Sunday, July 29, 2007

Sihir (6)

Malam itu saya tidak boleh tidur. Saya takut yang amat sangat. Di tengah malam saya terjaga dan asyik memerhatikan wajah suami saya. Saya cukup takut kalau-kalau wajahnya bertukar…..ahhhh….

Keesokan paginya, suami saya kata yang dia bermimpi 3 perkara…..

Saya terus ke pejabat dan cuba melupakan apa yang terjadi malam tadi. Saya malas nak bertekak dengan suami saya tentang Ustaz dan cara pengubatannya. Lantaklah, kata hati saya….

Tengahari itu, saya menerima panggilan talipon dari suami saya yang mengajak saya keluar makan. Rupanya dia telahpun membeli buah kundur, garam, kunyit, lada hitam, bawang, kacang hijau, limau nipis, paku, tanah dan asam jawa. Dia perlu mencari daun kelor dan daun bunga raya saja lagi. Dia singgah ke rumah maknya dan emak terus saja menyiapkan apa yang kurang. Suami saya bertanya pada emak tentang arwah Abah. Apa ilmu yang dituntutnya dan macam-macam lagi.

Emak kata abah pernah berguru dengan Kiyai Saleh, di Batu Pahat sehingga menerima selempang merah. Namun emak pun tak tau di mana dan apa ilmu yang Abah tuntut. Emak juga menerangkan apa maksud ‘pelalau’. Ia adalah sihir yang dihantar supaya orang tidak nampak kita. Umpamanya, jika dikenakan kepada wanita yang belum berkahwin, wanita itu akan sukar mendapat jodoh. Kalau ada orang lelaki yang berkenankan gadis tersebut, lelaki itu bagaimanapun tidak akan jadi menjadikannya isteri. Dalam kes suami saya, kedainya ‘ditutup’. SIhir itu membuatkan orang yang lalu lalang tidak akan nampak kedai tersebut.

Pulang ke rumah, kami mengisar buah kundur dengan air. Daun kelor dan daun bunga raya juga dikisar, tetapi dimasukkan ke dalam bekas yang berasingan.

Sepanjang hari itu saya menjadi manusia yang paling penakut. Saya terasa diekori, atau lebih tepat, ditemani. Di pejabat, saya jadi pemarah dan di rumah, pantang silap je saya akan menjerit pada anak-anak.

Pukul 6.45 petang, saya dan suami keluar. Tak boleh jadi, kata hati saya sebelum keluar. Aku nak diteman. Terus saya mengajak Jimi yang sedang menghafaz ayat-ayat Quran kerana ujian hafazan di sekolah minggu depan. Tanpa banyak soal, Jimi mengikut kami berdua. Perjalanan ke Cheras agak perlahan, maklum saja orang balik kerja. Kami mengambil keputusan untuk solat Maghrib di Masjid Universiti Malaya. Selepas Maghrib, kami terus ke Cheras.
Sampai di rumah Ustaz, jam baru menunjukkan pukul 8.15 malam. Ustaz hanya memulakan pengubatannya selepas Isya’. Suami saya memutuskan kami mencari surau berhampiran untuk menyelesaikan dulu solat Isya’ agar senang nanti. Takdirnya memang telah ditentukan. Ada ceramah agama pula di surau. Kami tertunggu-tunggu bila hendak solat, namun penceramah tak mahu berhenti pula. Saya hantar sms kepada suami, dan dia putuskan kami solat dulu pukul 9 nanti.

