Sunday, June 12, 2011

Sekali lagi....

Bulan September tahun lepas, beberapa minggu sebelum kami pergi menunaikan haji, kami diuji dengan kehilangan kereta NazaRia kami yang kami letakkan di halaman rumah. Ianya amat menyakitkan. Biarpun kereta itu telah dijumpai, ia masih berada di dalam bengkel kerana kami perlu mengganti enjinnya dan pihak insuran tidak menanggung sebahagian dari kos pembaikan yang amat tinggi.

Saya menyertai organisasi ini pada bulan Februari lalu. Saya 'dipinjamkan' dengan sebuah kereta Perdana. Bukan kereta baru, tetapi amat membantu untuk saya menjalankan tugas-tugas seharian yang memerlukan pergerakan saya ke serata tempat.

Pagi tadi, sewaktu saya keluar untuk ke tempat kerja, kami dikejutkan dengan satu kenyataan pedih. Kereta Perdana itu tiada di tempatnya sedangkan kunci ada di dalam beg tangan saya!

Sekali lagi saya diduga dengan kehilangan. Perut saya terasa kecut, dada saya berdebar-debat dan kepala saya berdenyut. Oh Tuhan....kenapa ini terjadi lagi? Dan, ia bukan kereta saya....

ED saya amat memahami. Dia pesan saya untuk terus bersabar dan memohon agar ALlah mudahkan urusan saya. Kawan-kawan yang tahu mengirimkan teks dan kata-kata nasihat.

Namun, hati terus bertanya..Mengapa ia harus terjadi lagi?

Tuhan....tolonglah. AKu tidak berdaya.

4 comments:

Unknown said...

Ya Allah...permudahkan urusan sahabat ku Suria ~!

lina said...

Allah...semoga ALLAH pemudahkan urusan puan.

Suria Klang said...

Terimakasih Pp dan Lina. ALhamdulillah saya ok dengan ujian ini. Saya tahu Tuhan sayangkan saya sangat-sangat. Biarpun hati saya tertanya-tanya, tetapi saya semakin dekat denganNya.

norsiaha2003 said...

Subhanallah, kak suria baru-baru ini saya juga mengalami pengalaman seakan-akan Kak Suria. Seorang Ustaz ada mengajar saya doa ini kepada saya " Ya Allah uruskanlah ujian yang diberikan kepadaku supaya aku menjadi orang yang soleh" Amin.