Monday, August 5, 2019

Self Recovery of An Entrepreneur / Pemulihan Kendiri Usahawan #5

Setiap organ yang terdapat dalam tubuh manusia dijadikan berpasangan.


Dalil kepada kenyataan di atas ialah ayat 36 Surah Yassin yang bermaksud;


"Allah jadikan semuanya berpasangan."


Ini dipanggil Hukum Polariti


Menurut konsep perubatan tradisional, ia dipanggil Yin & Yang. Yin bersifat feminine sementara Yang bersifat kelelakian. Yin mewakili organ yang padat manakala Yang mewakili organ yang kosong; boleh juga difahami bahawa Yin mewakili bulan (gelap malam) dan Yang mewakili matahari (terang).


Bila dikaji dengan lebih mendalam, anggota badan kita selalunya berada dalam keadaan tidor/pasif. Sekiranya ada kesakitan di satu organ, cari pasangan organ tersebut dan pulihkan. Caranya, kejutkan ia dari tidor. Ada cara yang perlu dipelajari untuk melakukannya.

Contoh yang diajar kepada kami ialah perhubungan antara organ Jantung (Yin/padat) dan pasangannya Usus Kecil (Yang/hollow). Energy yang memberi kesan ke atas kedua-dua vital organ ini ialah haba manakala entry pointnya ialah Lidah. Elemen yang mewakili organ-organ ini ialah api dan warnanya merah.

Apakah maksudnya?

Sekiranya seseorang itu sensitive terhadap energi haba, sentiasa bermasalah dengan kepanasan/kesejukan; terdapat kebarangkalian tinggi yang menunjukkan ada masalah dengan jantung mahupun usus kecilnya. Deria yang paling sensitive buatnya ialah lidah/merasa dan seseorang yang berada dalam situasi ini dinamakan "api" dan warnanya "merah".

Setelah kita kenali diri kita siapa, kita akan tahu jenis perniagaan yang sesuai dengan kita. Orang api tidak sesuai dengan bisnes yang berkaitan dengan api. Maksudnya, masak memasak bukan bisnes yang sesuai dengan dirinya. Lantas, apakah yang sesuai buatnya? Bisnes yang lebih tenang seperti pakaian, pertanian, Pendidikan. Ia akan menjadikannya lebih tenteram dalam mengawal kehidupannya.

Seseorang usahawan perlu tahu bisnes apakah yang sesuai dengan dirinya. Allah jadikan setiap manusia itu unik. Kenali diri kita dengan menyuluh ke dalam diri. Andai sudah tahu siapa diri kita, cari jalan untuk menjalankan bisnes yang bersesuaian dengan diri kita sendiri.

Bangkit dengan keupayaan sendiri. Tiada siapa yang dapat menunjukkan kepada kita apa yang baik buat kita, melainkan hati kecil kita sendiri. Masalah Utama yang menghalang kita dari mencapai kejayaan ialah kerana kesemua organ dalam tubuh kita dikuasai oleh Nafsu.

Setelah disuluh(muhasabah) ke dalam diri, kita perlu bangkitkan diri kita yang sedang tidor. Kalau organ, kita boleh kejutkan/stimulate dengan melakukan senaman atau pijitan/tepukan di point-point tertentu.

Apa peranan nafsu dalam konteks ini?

Ia membolak-balikkan hati kita. Dalam pada kita nak perbaiki diri, nafsu membawa kita ke jalan yang lain.

Saya katakan pada diri, okay. Time's up! Wake-up call is here. Saya tahu bisnes apa yang baik untuk saya. Makanya saya mahu mulakan langkah pertama. Saya sudah bersedia mental dan fizikal.

Namun, nafsu dalam diri saya berkata, "Sudahlah. Buat penat je. Banyak dah yang kau dah cuba. Nanti gagal lagi. Buat esok je lah. Hari ni baik rehat. Kau pun tengah puasa. Bukan boleh buat banyak kerja pun."

Maka…..berbaringlah saya sambil mata lekat di skrin talipon menonton filem Korea, sampai berjam-jam lamanya.

Boleh?

No comments: