Saya ditanya oleh seorang kakitangan saya tentang pengalaman saya di India. Apa yang paling tidak boleh saya lupakan.
Saya termenung sejenak kerana India memberi saya terlalu banyak kenangan. Kehidupan yang mencabar minda dan tubuh badan di sana adalah satu kehidupan yang jauh bezanya dengan apa yang saya lalui di sini.
Banyak yang saya kenangkan. Akan tetapi, disebabkan soalan ini diajukan oleh kakitangan saya, makanya saya kisahkan bagaimana saya melaksanakan acara "MOU signing" di sana.
Antara perbezaan ketara di India dan Malaysia adalah koordinasi. Mereka di India kebanyakannya menerima arahan. Di sini kita mengamalkan kerjasama.
Saya dan beberapa rakan menggariskan kesemua keperluan (checklist) untuk menganjurkan satu acara besar yang bakal dihadiri oleh mereka-mereka yang kaya dan berkuasa di sana. Mesyauarat demi mesyuarat diadakan bagi mencapai matlamat ini.
Saya terbang ke India dua minggu sebelum hari yang dinanti. Kad-kad jemputan telah siap dicetak. Tempahan hotel, 'guest list', ucapan para pengarah, 'press release', skrip, menu makanan, aturcara dan seribu satu pekerjaan lagi perlu dibereskan.
Satu hal yang menarik di India ialah kad jemputan harus disampaikan dengan tangan. Jauh bezanya dengan keadaan di sini. Makanya, saya dan beberapa kakitangan senior kami menghabiskan berjam-jam sehari menziarahi para tetamu jemputan ini samada di pejabat mereka mahupun di rumah mereka.
Saya berpeluang menghantarkan kad jemputan kepada dua orang VVIP ke rumah mereka. Selain dari kagum dengan betapa besar dan cantiknya rumah mereka, saya juga berbesar hati kerana mendapat layanan seperti seorang VVIP dari mereka dan ahli keluarga serta kakitangan mereka.
Saya juga belajar cara untuk mendapat pas masuk ke dalam balai ketibaan dan mengiringi VVIP dari Malaysia tanpa perlu melalui pemeriksaan Imigresen dan kastam India. Itu satu pengalaman amat berharga buat saya.
Di hari kejadian, saya amat berbangga melihat hampir kesemua jemputan hadir, termasuk pegawai-pegawai dari Kedutaan Malaysia. Di India, sekiranya mereka yang menerima jemputan mengesahkan kehadiran mereka, 90% kemungkinan mereka akan hadir biarpun lewat.
Saya juga diuji dengan pemilihan menu makanan. Namun, di hotel mewah tersebut, semua makanan adalah enak belaka. Hampir kesemua yang hadir memuji pilihan saya - saya hanya tersengih kerana saya sebenarnya telah melantik AJK Makanan untuk membantu saya....
Selepas acara gilang gemilang tersebut, saya bergegas untuk memastikan persiapan bagi mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah. Selepas itu, saya berlari ke rumah seorang Pengarah yang berbesar hati untuk menjamu tetamu dari Malaysia dengan High Tea. Sambil mengagumi keindahan rumah lima tingkat milik pengarah tersebut, saya juga berpeluang menikmati makanan lazat yang tidak terhingga - antaranya Mango Puree....Itulah sekali saya merasainya. Cukup lazat.
Pada malam harinya, seorang lagi Pengarah berbesar hati untuk menjamu tetamu dari Malaysia makan malam. Saya ingat-ingat lupa menunya - tetapi saya masih terasa lazatnya briyani kambing dan kebab yang dihidangkan.....
Itulah sehari yang penuh dengan warna-warni, yang pernah saya lalui, dan menjadi satu antara banyak kenangan indah kehidupan saya. Ianya mencabar diri saya hingga ke tahap maksima, namun kini ia adalah satu pengalaman berharga buat saya.
Kakitangan saya akhirnya berkata, "Kalau Puan boleh buat semua tu....saya tau apa yang saya buat sekarang ni sebenarnya kacang je...."
ALhamdulillah. Beliau mengambil kisah saya sebagai satu motivasi. Semoga beliau berjaya.
3 comments:
salam ma'am - lina menjadi pembaca setia blog puan ketika puan berada di india...pd ketika membaca mula2 terjumpa blog ni terus add kat favarites....lama juga membaca secara diam....kagum dengan keadaan ma'am berjauhan dengan keluarga...dan cerita keluarga yg dpt di kutip sebagai pengajaran buat diri. Perbagai suka duka ketabahan...yg bukan sedikit...tidak dpt utk di ukur.
Lina....keperitan hidup membuat kita menjadi kental....biar apapun yang mendatang, ketaqwaan kita kepada Allah tidak perlu goyang atau berkurang...malah semakin mantap dan bertambah-tambah.
Saya berkongsi rasa, berkongsi cerita, untuk dijadikan iktibar kepada sesiapa yang membaca. Harapnya tidak wujud rasa riak, takbur dan sombong dalam saya menyampaikan cerita...
Terimakasih kerana terus-terusan menjadi pembaca setia....
Ma'am - N3 puan sentiasa menjadi penguat semangat saya ketika up dan down saya. Insya ALLAH saya berusaha utk menjadi hambaNYA yg taat kepadaNYA apa saje suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Satu lagi blogger yg lina sentiasa ikuti penulisannya ialah raden galoh...tp beliau telah pergi menghadap penciptaNYA lebih kurang 11 bulan yg lalu....sgt rindu dgn penulisan beliau dan kecintaan beliau pd ALLAH yg ESA.
Post a Comment