Wednesday, February 2, 2011

Udang oh Udang....


Boss dan Pp sedang enjoy makan udang yang paling sedap dalam dunia....

Tiap kali saya berada di sekitar Masjid India, selalunya saya akan singgah makan di Semua House. Ada Char Kuey Tiow sedap di sana...dan selalunya saya dan Boss akan minta "extra prawn'.

Tengahari tadi kami menjamu selera dengan char keuy tiow extra prawn...malangnya udang-udang di atas pinggan kecil-kecil belaka. Dalam hati saya berkata....nelayan tak jumpa udang besar kut...sebab banjir...

Di hari akhir kami di bumi Saudi, kami semua ditempatkan di Madinatul Hujjaj, bangunan kepunyaan Tabung Haji di Jeddah. Segala persiapan penerbangan pulang dilakukan di sini. Kawasan sekitar yang tenang dan damai sambil kami mengisi masa terluang bermesra sesama jemaah membuat suasana bertambah indah. Saya dan Boss mendapat jemputan dari seorang rakan yang menetap bersama keluarga di Mura Bustan, Jeddah.

Kami dijemput oleh seorang rakan Pak Payne dari Madinatul Hujjaj, dan dibawa ke rumah beliau, sambil disambut oleh keluarga Pp yang peramah dan amat mesra. Pelbagai juadah berada di atas meja menanti ketibaan kami, dan selepas 45 hari tidak menikmati 'home made food', kami makan bagai nak rak....

Selepas makan malam, Kak Aisyah, isteri Pp merebuskan udang yang didatangkan dari ladang syarikat tempat Pp bekerja dan sebaik kami berdua merasa udang-udang tersebut....kami kata, "Mak aii....benchmark udang dah bertambah tinggi...Payah macam ni...". Udang-udangnya bersaiz besar (lebih kurang 40gm seekor), MANIS walaupun hanya direbus dengan air tanpa garam atau perisa, tanpa kolesterol, gebu dan amat sedap...

Saya yang kekenyangan hanya mampu makan beberapa ekor. Boss pula bersungguh-sungguh menikmati udang enak tersebut hingga licin...Agaknya ada sekilo dimakannya....

Sejak itu, kami amat berkira dengan udang....Kalau saiz mahupun rasanya jauh dari yang kami makan di sana....emmmmm.....tidak mencapai standard lah tu....

4 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Suria, tima kasih ziarah blog teman. Kenal ke dengan teman ni? Ada kawan nama Mahasuria, ni Mahasuaria atau Suria lain?

MOH KEMBARA said...

Salam Again, ok ni Mahasuria lepas akak check other links. Pe kabor? Citer udang memang best, eloknyer ada gambor udang tu, baru terlior nengoknyer!

dilla said...

Salam Puan..udang pun favourite saya juga..hehe..Dilla

Unknown said...

Salam,
sori post di sini. boleh tolong beri no tel atau alamat ustaz di cheras yg bantu puan & suami mengubat sihir pada 2007 lalu. URGENT SGT 2. T. Kasih moga Allah membalas jasa puan.

manusia2020@gmail.com. atau idnoor65@yahoo.com