Apabila sampai di rumah Ustaz, nah kau….punyalah ramai yang dah menanti giliran masing-masing. Saya dah risau, gerenti kami akan lambat nanti. Saya saksikan seorang Imam yang dihantar ‘santau’ oleh seorang jemaah. Kesian Pak Imam ni. Agak lucu bila pesakit yang sedang terbaring mula menjawab soalan-soalan yang ditanya. Bukan pesakit sebenarnya yang menjawab, tetapi jin yang berada dalam badan pesakit yang menjawab. Saya perhatikan dengan penuh khusyuk bagaimana Ustaz mengubat Pak Imam tadi. Selepas beberapa ketika, Ustaz menyuruh Pak Imam duduk dan menelan balik segala santau yang telah dihantar kepadanya. Memang melucukan, namun itulah hakikat. Tidak lama kemudian, Pak Imam seolah tersedar dan bertanya kepada Ustaz apa yang terjadi. Ustaz kata Pak Imam sudah sembuh pada mulanya, namun si ‘dia’ menabur sesuatu di halaman rumah Pak Imam. Pak Imam terlangkah ‘benda’ yang ditanam dan sakitnya datang balik. Apa yang membuat saya terkedu ialah apabila saya diberitahu yang Pak Imam disantau supaya dia tidak boleh sujud…..! Hanya kerana si polan tu mahukan jawatan Imam! Jin tadi memberitahu yang dia adalah suruhan Tok Batin..Ustaz memotong sedikit buah limau nipis dan membaca sesuatu sebelum meminta Pak Imam menghembuskan nafasnya ke limau itu. Serentak itu juga, Ustaz memasang ‘pasak’ kepada limau tersebut, iaitu paku yang panjangnya lebih dua inci.

Selepas Pak Imam beredar, seorang lagi pesakit dipanggil. Aiii…teleng je kapala Pakcik ni, apahal? Sebaik saja Pakcik ni berbaring, dia mula bercakap….Siapa kau? Tanya Ustaz. Aku Bunian…. Sapa nama kau? Tak ada nama. Kau lelaki ke perempuan? Aku perempuan. Tentu kau punya nama…. Tak ada. Aduh….sakit!!!! Nama kau Sharifah Aini? Bukan! Bukan! Habis tu, Siti Nurhaliza? Eh…bukan! Khadijah….perlahan je bunyinya….

Kenapa kau kacau dia? Aku tak suka budak-budak dia buat maksiat kat tempat aku. Bukan dia yang buat, kenapa kau sakitkan dia? Dah dia aje yang ada kat situ….. Okaylah. Kau balik ke tempat kau ye? Jangan kacau dia ni. Dia orang baik. Kalau kau tak nak balik, aku picit kau…. Okay, okay. Aku pegi. Jangan sakitkan aku lagi.

Ustaz mengulang kembali apa yang dilakukan tadi kepada Pakcik ni. Saya yang duduk berdepan dengan isteri Pakcik ni diberitahu oleh isterinya yang Pakcik ni ialah Ketua Pengawal Istana Kedah di Kuala Lumpur, berdepan dengan KL Sentral. Mereka tinggal di kuaters pekerja. Rumah banglo yang juga dihuni oleh makhluk ghaib. Terdapat beberapa orang pekerja istana yang suka berjudi di kawasan sekitar istana dan ini tidak disukai oleh bunian-bunian yang ‘menjaga’ tempat ini. Pakcik tadi melakukan rondaan seperti biasa sewaktu tiba-tiba dia ditampar sekuat-kuatnya. Muka dia senget dan telah pergi ke Tawakal, Ampang Putri dan HKL selepas X-Ray, dia diberitahu tiada apa-apa yang silap dengan sarafnya…. Selepas dibawa oleh seorang rakannya bertemu Ustaz, barulah dia tahu yang dia diganggu….

