Tuesday, April 25, 2017

Multi Level Marketing

Ramai yang allergic dengan perkataan MLM.

Saya pun.

Sejak menetap di JB, kami berdua punya banyak masa. Maklumlah, tiada saudara mara dan sahabat handai yang tinggal berhampiran. Tiada banyak aktiviti selain pergi balik kerja dan hantar ambil Aman.

Boss mula resah bila tidak dapat menjalani kehidupan biasanya yang sentiasa "on the move". Fikirannya asyik melayang ke Shah Alam. Hatinya pula kasihan melihat saya sendirian di sini.

Satu hari, saya menyambut pelawaan sahabat lama di universiti dulu untuk bertamu ke rumahnya. MasyaAllah gembira sungguh Kama dan suaminya Haji menyambut kami. Lebih 30 tahun terpisah, kami dipertemukan semula dalam suasana yang penuh bermakna.

Melihat kehidupan mereka berdua, boleh disimpulkan bahawa mereka amat berjaya dalam bidang yang mereka tempuhi. Sembang punya sembang, rupanya sudah 15 tahun mereka berdua menceburkan diri dalam perniagaan MLM dan mereka antara beberapa orang jutawan melayu yang telah dihasilkan.

Satu yang saya suka tentang mereka ialah mereka tidak langsung cuba mengajak kami nenyertai mereka. Dan yang paling kami kagum ialah mereka begitu merendah diri. Tidak ada langsung gaya jutawan. Amat berbeza dengan kawan-kawan kami yang lain.

Selang beberapa minggu lepas kunjungan kami, Boss beritahu dia terjumpa Haji di Masjid. Lepas tu jumpa di Celcom. Lepas tu jumpa lagi di Masjid lah, di stesen minyak lah... mulalah prasangka buruk melanda hati...

"Haji stalk Abang tu! Nak ajak join MLM!"

Punyalah busuk hati ni.... syaitan dok bisik-bisik, pastu percaya!

Allah hu Akbar.

Satu hari, Kama ajak saya hadiri kelas online yang dianjurkan oleh MDEC di training center MLM ni. FOC. Saya beri nama Boss sebab saya perlu berada di pejabat.

Boss berkesempatan duduk sebelah Haji di sepanjang kursus berlangsung. Sesuai la dengan usia, "lambat benar nak pick-up", kata Boss.

Balik dari kursus, Boss beritahu yang downline Haji dah lebih 4,000 orang. Maka saya pun mencongak,

Andai kata Haji ni stalker, berapakah peratusan impak kehadiran kami dalam kumpulannya? 1:4,000 = 0.00025. Langsung tiada impak!!!! Hahahaha!!! Berangan la kau Suria! Kau ingat kau hebat? Tanpamu pun mereka berdua dah cukup berjaya!




1 comment:

Krafdunia Design said...

hahaha... ramai yang perasan gitu.