Tuesday, April 25, 2017

Multi Level Marketing

Ramai yang allergic dengan perkataan MLM.

Saya pun.

Sejak menetap di JB, kami berdua punya banyak masa. Maklumlah, tiada saudara mara dan sahabat handai yang tinggal berhampiran. Tiada banyak aktiviti selain pergi balik kerja dan hantar ambil Aman.

Boss mula resah bila tidak dapat menjalani kehidupan biasanya yang sentiasa "on the move". Fikirannya asyik melayang ke Shah Alam. Hatinya pula kasihan melihat saya sendirian di sini.

Satu hari, saya menyambut pelawaan sahabat lama di universiti dulu untuk bertamu ke rumahnya. MasyaAllah gembira sungguh Kama dan suaminya Haji menyambut kami. Lebih 30 tahun terpisah, kami dipertemukan semula dalam suasana yang penuh bermakna.

Melihat kehidupan mereka berdua, boleh disimpulkan bahawa mereka amat berjaya dalam bidang yang mereka tempuhi. Sembang punya sembang, rupanya sudah 15 tahun mereka berdua menceburkan diri dalam perniagaan MLM dan mereka antara beberapa orang jutawan melayu yang telah dihasilkan.

Satu yang saya suka tentang mereka ialah mereka tidak langsung cuba mengajak kami nenyertai mereka. Dan yang paling kami kagum ialah mereka begitu merendah diri. Tidak ada langsung gaya jutawan. Amat berbeza dengan kawan-kawan kami yang lain.

Selang beberapa minggu lepas kunjungan kami, Boss beritahu dia terjumpa Haji di Masjid. Lepas tu jumpa di Celcom. Lepas tu jumpa lagi di Masjid lah, di stesen minyak lah... mulalah prasangka buruk melanda hati...

"Haji stalk Abang tu! Nak ajak join MLM!"

Punyalah busuk hati ni.... syaitan dok bisik-bisik, pastu percaya!

Allah hu Akbar.

Satu hari, Kama ajak saya hadiri kelas online yang dianjurkan oleh MDEC di training center MLM ni. FOC. Saya beri nama Boss sebab saya perlu berada di pejabat.

Boss berkesempatan duduk sebelah Haji di sepanjang kursus berlangsung. Sesuai la dengan usia, "lambat benar nak pick-up", kata Boss.

Balik dari kursus, Boss beritahu yang downline Haji dah lebih 4,000 orang. Maka saya pun mencongak,

Andai kata Haji ni stalker, berapakah peratusan impak kehadiran kami dalam kumpulannya? 1:4,000 = 0.00025. Langsung tiada impak!!!! Hahahaha!!! Berangan la kau Suria! Kau ingat kau hebat? Tanpamu pun mereka berdua dah cukup berjaya!




Wednesday, April 19, 2017

Perniagaan Takaful

Selain menguruskan perniagaan sebagai Pengedar Negeri produk Parluv, Boss juga meneruskan usahanya sebagai ejen takaful am dan keluarga dengan Zurich Takaful di bawah NMZ Risk Management.

Tidak mudah untuk memulakan sesuatu di tempat baru. Tidak ada yang dikenali, nak main terjah saja maknanya cari pasal. 

Boss sertai jaringan usahawan Muafakat Johor (JUM) untuk menambahkan kenalan di samping mencari peluang perniagaan.

Setakat ini sudah ada syarikat yang membeli polisi dari Boss. Tak banyak amaunnya, tapi kami pasti ia akan bertambah hari demi hari. Yang penting, kami teruskan usaha keras tanpa jemu.

Banyak faedah yang keluarga kita akan perolehi jika kita memiliki polisi takaful ini. Antaranya ialah sebagai pengganti pendapatan. Bayangkan kemungkinan kita kehilangan pekerjaan akibat sakit yang tidak memungkinkan kita cergas bekerja - seperti sakit jantung, stroke, kanser, buah pinggang dan macam-macam lagi. Nauzubillah. Moga dijauhkan kita dari semua penyakit tersebut. Namun kenyataannya setiap hari kita mendengar ada ahli keluarga kita yang sedang menderitai penyakit-penyakit tersebut, tak kira usia.

Sekurang-kurangnya, pendapatan kita tidak akan terjejas. Anak-anak masih berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, rumah, kereta dan belanja bulanan masih boleh dilunaskan, belanja perubatan masih boleh dibiayai. Yang paling penting, simpanan tidak terusik. Andai kita pergi tinggalkan keluarga, duit takaful tidak akan difaraidkan jika kita pilih untuk jadikannya sebagai hibah. Tidak lah merana anak-anak dan isteri nanti. Bab susah, tiada siapa mahu membantu. Bila aa sedikit harta, semua pakat menuntut hak. Ia sering terjadi. Bukan sesuatu yang asing.

