Tuesday, August 27, 2019

Berlari mengejar Allah

Semalam dapat peluang duduk bersarapan dengan insan hebat yang banyak mendidik saya. Dialah kawan, pensyarah, supervisor dan mentor saya. Tiada dua dia dalam hidup saya. Kami dekat tapi jauh, jauh tapi dekat. Alhamdulillah. Kasih sayang tanpa sempadan dan tidak bersyarat.

Satu perkara yang disentuh amat menyentuh hati saya,

"I ralat Suria, sebab tak pernah tegur you tentang aurat. You kawan baik I, nak tegur tak sampai hati. Tapi hari ni, I beritahu betapa setiap hari I doakan you perbaiki pemakaian you. Tutup aurat sepenuhnya. Alhamdulillah. I nampak dah betapa you kini dah tutup penuh..."

Allah hu Akbar. Menitik airmata. Sedar diri. Betapa selama ini saya acuh tak acuh dengan aurat saya. Tutup tapi tak sempurna. Moga saya istiqomah dalam bab ini.

Kemudiannya kami sama-sama buat analisa. Mudah sangat nak dapat redha Allah sebenarnya. Banyakkan buat kebaikan. Cara mana?

Pukul berapa you bangun pagi tadi?
4 pagi.

Apa you buat?
Mandi & wudhuk.
- 1 kebaikan.

Lepas tu?
Solat tahajjud & solat witir
- 2 kebaikan

Then?
Pi masjid.
Zikir pagi - istighfar, tasbih dan selawat
Masuk seringgit dalam tabung masjid
Tahiyyatul Masjid
Baca AlWaqiah
Solat sunat fajar
Solat subuh
- 7 kebaikan

Okay, habis tu semua dalam pukul 630. Ternyata dalam masa 2 jam you dah buat 10 kebaikan. Allah kata, 1 kebaikan Allah gandakan 10. Maknanya, atas bahu kanan dah ada 100 kebaikan.

You kira, setiap 2 jam ada 100 kebaikan, tolak waktu tidor 6 jam, ada 18 jam maksudnya you dah boleh dapat 900 kebaikan sehari. Kalau you kejar ni, Suria, ada masa tak you nak ambik kisah pasal orang lain? Nak komen status orang kat sosial media? Nak duduk membawang citer pasal segala mak nenek masalah dunia? Ada?

Kebaikan bukan hanya solat, ngaji mahupun sedekah. Sambil jalan keluar dari kedai mamak yang you singgah breakfast lepas balik masjid, you nampak tong sampah tergolek dan sampah berterabur. You tolak sampah dengan kaki masukkan balik dalam tong dan dirikan tong pun dah dapat 1 kebaikan. Pasal apa? You mudahkan orang lain yang lalu di situ.

You bawak kereta depan deret kedai, nampak orang nak melintas. You slow down dan bagi depa lepas. 1 lagi kebaikan.

Dalam perjalanan nak hantar anak you ke sekolah, you berhenti kat makcik nasi lemak belikan bekal anak, you beli juga untuk staff kat ofis 10 biji karipap berharga RM5. Dah ada kebaikan.

Belum mula kerja lagi you dah kumpul berapa ratus kebaikan?

Makanya, Suria.. I selalu kata dalam kuliah-kuliah I. Matematik Allah ni, masyaaAllah. Semuanya kerana Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Lalu, kenapa kita manusia yang lemah tak de apa ni sombong sangat? Dok kejar dunia yang hanya menjanjikan kekecewaan dan tipu daya?

Mengalir airmata...




Wednesday, August 21, 2019

Anxiety

Saya biasa sangat dengar perkataan Anxiety. Anak sulong dan adik saya selalu cerita bagaimana mereka 'diserang' anxiety. Saya tak tau langsung apa benda anxiety ni, maksud saya, macamana ia boleh berlaku, kenapa, apa jadi, cara kawal dan 1001 soalan. Nak tanya, takut tersinggung.

Minggu lepas, Datin Diana Danielle share video di instagram beliau tentang anxiety. Masa tu beliau sedang menghadapinya. Ya Allah!!!

Baru saya tahu yang saya pernah berdepan dengan anxiety. Beberapa tahun lalu, saya dirawat di hospital. Saya tak tau apa sakit saya, tapi saya tahu ia teruk.

Dan minggu lepas, saya alami sakit yang tak sakit tu.

Kenapa?
Entah.

Saya rasa perut saya memulas (macam nak membuang tapi tak de apa) secara tiba-tiba, tapak tangan saya berpeluh-peluh, mual, duduk dalam aircond tapi peluh mencurah. Nafas pendek-pendek, jantung laju, kepala berpusing. Rimas rasa seluruh badan. Asyik sendawa dan kentut.

