Sunday, February 3, 2008

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Hari ini, 19 tahun lalu, saya diijabkabulkan dalam suasana gilang gemilang dengan jejaka pujaan hati saya. Masih terbayang kenangan indah hari bersejarah itu. Selepas sekian lama membelai cinta dan kasih sayang, kami akhirnya disatukan.

Saya masih ingat peristiwa kelakar yang saya alami sewaktu saya ditanya oleh Pak Imam sebelum dinikahkan…

‘Adakah kamu bersetuju dinikahkan dengan Naharuddin Mohd Zain?’

Spontan saya menjawab “Setuju”.

Serentak itu saya terasa paha saya dicubit oleh kakak saya dan saya nampak arwah Bapak jegilkan mata….Pak Long saya, saksi nikah kami dan Wak Japar, jiran sebelah rumah tersengih…

Saya tertanya….kenapa?

Pak Iman berseloroh berkata pada arwah Bapak…”Tak sabar dia ni…”

Eh....saya jawab soalan...apa salahnya?

”Diam tandanya setuju....” kata Bapak.

Alamak!!! Saya jawab, kuat dan tegas....salah rupanya...Itulah saya...berterus terang dan very open....

Selepas sesi Pak Imam dengan pengantin perempuan, sesi dengan pengantin lelaki pula. Suami saya kata...

”Dahlah nervous gila. Pak Imam asyik tersalah sebut nama kita berdua. Naharuddin jadi Maharuddin dan Mahasuria jadi Nahasuria....Panik dibuatnya...Lepas tu Pak Imam tengok muka Bapak ngan Abah dan kata...”Kenapa namanya sama?”

Hahahaha...

Kini, ia jadi memori indah yang menguatkan lagi cinta kami berdua. Pelbagai dugaan dan cabaran yang kami lalui, berat kadangkala, tapi alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya dengan tabah...

Tak sangka....cinta kampus kekal hingga kini...Dia suami yang baik. Tidak pernah sekali saya dikasari, diherdik mahupun dikhianati. Saya berdoa semoga dia terus kekal menjadi suami yang baik dan saya pula kekal menjadi isteri solehah buatnya...Amin.

4 comments:

Anak Rawa said...

Tahniah Anak Rawa ucapkan pada Suria dan suami. semoga jodoh kalian kekal hingga akhir hayat. Jika kalian sambut ulang tahun perkahwinan, Anak Rawa pula sambut ulang tahun kelahiran ke 48. Wow makin muda rupanya Anak Rawa. Tak sangka lagi 2 tahun akan cecah angka 50. Isteri kita pula baru capai 44 pada 31 Jan lalu. Cepat rasanya waktu berlalu. Rasanya baru bulan lepas aku grad dari kolej. Sedar2 rupanya dah lebih 20 tahun Anak Rawa tinggal kan kolej. Byk kenangan yg Anak Rawa tinggalkan. Terasa ingin kembali ke kolej tapi apa kan daya semua itu sudah berlalu. Sekarang ni giliran anak2 kita menghadapinya. Doa kita pada anak2 agar mereka dapat capai cita2 mereka seperti yg di inginkan Aminnnnnnnnnnnn.

Pak Ngah: said...

:: salam...

:: selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-19... moga berterusan ceria... bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Suria Klang said...

Anak Rawa dan Pak Ngah,

Terimakasih atas ucapan dan doa. Moga kita bahagia dunia akhirat.

Dal said...

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan...Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat...