Setiap kali lepas bersalin, arwah Mak akan siapkan air kunyit asam untuk dijadikan minuman setiap pagi. Mak kata ia baik untuk rahim. Rasanya tidaklah sedap, tapi ia tidak sampai menyiksakan.
Sepatutnya air kunyit asam ni kita jadikan minuman harian. Namun disebabkan malas, bila Mak dah tak ada, tak de dah saya minum air asam kunyit ni.
Pada tahun 2008 hingga 2010, saya berpeluang tinggal di Chennai. Saya perhatikan orang India menggunakan kunyit dalam banyak keadaan. Selain dari digunakan dalam masakan, mereka jadikan kunyit seperti bedak sejuk, ala-ala moisturiser gitu.
Kebetulan juga pada sekitar tahun tersebut, wabak H1N1 sedang merebak di sana sini. Melihat tahap penduduk India yang begitu ramai dan padat, bayangkan jumlah kematian sekiranya wabak ini menyerang negara mereka.
Dalam pada satu dunia begitu berjaga-jaga, mereka di India steady je. Bila bersembang tentang hal ini dengan teman-teman, kami setuju dengan satu perkara: orang India makan banyak herba yang membolehkan mereka punya tahap imunisasi cukup tinggi. Mereka juga jarang mengambil makanan yang sudah diproses, malahan di kebanyakan rumah, peti sejuk mereka kosong! Mereka membeli barangan dapur setiap pagi. Pes mereka segar, malahan di rumah yang saya tinggal, serbuk kunyit juga tiada!
Ada sekali saya berpeluang minum air kunyit asam di sebuah spa di Jakarta. Sedap pulak. Dengan muka tak malu, saya tanya petugas di spa tersebut cara membuat air kunyit tersebut.
Bila sampai rumah, saya bercerita dengan Tini, pembantu saya tentang air kunyit asam yang saya minum di Jakarta. Senyum je Tini mendengar cerita saya.
Keesokan paginya, Tini menghulurkan secawan air berwarna kuning coklat kepada saya. Suam-suam je.
"Air apa ni Tini?"
"Air kunyit asam yang Ibu cerita semalam."
Mak aii... sedapnya air ni....
Sejak hari itu, setiap minggu saya ke pasar beli stok kunyit dan halia. Tini akan masak dan simpan dalam peti sejuk. Ada ketikanya, saya beri pada kawan-kawan dan adik beradik yang mahu mencuba.
Bahan-bahan yang digunakan:
Kunyit
Halia
Gula merah / gula melaka
Air asam jawa
Buah manjakani
Cara membuatnya:
Buang kulit kunyit dan halia. Parut keduanya dan perahkan airnya. Camputkan dengan air asam jawa. Masak di atas api sederhana. Masukkan buah manjakani dan gula merah,
Renihkan sehingga tinggal separuh dari sukatan asal.
Kebaikan air kunyit asam:
Sila baca http://melangsingkantubuh.info/ramuan-tradisional-pelangsing-perut-jamu-kunyit-asam
Terimakasih atas perkongsian.
Oh ya!
Tini dan saya sudah mula menjual air kunyit asam ini kepada mereka yang berminat. Ianya boleh bertahan selama 10 hari sekiranya disimpan di dalam peti sejuk. Harganya (tidak termasuk pos) ialah RM10 bagi sebotol 500ml.
Sila hubungi 017-3209050 untuk tempahan :-)