Tak tahu cara mana nak kembali normal, saya masuk toilet dan duduk atas toilet bowl. Lama. Saya cuba buang apa yang boleh - angin, air kecil dan air besar - lepas perut dah lega sikit, saya ambik wudhuk dan keluar dari toilet solat sunat 2 rakaat. Lepas solat saya zikir - istighfar, tahmid dan selawat - sebanyak-banyaknya. Slowly nafas saya kembali reda, perut saya kurang memulas dan jantung saya dah tak lalu. Cuma masih berpeluh dalm aircond.

Subhanallah. Sakit rasanya.

Anxiety berlaku bila kita tak mampu kawal stress yang melampau. Saya mengaku yang stress level saya sejak sebelum raya haji hingga semalam adalah di tahap above maxima. Otak dan hati boleh kawal, badan tak boleh. Saya kepenatan. Bukan sebab berkebun atau aktiviti lasak. Badan saya penat kerana saya sedang kawal emosi yang boleh meletop anytime.

Saya mohon Allah jauhkan saya dari segala macam stress lagi. Saya tak mahu mati kerana stress. Tak berbaloi.

Moga diperkenankan.

Monday, August 19, 2019

Si miskin yang hina

Hina betul bila kita miskin!

Siapa cakap? Manusia ni sama je, yang membezakan kita adalah amalan kita.

Huhu. Pernah ke jadi miskin?

Maksud miskin? Detailed description, please.

When you have nothing, except hope and faith to Allah, with lots of love towards your family.

Itu bukan miskin. Itu kaya namanya. Kaya jiwa.

Hahaha. Try bawa that jiwa yang kaya pergi bank, gunakan ia untuk langsaikan hutang yang tertunggak.

But...I just cannot imagine the situation you are facing right now. Why? How? What?

Complicated. I myself never imagine this could happen. The worst feeling is now. My present feeling. Very difficult for me to explain but... I am so hurt.

How can I help?

Just be there with me. Miskin yang saya hadapi ialah apabila kita tidak mampu menangkis penghinaan demi penghinaan.

Saat ini, hati dan lidah hanya mampu berkata "HasbiAllah." Cukuplah Allah bagiku.





Thursday, August 8, 2019

Rasa gembira mengubat kecewa

Pernahkah kalian rasa kecewa?
Terlalu kecewa.
Putus asa.
Buntu.
Bingung.
Lost.

Sering, barangkali.
Saya juga begitu.

Baru-baru ini saya betul-betul lost. Namun saya juga tahu, pergantungan sepenuhnya kepada Yang Maha Berkuasa membuat saya masih waras. Namun terasa jiwa saya tidak sekuat yang saya harapkan.

Saya rasa putus asa kerana Allah bagaikan tidak mahu mendengar permohonan saya. Saya didorong sampai tersepit ke dinding. Allah! Malu andai kalian tahu betapa dhaifnya saya dan Boss. Terpuruk habis.

Syukur alhamdulillah, sedikit iman masih bersemarak dalam diri kami. Kami tetap yakin Dia Maha Mendengar, Maha Tahu akan keadaan kami, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dia hanya mahu kami terus bersabar.

Saya terima mesej dari Tess, seseorang yang saya kenal sejak tahun lalu. Tess menjemput saya ke show room unit rumah banglo yang dijualnya.

Terbahak-bahak saya ketawa sendiri. Alangkan rumah yang didiami pun sudah berbulan tertunggak ansuran, berangan la Suria hai... nak tengok banglo konon!

Tapi, saya jawab pada Tess, "I'll come tomorrow at 11 morning. Perhaps you can share the location?'

Tu dia... saya ajak Boss. Garu kepala dia. Saya kata, "kita pi tengok jom. Kasi hati kita gembira. After all, kita tak de apa nak lose. Maybe kita akan jadi happier?"

Boss tengok muka saya macam nak mintak penyepak agaknya. (Kemudiannya Boss kata masa tu hati dia dok bisik, bini aku ni harapnya masih waras. Biar betul, dalam pada nak makan pun tak ada, dia ajak kita tengok banglo? Ikut je lah. Aku pun sama je tengah bengong ni.)

Kami masuk ke kawasan yang Tess kongsikan. Allah hu Akbar. Cantiknya kawasan. Cantiknya rumah.

Tess sambut kami di sebuah rumah yang kelihatan biasa (tetapi lamannya yang luas membuat mulut kami melopong tak terkatup).

