Menyimpan duit bukan sesuatu yang mudah untuk si pemboros macam saya. Terus terang, saya tidak ada wang simpanan seperti kebanyakan rakan lain.
Banyak sebab mengapa saya tidak mampu menyimpan. Sebab paling ketara ialah kerana sering berbelanja tanpa berfikir - inpromtu - kata orang putih.
Menjelang 2016 yang dikatakan tahun gelap bagi kemewahan kepada negara khususnya dan dunia amnya, orang macam saya pastinya resah gelisah. Tambahan pula tidak lagi punya pendapatan tetap namun masih ada komitmen bulanan yang tetap.
Hasil dari perniagaan semakin berkurangan hari demi hari. Lebih ramai yang "Touch&Go" dari membeli. Kerisauan kadangkala dapat dilupakan dengan tidor dan makan. Tapi hasilnya badan semakin berat dan pipi semakin bulat...
Antara langkah yang telah dan sedang saya ambil ialah ikat perut. Tiada lagi makan di luar, samada "fast food" atau "fine dining". Sambutan harijadi ahli keluarga di restoran mahupun di hotel ditiadakan sama sekali. Sebiji kek dengan lilin penuh di atasnya sambil berdoa beramai-ramai amat memadai. Setiap pagi saya akan ke pasar membeli bahan mentah untuk dimasak dan dimakan oleh semua penghuni rumah. Bajet sehari hanya RM30. Bahagi dengan 6 dewasa, kos makan tengahari dan malam hanya RM5. Minuman hanya air masak. Tiada lagi air oren atau sarsi. Paling mewah air sirap yang dibuat sendiri.
Saya mula simpan semua duit siling dan duit kertas seringgit yang kelihatan banyak di dalam beg duit. Di mana? Bukan di bank. Saya praktikkan cara lama. Tanyalah kepada mak, ayah mahupun datuk nenek cara mana mereka simpan duit. 😘
Main kutu ialah satu lagi cara simpanan yang sedang saya praktikkan. Anak saya bakal melanjutkan pelajaran pertengahan tahun 2016. Banyak wang yang akan digunakan. Saya minta giliran pada bulan tersebut.
Saya berhasrat untuk membeli emas bila ada wang lebih. Anganannya mahu beli 20 gram setiap kali. Lebih kurang RM3500. Jika dapat beli 10 kali pada tahun 2016, andaikata saya perlukan wang di akhir tahun, dapat bawa 200 gram emas ke Ar Rahnu dan ambil tunai dalam RM22,000. Fuh!!!! Ia pasti melegakan.
Begitulah.
Kembali ke cara lama. Kurangkan penggunaan ATM kerana kita perlu bayar 6% gst bila kita keluarkan wang darinya. Bawa buku Tabung Haji dan buku ASB. Kurangkan bayaran kepada TNB dengan mengambil langkah drastik pengurangan elektrik. Jika sekarang ini RM300 adalah biasa, rasanya bila tinggal Rm150, kita akan ada lebihan yang lebih besar. Tidak perlu ada wifi di rumah kerana semua penghuni rumah sudah ada kemudahan data dalam talipon bimbit. Jika perlu, gunakan wifi percuma seperti perpustakaan awam.
Oh ya! Saya juga sudah mula rajin mengunjungi klinik kesihatan kerajaan walaupun jumlah pengunjungnya, subhanallah. Melimpah-limpah. Ia okay untuk surirumah seperti saya.... Tiada masalah masa kerana tidak perlu bergegas menghadiri mesyuarat.
Saya juga sudah memohon BRIM! Apa salahnya kan sebab rakyat Malaysia walaupun saya cukup tidak setuju dengan kaedah ini. Saya akan pohon apa saja dana yang boleh dipohon kerana berhak mendapatkannya. Hmmm.... Apa lagi?
Saya berdoa Allah rahmati negara kita dan seluruh rakyatnya. Kembalikan keharmonian dan kekayaan rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kami hanya mampu melihat gambar-gambar orang kaya sana sini bercuti di Eropah atau Amerika. Bagi kami, Pantai Morib pun sudah cukup indah. Main belon sambil berlari-lari, main layang-layang dan berselfie di tepi pantai sudah cukup menggembirakan.
