Saya amat merindui suasana di sana. Bulan Disember adalah masa yang indah di Chennai. Sejuk berangin. Jarang sangat dapat dinikmati cuaca seperti itu.
Walaupun telah lama saya tinggalkan India, hati saya masih terpaut padanya. Kadang meronta untuk kembali ke sana.
Apatah lagi bila kehidupan di tanahair sendiri amat menyesakkan. Namun, di mana bumi dipijak, di situ langit ku junjung. Betapa indahnya negeri orang, indah lagi bumi sendiri. Begitulah sepatutnya.
Saya bayangkan di usia senja ini dengan pelbagai jenis penyakit menguasai diri, tidak murah dan mudah untuk saya dapatkan rawatan di sana. Biarpun klinik kesihatan dan hospital kerajaan di Malaysia begitu padat, namun ia masih boleh menempatkan susuk tubuh nan satu ini. Duduk diapit dua orang berbadan besar tidak membebankan saya. Sekurang-kurangnya tiada bau kari atau masala yang menusuk hidung.
Ekonomi India semakin berkembang pesat. Alangkah bertuahnya saya jika dapat bersama menikmati kepesatan itu. Tiada sesuatu pun milik mutlak seseorang atau sesebuah negara. Semua milik Yang Maha Esa.
Di pagi ini, saya panjatkan doa dan harapan untuk kembali ke India, mahu mendalami ilmu akhirat di samping mengaut kekayaan dunia. Moga Allah perkenankan.
1 comment:
Selamat datang ke FINANCE LEONARDO DORA sebuah syarikat pinjaman yang didaftarkan, yang menyediakan pinjaman untuk membantu kehidupan. Anda amat memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda, atau anda memerlukan pinjaman untuk perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Anda perlu pinjaman penyatuan atau gadai janji? Adakah anda mencari lebih banyak lagi, kerana kami berada di sini untuk membuat kesulitan kewangan anda sesuatu yang lalu. Kami telah membantu orang-orang yang memerlukan bantuan kewangan yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, memberi pinjaman untuk kadar faedah hanya 2%, Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu kami menyediakan sokongan dan penerima yang boleh dipercayai, dan akan bersedia untuk memberi pinjaman. Jadi, sila hubungi kami hari ini (leonardodorafinance@gmail.com)
Post a Comment