Wednesday, February 12, 2014

Aman

Setiap kali saya sampai di rumah, saya akan panggil dia. Berlari-lari si comel ini mengejar saya. Bercerita itu ini dalam bahasanya sendiri. Siapapun tidak faham kadangkala apa yang dia katakan.

Minggu lepas, Bibik menjerit dari dapur. Kami terkejut lantas semua ke dapur. Rambutnya sudah ditobek-tobek. Dia gunakan ketam rambut yang ada dalam bilik kami.

Sehari kemudian, kepalanya botak licin. Aman tersenyum lebar. Puas hati agaknya.

Semalam Cikgu beri buku laporan. Banyak yang sudah dipelajarinya di sekolah. Antaranya dia sudah kenal "family members".

Bila ditanya pada dia...ini siapa? Dengan malu dia jawab...walaupun terbalik... Paling comel bila dia kata "Mother" dan tunjuk Papa..

Semoga Allah jadikan dia anak yang bijaksana, soleh dan beriman. Berjaya di dunia dan di akhirat....

1 comment:

kyraidora said...

Maaf menganggu. Saya ada terbaca dlm blog puan berkenaan suami puan kena sihir dan berubat di Cheras. Boleh x puan tolong saya bagaimana saya nak menghubungi ustaz tersebut. Saya juga ada masalah suami disihir. Harap puan dapat menolong saya. Puan boleh hantar email ke siti@edindings.com. Terim a kasih byk2 yea.