Tuesday, February 19, 2008

Dalam kerinduan..

Bagaimana kan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap madah berkisah
Tiap wajah bererti
Manakah ilhamku
Cahya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua
Dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan....

Dengarkanlah rayuanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya...

Lagu Suatu Masa nyanyian penyanyi pujaan saya dulu kini dan selamanya, M.Nasir, adalah lagu yang paling saya gemari sewaktu saya di kampus. Dok perasan-perasan suka kat orang...lagu jiwang ginilah yang saya syok sangat. Hingga kini senikatanya masih lekat di otak saya...

Di saat ini, saya sememangnya dalam kerinduan. Kekasih hati berada jauh di utara sejak seminggu lalu. Lamanya lagi nak tunggu dia balik... ALahai...sakit dada mengenang dia... Konon anak rindu nak dengar suara Papa, padahal emak yang lebih...

Rindu pada senyumnya, rindu pada matanya, rindu pada suaranya... uh...boleh gila agaknya kalau terpisah jauh lama-lama. Asyik menghitung waktu yang berlalu. Cepatlah cepatlah....

Itulah perasaan rindu seorang isteri kepada suami yang telah hampir 20 tahun menjadi teman paling akrab dan paling setia...nak kata tak pernah berjauhan, dah biasa... tapi, bila dia tiada di sisi, hidup terasa cukup sunyi dan membosankan. Ramai manapun kawan ada kat sebelah, dia juga yang dinanti...

5 comments:

tee said...

salam,

bloghop from kak teh's... akak ada contact no. rose dak? is she residing in shah alam? saya la ni tak jumpa lagi orang nak ajar ngaji anak saya.. btw tee dok kat U11, Bkt Bandaraya...

i quite agree with about shah alam... semuanye mendamaikan..'

:)

Kak Teh said...

kesiannya...faham benar kak teh. Dengkuran pun boleh rindu juga, kalau dah berjauhan.

Dalilawati Zainal said...

Rindu pada cik abang yang jauh? Hmm...memangle...kalau boleh nak dia sentiasa ada di sisi...tapi...apakan daya...byk tanggungjawab yang perlu diselesaikan...maka..memerlukan pengorbanan...harap k su bersabar ye...?

Suria Kelang said...

Tee,

Rose yang u maksudkan is Ros yg husband dia Ustaz? Number dia 013-6768464. tq

Pak Ngah: said...

:: salam... kerinduan memuncak bila berjauhan... begitulah lanjutan adat berkasih sayang yang dipupuk dan dibelai selama ini...