Perlindungan takaful juga merangkumi rawatan hospital (medical card), kemalangan diri dan harta benda serta  hilang upaya.

InshaaAllah kami akan masukkan juga perkhidmatan wasiat dan saham amanah dalam perniagaan ini nanti. 

Wednesday, April 12, 2017

State Distributor PARLUV

Selepas tiga bulan menetap di JB, kami mula restless. Perjalanan syarikat tidak seperti yang dirancang dan diangankan. Kami kebuntuan sumber kewangan.

Boss mula resah dan merancang untuk pulang semula ke Shah Alam untuk menguruskan kedai. Tinggallah saya dan Aman berdua di rumah kecil yang sejuk. Bersendirian tanpa dia sesuatu yang amat menakutkan. Saya kena fikir tentang satu usaha lain.

Kami mendapat peluang yang kami kira keemasan. Seseorang menghampiri dan kami menerima dengan tangan terbuka. Perjanjian ditandatangani. 

Sekian banyak wang dilaburkan. Tidak banyak buat orang lain, tetapi bagaikan segunung emas buat kami. Kami mula menjaja cerita di laman sosial, Whatssap group dan orang perseorangan.

Seorang rakan baik kami yang berniaga di Pasar Tani Larkin, Johor Bharu, menawarkan tapak niaga untuk kami mempamerkan barangan dagangan. MasyaAllah! Besar hati kami. Moga Allah kurniakan syurga sebagai ganjaran kepada kebaikannya.

Setiap Sabtu kami berpanas di pasar tani. Dalam masa sama, produk yang kami pasarkan sampai ke Kota Kinabalu, Klang, Ipoh dan Shah Alam. Bila ada aktiviti, Boss tidak lagi mengeluh bosan. Paling menggembirakan, tiada lagi rancangan untuk balik Shah Alam dan tinggalkan saya sendirian.

Kami masih dalam pencarian stokis dan ejen di seluruh negeri Johor. Pelaburan awal yang rendah untuk mendapat pulangan yang tinggi!

Nota:
Parluv adalah brand kepada dua jenis produk - minyak wangi dan set penjagaan kulit. Ada 10 bauan minyak wangi untuk lelaki dan 10 lagi untuk wanita. Setakat ini ada sabun pencuci muka dan serum dalam set penjagaan kulit.




Tuesday, April 11, 2017

Hijrah ke Johor

Open Heart
Open Mind

Dua perkara penting yang diajar oleh Coach Dr Grace Chung di Seoul Korea.

Sekitar bulan Jun 2016, saya menerima panggilan dari dia. Waktu itu saya sedang sibuk menguruskan booth promosi Raya di Kompleks PKNS. MasyaaAllah kesibukan begitu luarbiasa kerana kami tidak menggaji sesiapa di sepanjang 40 hari promosi. Kami 5 beranak berhempas pulas menjaga booth, menguruskan stok, menjaga kewangan dan pastinya menjual.

Alhamdulillah. Jualan sepanjang promosi raya 2016 memang wow! Apapun, ia hanya tinggal kenangan.

Balik kepada kisah dia. Saya namakan dia RP.

Kami bertemu seminggu lepas hariraya di Brickfields. Dia yang saya kenali sejak hampir 10 tahun lau, rupanya kini sehelai sepinggang. Dulu? Amat kaya.

Dia kehilangan hampir seluruh hartabendanya, termasuk syarikat-syarikat besar miliknya dalam masa dua tahun. Empayarnya ranap bersama ranapnya industri minyak dan gas.

Saya lupakan yang lain.

Yang saya mahu ingat hanya ini:

"I have lost everything but I still have my life. God will never do this without reason. I have to try my best with this short life of mine so that I will die peacefully."

Selainnya ia jadi sejarah.

Dalam keadaan yang masih tidak pasti, saya terima lamarannya untuk menerajui syarikat ini sejak lebih tujuh bulan lalu. Pelbagai cabaran yang saya hadapi sepanjang berada di perantauan ini, namun saya pasti perancangan Allah adalah yang terbaik buat kami.

Kisah saya dan syarikat ini juga bukan sesuatu yang mahu saya ceritakan. Ia akan saya simpan sendiri.

Apa yang mahu saya rekodkan di dalam "My Story" ini adalah kisah benar tentang penglibatan saya dan suami dalam satu "new venture', sekurang-kurangnya kepada kami berdua.

Di tempat baru, kami tidak berteman. Sedara mara jauh sekali. Hiduplah kami dalam kesepian, pergi balik kerja, lepas tu duduk di rumah. Hiburan kami adalah gurau senda Aman dan kami berdua. Hanya itu.

Takdir Allah, kami dipertemukan kembali dengan sahabat-sahabat universiti yang begitu prihatin. Lalu kami berkawan-kawan, sambil saling mengunjungi.

Benarlah kata orang, orang Johor ni silaturrahim dia dahsyat....