merupakan jutawan dari rumah. Seorang yang cukup berdedikasi dan bermatlamat, Ceo Samad Kinto tiada pelajaran tinggi. Sepuluh tahun sebagai despatch boy dan sepuluh tahun sebagai pemandu dengan gaji terakhir RM1,516, beliau memulakan perniagaan dari kosong dan menjadi jutawan bilamana simpanannya di Tabung Haji mencapai RM1juta selepas 3 tahun berniaga.

Ramai yang terkesima mendengar kenyataan tersebut. Malahan pegawai Matrade, Tuan Har Man juga melopong mulut mendengar. Beberapa orang usahawan bergelar di bawah pentas menunjukkan reaksi wajah terkejut dan kagum dengan pencapaian lelaki hebat ini.

Bagi saya sendiri, Tuan Ceo umpama King Midas. Apa saja yang disentuhnya menjadi emas...

Akan saya tuliskan satu persatu pesanan beliau di tulisan akan datang. 

Pengalaman ini amat mengujakan buat seorang suri rumah sepenuh masa yang serba kekurangan. 😘