Wednesday, March 5, 2008

Kakak, Abang dan Adik

Saya pasti ramai dari kita dilahirkan dengan abang, adik dan kakak. Saya punya 4 abang, 3 kakak dan 2 adik. Kenangan ketika kecil sentiasa menjadi memori yang cukup indah untuk diingati. Jarak usia antara saya dan abang yang berul-betul di atas saya, 3 tahun. Mungkin kerana berlainan jantina, abang tidak begitu dengki dengan saya biarpun seingat saya, dia sering membuli saya dengan menyuruh saya melakukan banyak benda untuknya. Tapi, kenangan kakak-kakak saya agak menarik. Mereka sering bercakaran, bermasam muka, berebut sesuatu dan cemburu antara satu sama lain. Mungkin jarak usia mereka yang agak rapat (selang 2 tahun setiap mereka). Kak Non nakal dan selalu marahkan Kak Wi yang kuat menangis dan sentiasa mengalah. Kak ANi pula, bossy dan 'big sister'... Saya...hanya mengikut arus. Saya sokong sesiapa juga yang boleh menguntungkan saya....

Kini, Kak Ani jarang kami temui. Dia di Johor membina kehidupan bahagia di sana. Kak Non pula ditakdirkan sering sakit dan selalu keluar masuk hospital. Kak Wi, si cengeng dulu, paling berduit dan tidak perlu bersusah payah bekerja untuk memiliki segala yang mewah. Kini, Kak Wi yang banyak menjaga Kak Non ketika Kak Non sakit...

Abang telah lama pergi meninggalkan saya, sementara saya sendiri tidak punya banyak kenangan dengan adik-adik kerana adik saya lahir 11 dan 13 tahun selepas saya.

Anak sulung saya, Kakak, periang , sesekali moody. Adik-adik sering juga dimaki hamunnya, namun sebagai Kakak, selalunya dia jadi penenang dalam keluarga. Sewaktu kecil, Kakak selalu dibuli oleh adiknya, Jime. Malah Jimie pernah mencederakan kakaknya sewaktu bermain hingga terpaksa menjalani pembedahan.

Kini Jimie amat mengagumi kakaknya. Sesekali kakaknya di rumah, mereka akan bersembang hingga ke pagi. Jimie pula amat menyampah dengan adiknya, Abey. Bagi Jimie, Abey menyibuk, Abey memalukan, ABey 'annoying', Abey lembik, ABey malas...Segala yang buruk ada pada Abey. Abey pula melihat Jimie 'the greatest'. Jimie idolanya. Jimie sering membuat Abey bangga dan juga rendah diri...

Semalam, buat pertama kalinya, saya melihat kedua2 mereka di atas padang ragbi. Mereka wakil sekolah untuk MSSD. Jimie team A, Abey team B. Sungguh tidak disangka, Abey dijulang sebagai 'star' dalam tournament kali ini. Si kudut itu mampu menjatuhkan lawan dengan 'tackle' yang hebat.

Jimie yang memang 'star' sejak awal tidak puas hati dengan pencapaian cemerlang Abey. Di rumah, Abey bercerita tentang kehebatan Jimie tapi Jimie pula asyik bercerita betapa 'annoying'nya Abey...

Saya jadi orang tengah. Saya tersenyum dan mengangguk... Bila saya beritahu suami, dia juga hanya tersenyum. Satu yang pasti, suami saya sentiasa di padang bila anak-anaknya bermain. Pagi tadi, sewaktu melihat mereka membonceng motosikal bersama, suami saya kata "Dua-dua mereka hebat. Because mereka ada both of kita".

Saya pasti, lepas Jimie habis SPM dan berada di kampus, jauh dari Abey yang 'annoying', dia akan merindui adiknya itu.

30 tahun akan datang, saya mungkin tiada lagi untuk melihat siapa yang lebih berjaya antara kakak, abang dan adik dan siapa akan jaga siapa sewaktu salah seorang dari mereka sakit....

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... itulah kita... itulah insan2 di sekitar kita...

:: kepelbagaian itulah yang menceriakan kehidupan kita... dalam menanti saat ketika kita akan dipanggilNYA...

:: bilamana dalam famili kecil dahpun begitu... bagaimana jadinya dalam masyarakat... dalam negara... dalam dunia...??

:: kebosanan yang tak terhingga akan menerjah dalam hidup dan kehidupan kita... JIKA semua insan punya tabiat... kehendak... ciri2... dll yang sama belaka... dan kepelbagaian antara kita ciptaanNYA juga adalah sebagai sebahagian dari ujianNYA kepada kita...

Suria Klang said...

Pak Ngah,
very good opinion...thanks a lot.