Kemuadiannya, tiga orang pesakit dipanggil serentak. Terkejut saya bila melihat kedua belah tapak tangan seorang dari mereka terbakar hangus. Cara Ustaz mengubat mereka agak berbeza dari dua kes yang pertama tadi. Nampak benar Ustaz berdepan dengan jin yang agak handal. Berpeluh-peluh Ustaz dibuatnya. Makcik yang pertama diubati adalah kakak yang tua. Telah hampir sepuluh tahun menderita sakit. Habis duit berubat merata-rata, namun sakitnya datang kembali. Pesakit kedua agak kritikal. Sewaktu diubat, dia asyik menangis, tanpa airmata…. Satu ketika, waktu Ustaz membaca ayat Quran dengan agak keras, dia pitam. Langsung tak bergerak. Saya nampak bagaimana Ustaz cuba memanggil kembali rohnya….Menyeramkan…. beberapa saat kemudian, pesakit tadi sedar dan mulutnya mula berkumat kamit mengucap dua kalimah syahadah… kami yang melihat begitu bersyukur dia telah kembali. Pesakit ketiga ialah yang terbakar kedua-dua tangan tadi. Kata Ustaz, itu ‘side-kick’ je….Macam tu punya teruk, side kick? Sementara Ustaz menghabiskan pengubatannya, saya diberitahu oleh salah seorang yang berada di situ bahawa keluarga ini diserang oleh jin tinggalan jiran mereka yang telah meninggal sepuluh tahun lalu. Tuan kepada jin ini cuba merampas tanah pusaka yang didiami oleh keluarga ini. Persengketaan antara dua keluarga sejak turun temurun, namun setelah mereka meninggal, jin itu berkeliaran mencari tuan….Subhanallah….takut benar rasanya saya.
Selepas itu, tiba giliran suami saya. Jam telah menunjukkan hampir pukul sebelas malam. Ustaz bertanya kepada suami saya tentang mimpinya semalam. Kata suami saya, dia bermimpikan 3 benda, yang pertama, dia seolah-olah keluar dari badannya dan mencari sesuatu dari awangan. Mimpi kedua dia melihat serigala hitam dan mimpi ketiga…..

Suami saya melihat seorang wanita muda, dalam usia 30-an, terbaring meniarap berhampiran kedai suami saya. Suami saya cuba melihat wajah wanita ini dari segala sudut, namun tidak berjaya. Di waktu itu, ada seorang lelaki tampan yang amat bersih wajahnya meletakkan beberapa botol air mineral di sekeliling wanita tersebut, dan suami saya kata dia nampak seolah-olah ada pusaran angina masuk ke dalam setiap botol tadi dan serentak itu juga air mineral tadi bertukar menjadi keruh.

Ustaz kemudian bertanya kepada suami saya samada dia masih mahu tahu siapa yang menghantar sihir kepadanya. Suami saya dengan penuh ikhlas memberitahu Ustaz yang dia tak peduli siapa yang punya angkara. Apa yang dia nak ialah keluar dari kepayahan itu. Siapa pun yang menganiaya dia, Allah saja yang akan membalasnya. Ustaz memuji keputusan suami saya dan katanya, memandangkan memang suami saya tidak mahu tahu manusia itu sejak dari awal, kerana itu wajah perempuan tadi tidak kelihatan. Segalanya bergantung kepada niat kita….

9 comments:

Husnaa said...

Saya hendak bertanya..di mana tmpat ustaz berkenaan sebab nak ubatkan tunang saya yang terkena pelalau..

berlian said...

assalamualaikum

akak minta tolong bagi no telefon dan alam at ustat tu kat saya boleh.saya nak rawat diri saya ni..

email ke belian_berlian@yahoo.com

terima kasih

Unknown said...

Salam, boleh tolong beri no tel dan alamat ustaz tersebut. T.kasih

email saya manusia2020@gmail.com

Rosnani Majid said...

salam, akak, di mana tempat ustaz ni, boleh berikan alamatnya. terima kasih atas budi baik akak.

Azmi said...

Assalamualaikum Puan.. Boleh emelkan saya no telefon ustaz yg puan sebutkan dalam entri ni.. T kasih.
delobster1973@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum

Boleh sy dpt kan contact ustaz tu

nurul.ezzaty0310@gmail.com

Elsa2bella said...

Assalamualaikum,
Boleh saya dapatkan contact ustaz itu? Jzkk.

elsa2bella@gmail.com

Unknown said...

Slm, blh sy tahu tempat berubat ustaz ni... Tkasih

Unknown said...

dollybare777@gmail.com

Email ke sini ye. Tq