Saya memang bersedih, hanya kerana gagal melepasi satu halangan. Namun, ada hikmah di sebalik segala sesuatu.
Saya ke satu tempat untuk mengambil satu bayaran yang sudah lama saya tangguhkan. Macamlah banyak duit sangat....Asyik terlupa, sebenarnya. Namun, ada satu peluang menanti saya sebenarnya tadi. Saya dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang memberi saya satu peluang....yang tidak terdapat di mana-mana.
Saya tahu kini siapa yang perlu saya temui, apa yang perlu saya lakukan dan apa yang boleh saya perolehi. Saya tahu kini jalan sebenar yang saya harus ambil untuk mencapai satu impian saya....Saya mungkin dapat melaksanakan impian saya itu lebih cepat dari yang saya jangkakan.
Kepada sesiapa yang membaca, ingin saya pinta doakan saya berjaya...
No comments:
Post a Comment