Friday, August 24, 2018

Allah uji sekadar kemampuan kita

Saya dan Boss sedang berdepan dengan ujian Allah. Besar sangat. Badan kami rasa macam tak tertanggung.

Boss kata, rutin harian kita banyak membantu.! Agaknya macammana kita nak hadapi kalau kita jauh dariNya?

Ye. Kami stress sangat.
Buntu.
Tapi kami tidak putus asa.
Kami yakin bahawa Dia tahu kami mampu menghadapinya.

Dan ujian ini ada garis penamat.
Selepas melintasi garisan itu, kami akan berlari lebih laju.

Setiap kali ada kesempatan, saya angkat tangan memohon dariNya dengan linangan airmata. Kadang sambil dukung cucu pun saya meratap meminta bantuanNya. Terkebil-kebil cucu tengok MakToknya menangis.

"Ya Allah! Kau angkatlah kesempitan ini. Kau gantikanlah dengan kelapangan."
"Ya Allah! Kau angkatlah kesukaran ini. Kau gantikanlah dengan kemudahan."
"Ya Allah! Kau angkatlah kemiskinan ini. Kau gantikanlah dengan kekayaan."

Dia yang letakkan kami di situasi ini.
Hanya Dia yang mampu keluarkan kami dari sini.

Moga segala permohonan dan hajat kami diperkenankan.


Tuesday, August 7, 2018

Menghilang dari radar

Saya tahu saya banyak buat salah. Saya akui saya leka. Saya faham kesusahan yang oranglain tanggung kerana membantu saya.

Tapi

Apa yang perlu saya buat sebenarnya? Saya buntu.

Menghilang dari radar. Apakah ia dapat menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini?

Saya yakin Dia melihat dan dengan belas ihsanNya akan membantu saya yang menderita kesakitan. Saya hanya ada Doa dan namaNya.

Tuhan
Hadirkan perasaan belas di hati mereka. Jangan dibebankan lagi diri ini dengan rasa benci menggunung. Dan tidak perlu jatuhkan hukuman yang berat seolah saya tidak pernah berbuat baik walau sebesar zarah.