Apakan daya, kami tidak dilahirkan di atas dulang emas dan mewarisi harta kekayaan menggunung dari datuk nenek kami...
5 comments:
Banyakkan bersabar puan. Allah sedang menguji puan, InsyaAllah ada ganjaran menanti di masa hadapan.
AHM
Memohon pinjaman cepat dan mudah tanpa caj pendahuluan pada kadar yang berpatutan.
Alamat - 350 Fifth Avenue, tingkat ke-34. New York, NY 10118-3299 Amerika Syarikat
kod zip - 01001
Untuk Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman gadai janji, Projek Pinjaman, sila hubungi kami: mabelhernandezloan@gmail.com bagi memenuhi semua Loan Berkaitan Keperluan tanpa bayaran pendahuluan.
Kami menawarkan Persendirian, Commercial and Personal Loans dengan Minimal Kadar Faedah tahunan serendah 3% dalam tempoh 1 tahun untuk tempoh jangka masa 50 tahun pembayaran balik kepada mana-mana bahagian di dunia. Kami memberi pinjaman dalam julat $ 5,000 kepada $ 100,000,000 USD. pinjaman kami juga diinsuranskan untuk keselamatan maksimum adalah keutamaan kami.
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda ?, Pinjaman untuk menyatukan hutang anda, pinjaman untuk kegunaan peribadi, Pinjaman Kad kredit, pinjaman Penjagaan Perubatan, Loan Kereta, Mortgage Pinjaman, Pinjaman Pelajar e.t.c.
Sama ada anda mahu untuk menyatukan hutang kadar faedah tinggi, membiayai pembelian utama, atau membayar untuk perbelanjaan yang tidak diduga, kita boleh menyesuaikan pinjaman untuk anda.
Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Encik Wilfred Gambon, pemberi pinjaman pinjaman swasta, membuka peluang kewangan bagi sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman kepada kadar faedah 2% kepada individu, perniagaan dan perniagaan di bawah terma dan syarat yang jelas dan boleh difahami tanpa bayaran balik. Adakah anda memerlukan pinjaman perniagaan? Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi? Adakah anda ingin membeli kereta? Adakah anda ingin membiayai semula? Adakah anda memerlukan pinjaman gadai janji? Hubungi kami melalui e-mel melalui: wilfredgambonloanfirm@gmail.com
Selamat datang ke FINANCE LEONARDO DORA sebuah syarikat pinjaman yang didaftarkan, yang menyediakan pinjaman untuk membantu kehidupan. Anda amat memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda, atau anda memerlukan pinjaman untuk perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Anda perlu pinjaman penyatuan atau gadai janji? Adakah anda mencari lebih banyak lagi, kerana kami berada di sini untuk membuat kesulitan kewangan anda sesuatu yang lalu. Kami telah membantu orang-orang yang memerlukan bantuan kewangan yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, memberi pinjaman untuk kadar faedah hanya 2%, Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu kami menyediakan sokongan dan penerima yang boleh dipercayai, dan akan bersedia untuk memberi pinjaman. Jadi, sila hubungi kami hari ini (leonardodorafinance@gmail.com)
Selamat datang ke FINANCE LEONARDO DORA sebuah syarikat pinjaman yang didaftarkan, yang menyediakan pinjaman untuk membantu kehidupan. Anda amat memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda, atau anda memerlukan pinjaman untuk perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Anda perlu pinjaman penyatuan atau gadai janji? Adakah anda mencari lebih banyak lagi, kerana kami berada di sini untuk membuat kesulitan kewangan anda sesuatu yang lalu. Kami telah membantu orang-orang yang memerlukan bantuan kewangan yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, memberi pinjaman untuk kadar faedah hanya 2%, Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu kami menyediakan sokongan dan penerima yang boleh dipercayai, dan akan bersedia untuk memberi pinjaman. Jadi, sila hubungi kami hari ini (leonardodorafinance@gmail.com)
Post a Comment