Aku berdiri kaku
Bersama rintihan pilu
Kehilangan kasih
Yang pergi cuma sementara
Aku dicekik duka
Dihimpit luka
Yang nyata
Aku rindu....
Sajak di atas saya tulis pada tahun 1982. Tersiar di majalah Mastika dan majalah sekolah 'The Technician'. Saya tulis kerana saya amat rindukan mak dan keluarga saya di kampung. Berada di bandar dan tinggal di asrama menyiksa perasaan saya. Rasanya itulah kali pertama saya tau apa ertinya rindu....
Saya sentiasa ingat sajak itu walaupun banyak lagi tulisan saya yang keluar di majalah. Ia mengenalkan saya kepada seorang peminat. Entah siapa namanya saya sudah lupa.....kami kemudian menjadi pen-pal...dia belajar di luar negara dan sering mengutus berita kepada saya menggunakan aerogram....
Persahabatan kami terputus kerana saya tidak tahu menghargai rasa tanpa melihat wajah....hahaha. saya perlukan sesuatu yang dapat dilihat, bukan hanya 'rasa'. Bagi saya ia tidak pasti...
Hari ini, saya tulis kembali sajak ini kerana saya amat terasa pedih dan sakitnya merindu. Kekasih saya terbang jauh setelah menerima jemputan untuk bertamu di rumah kekasihNya dan di rumahNya... saya tidak dapat bersamanya kerana tuntutan keluarga dan tugasan di sini.
Saya rindukan kehadirannya, senyum manisnya, renungan matanya yang sentiasa cantik, gurauannya, usikannya dan segalanya tentang dia....
Perpisahan sementara ini menyakitkan....namun saya pasti dia amat bahagia di sana....bersama tuan puteri kami satu-satunya....semoga mereka berdua dikurniakan umrah yang mabrur....

2 comments:
Aminnn......
Hehehehe
Post a Comment