Lalu, perjalanan ke dalam rumah tersebut telah membuat saya jatuh cinta berkali-kali! MasyaaAllah! Rumah yang kelihatan amat biasa itu rupanya begitu luas, besar, lapang, terang, porsche, lavish, amazing.... oh! habis perkataan nak saya gambarkan. Saya suka sangat dengan satu area di bahagian belakang rumah ini.

"This is damn beautiful! I love this area. The bedroom and the attached living room will be our perfect hideout. I love this very private concept and I am going to build a sweet swimming pool here. I want some plants too. Oh Allah! Please allow me to have this!"

Boss punya expression memang tak boleh blah bila dia dengar saya cakap macam tu. Tapi, deep down saya tahu dia sedang mengiyakan apa yang saya katakan.

Kami naik ke atas. Subhanallah! Besarnya master bedroom! Cantiknya the 3 other cute rooms... "This big room will be for Abo & Aman. Let them share coz Aman ni pemalas dan penakut. Bila Abo ada sama dengan dia, tak la dia mengada. Abo pulak rajin mengemas. Bersih la bilik ni sentiasa. Then the three other rooms will be for the big 3. Abey ambik yang ada balcony tu. Akak & Mie bukan penghuni tetap, so bagi bilik-bilik cozy ni pada depa for them to rest and lepak."

Boss angguk-angguk. Tak kata sepatah pun.

Bila turun balik ke bawah, Boss bagitahu Tess. "This is what I have been looking for. The empty space between the main living room and the 2nd living room is superb and perfect for a pool. I love the privacy offered, eventhough it looks very open and bare, but it fulfills the needs."

Alamak! Berbunga-bunga hati saya dengar Boss kata camtu.

Kemudiannya, Tess bawa kami pusing. Oh! Cantiknya yang tu! Luasnya! Cantiknya ni!

Kami pulang selepas berpuas hati dengan layanan Tess yang tidak pandang kami melalui kereta yang kami pandu mahupun pakaian buruk kami. Tess layan kami seolah kami akan datang bawa duit sebanyak RM3juta keesokan harinya. Kami rasa abundance! Tess berjaya buang rasa kecewa yang sedang bersarang di hati kami. Subhanallah.

Kegembiraan yang kami rasakan di pagi hari semalam membuat kami yakin bahawa Allah sedang memberikan petunjuk. Kami perlu bersabar sedikit lagi.

Tiba di rumah, kami aktif dengan kegiatan sendiri. Tiba-tiba saya dapat mesej dari sahabat dunia akhirat saya yang sedang mengerjakan haji, 'Babe, ini contoh doa. Mu tukar ke nama mu atau kalu mu nak doa spesifik, mu taip je yang lain. Esok pagi kul 5 lepas subuh, kami gerak ke Arafah. TH arahkan KT aku buat Nafar Awal sebab flight balik few days lepas wukuf. Aku nak sampaikan doa mu di Hari Wukuf. Aku nak Allah kabulkan segala hajat dan permintaan mu."

Aduh... meleleh airmata. Dia ingat kat saya! Allah gerakkan hatinya untuk hubungi saya dan mahu pohonkan hajat saya di kala Allah buka langitnya sekali setahun itu.. Dia mahu lakukannya di Arafah! Ini penghargaan dari Dia buat saya dan sahabat dunia akhirat saya!

Boss pula dok dengar kuliah Ustaz Yusuf Mansor. Antara lain pesan UYM, push to the limit! Jangan bayar dengan wang! Bayar dengan ibadah. Ada kaitan terus secara relatif antara ibadah dengan rezeki. Perbetulkan niatnya. Allah kata, if you want anything from me, follow my rules!

Allah Ya Allah!
Benarlah seperti yang dikata. Jika hati sedang kelam, dunia juga ikut kelam. Jika hati sedang berbunga, dunia amat indah kelihatannya. Mentol  menyala-nyala di sana sini.

Suria yang penuh kekecewaan dan hampir putus asa dua hari lepas sudah berengsot pergi. Suria yang tegak berdiri adalah hasil dari hati yang gembira. Yakin bahawa Allah sedang mengajar dia untuk bersabar dan push herself to the limit. Matematik Allah tidak sama dengan matematik moden atau matematik tambahan. Matematik Allah ada tertulis di dalam Quran, tetapi saya lalai dan lupa

Alhamdulillah. Ku syukuri kurniaanMu Ya Allah. Rasa ini adalah rezeki yang tidak mampu aku dustakan. Moga Kau izinkan aku keluar dari kesempitan ini dengan kadar segera, Ya Allah. Aku tidak punya wang langsung, tapi aku punya platform lain. Sedekah, mengaji Quran, tahajjud, dhuha, doa, mengajar ilmuMu (tulisan ini adalah cara aku menyampaikan) dan kebaikan lainnya. Niatku hanya satu. Segala yang Aku lakukan adalah untukMu, keranaMu. Aku mengharap belas ehsanMu untuk memberi daku kehidupan terbaik di dunia dan akhirat, dikelilingi hambaMu yang terbaik dan menjadi antara hambaMu yang terbaik.

Dunia ini bagai bayangan. Kau tidak akan dapat mengejar bayang-bayang. Namun jika kau tinggalkan, ia akan sentiasa mengejarmu ~ Anonymous.

Monday, August 5, 2019

Self Recovery of an Entrepreneur / Pemulihan Kendiri Usahawan #6

Dalam matapelajaran Agama Islam, kita diajar tentang 7 tingkatan Nafsu. Saya hafal sangat ketujuh-tujuh tingkatan ini kerana disoal oleh seseorang sewaktu mengerjakan haji sepuluh tahun lalu. Namun, saya tidak beri penekanan terhadapnya. Dah tahu, hafal, tapi tak faham maksud. Itulah sifat seorang manusia lemah seperti saya. Malunya!


Tak pe lah.. kita buang semua negative thoughts tu. Back to reality.


Nafsu ada 7 tingkatan. Kita mulakan dengan tingkatan paling bawah. Namanya, Nafsu Amarah.


Kata Kiyai, 90% manusia berada dalam tingkatan ini. What??? Penat wey dah tua-tua ni pun masih berada di sini….


Analogi nafsu ini ialah Haiwaniah. Mak datuk! Seribu kali malu!


Maksud haiwaniah ialah kelompok yang Allah biarkan. Tindak-tanduknya nafsu nafsi. Hanya makan, minum dan berkelamin sahaja. Suka berebut, menunjuk-nunjuk, tamak haloba, kedekut, tidak sabar, kuat gaduh, cepat naik marah. Faktor yang membawa kepada perasaan buruk ini ialah angan-angan. Lupa kepada yang ada, suka kepada yang tiada.


Terjemahan surah AlHijr ayat 3,


Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka).


Dalam ertikata lain, sesiapa yang mempertahankan nafsu ini, dia adalah orang yang celaka.


Nauzubillah.


Nafsu amarah harus dikekang. Amatlah rugi jika kita terus berada di tingkatan terbawah ini. Biasanya mereka yang berada di tingkatan ini akan mendahulukan tindakan dari pemikiran. Energi-energi yang tidak baik akan mudah menguasai entry points kita. Bukan organ sahaja yang sakit, seluruh diri kita sakit sebenarnya. Mental dan fizikal.


Bagaimanakah harus kita urus nafsu kita? Adakah cara untuk melawan nafsu amarah?


Mudah sangat caranya. Wudhuk, solat, zikir dan berkongsilah. Elakkan dari dikelilingi oleh manusia dan pekerjaan yang lagha. Hiburan yang berlambak hanya akan merosakkan jiwa. Kawan-kawan yang negative adalah parasite yang akan membawa kita ke jalan yang salah.


Kiyai mengingatkan kami kepada 4 jenis manusia yang berada di sekeliling kita, iaitu:


i) Serati. Seorang yang produktif, tidak banyak mulut, hanya points, penyabar dan bertanggungjawab. Itek serati seringkali tidak diketahui bila masanya ia bertelur, alih-alih bawa anak seramai-ramainya berjalan tergedek-gedek.


ii) Murai. Kawan baik yang cukup rapat, tetapi dijaja keaiban kita dengan mulutnya yang tidak tahu berhenti bercakap. Depan kita dipuji, belakang kita dicaci. Manusia jenis ini sangat aktif. Mereka berada di semua tempat.


iii) Gagak. Kawan yang sentiasa negative dengan kita. Hanya dialah yang betul. Sombong, megah diri, dan sentiasa menyalahkan orang lain.


iv) Biawak. Manusia serupa haiwan pemangsa ini paling merbahaya. Sering mengambil kesempatan, kuat menipu, mencuri, mengadu domba, penuh dengan muslihat.


Secara ringkasnya, nafsu amarah membuat kita mudah terdedah kepada godaan dunia. Tujuan sentiasa menghalalkan cara. Judgement bukan melalui fizik, tetapi hati. Kebiasaan orang yang didorong oleh nafsu amarah, mereka tiada kekesalan. Sentiasa menyalahkan orang lain, bersifat kritis dan amat outward looking.


Bilang lah berapa banyak sifat-sifat nafsu amarah yang masih bertakhta dalam diri kita. Andai masih terlalu banyak, malah mungkin semua, berubahlah. Kita bukan haiwan. Kita manusia yang diciptakan oleh Allah sebagai sebaik-baik makhluk, Surah At-Tin ayat 4.


Muhasabah diri dengan sebenar-benar cara akan membawa kita keluar dari tingkatan nafsu ini dan berusaha keras untuk transform ke tingkatan yang lebih tinggi, iaitu tingkatan nafsu seterusnya yakni Nafsu Lawamah.



Self Recovery of An Entrepreneur / Pemulihan Kendiri Usahawan #5

Setiap organ yang terdapat dalam tubuh manusia dijadikan berpasangan.


Dalil kepada kenyataan di atas ialah ayat 36 Surah Yassin yang bermaksud;


"Allah jadikan semuanya berpasangan."


Ini dipanggil Hukum Polariti


Menurut konsep perubatan tradisional, ia dipanggil Yin & Yang. Yin bersifat feminine sementara Yang bersifat kelelakian. Yin mewakili organ yang padat manakala Yang mewakili organ yang kosong; boleh juga difahami bahawa Yin mewakili bulan (gelap malam) dan Yang mewakili matahari (terang).


Bila dikaji dengan lebih mendalam, anggota badan kita selalunya berada dalam keadaan tidor/pasif. Sekiranya ada kesakitan di satu organ, cari pasangan organ tersebut dan pulihkan. Caranya, kejutkan ia dari tidor. Ada cara yang perlu dipelajari untuk melakukannya.

Contoh yang diajar kepada kami ialah perhubungan antara organ Jantung (Yin/padat) dan pasangannya Usus Kecil (Yang/hollow). Energy yang memberi kesan ke atas kedua-dua vital organ ini ialah haba manakala entry pointnya ialah Lidah. Elemen yang mewakili organ-organ ini ialah api dan warnanya merah.

Apakah maksudnya?

Sekiranya seseorang itu sensitive terhadap energi haba, sentiasa bermasalah dengan kepanasan/kesejukan; terdapat kebarangkalian tinggi yang menunjukkan ada masalah dengan jantung mahupun usus kecilnya. Deria yang paling sensitive buatnya ialah lidah/merasa dan seseorang yang berada dalam situasi ini dinamakan "api" dan warnanya "merah".

Setelah kita kenali diri kita siapa, kita akan tahu jenis perniagaan yang sesuai dengan kita. Orang api tidak sesuai dengan bisnes yang berkaitan dengan api. Maksudnya, masak memasak bukan bisnes yang sesuai dengan dirinya. Lantas, apakah yang sesuai buatnya? Bisnes yang lebih tenang seperti pakaian, pertanian, Pendidikan. Ia akan menjadikannya lebih tenteram dalam mengawal kehidupannya.

Seseorang usahawan perlu tahu bisnes apakah yang sesuai dengan dirinya. Allah jadikan setiap manusia itu unik. Kenali diri kita dengan menyuluh ke dalam diri. Andai sudah tahu siapa diri kita, cari jalan untuk menjalankan bisnes yang bersesuaian dengan diri kita sendiri.

Bangkit dengan keupayaan sendiri. Tiada siapa yang dapat menunjukkan kepada kita apa yang baik buat kita, melainkan hati kecil kita sendiri. Masalah Utama yang menghalang kita dari mencapai kejayaan ialah kerana kesemua organ dalam tubuh kita dikuasai oleh Nafsu.

Setelah disuluh(muhasabah) ke dalam diri, kita perlu bangkitkan diri kita yang sedang tidor. Kalau organ, kita boleh kejutkan/stimulate dengan melakukan senaman atau pijitan/tepukan di point-point tertentu.

Apa peranan nafsu dalam konteks ini?

Ia membolak-balikkan hati kita. Dalam pada kita nak perbaiki diri, nafsu membawa kita ke jalan yang lain.

Saya katakan pada diri, okay. Time's up! Wake-up call is here. Saya tahu bisnes apa yang baik untuk saya. Makanya saya mahu mulakan langkah pertama. Saya sudah bersedia mental dan fizikal.

Namun, nafsu dalam diri saya berkata, "Sudahlah. Buat penat je. Banyak dah yang kau dah cuba. Nanti gagal lagi. Buat esok je lah. Hari ni baik rehat. Kau pun tengah puasa. Bukan boleh buat banyak kerja pun."

Maka…..berbaringlah saya sambil mata lekat di skrin talipon menonton filem Korea, sampai berjam-jam lamanya.

Boleh?