Saturday, October 11, 2008

Dah besar anak Mak...






Jimie, anak saya yang kedua berada dalam tingkatan 4. Seorang yang sukakan perfection baik dari segi penampilan, pelajaran mahupun pergaulan, dia sentiasa bersemangat untuk maju ke depan. Sebagai ibu, saya agak impress dengan dia yang tahu apa yang mahu dalam hidupnya...

Seminggu lalu dia bercerita tentang rancangannya untuk mengadakan rumah terbuka ala 'pot luck' dengan rakan2 setingkatan. Katanya nak buat di rumah Anas. Khamis lalu, dia bertanya samada dia boleh jadi host. Ini disebabkan ayah Anas tidak mahu girls datang berkunjung ke rumah mereka. Bila Umairah propose untuk jadi hos, ayahnya juga membantah kerana tidak setuju boys datang ke rumah mereka. Saya ni agak liberal dan 'rock', makanya saya setuju untuk jadi hos dengan syarat Jimie kemas kawasan porch dan halaman rumah kami yang besarnya seperti kangkang anak kera...

Pagi semalam, rumah saya didatangi oleh hampir 40 anak2 muda dari tingkatan 4 SMK Seksyen 7 Shah Alam. Anas datang seawal 730 pagi membantu menyediakan peralatan untuk barbecue dan menyusun kerusi meja. Malam sebelumnya Anas dan Jimie dah siap mengumpulkan kerusi dan kemaskan area. Saya sediakan nasi lemak, mee goreng, air ribena, teh o dan keropok goreng. Daging ayam di marinate oleh emak Anas dan emak Umairah marinate daging. Tepat pukul 830, menderu2 tetamu datang. Ada yang bawa spagheti, lemang, potato salad dan ayam golek! Para AJK sibuk memanggang ayam dan daging...

Saya teruja melihat anak2 yang berwawasan ini. Mereka independent dan dalam masa sama tahu menghormati. Yang jejaka makan di luar rumah, yang dara, (cantik2 berbaju kurung...) ambil makanan dan terus bersila dan bersimpuh di ruang tamu. Mereka diasuh dengan baik oleh ibubapa mereka untuk menjadi insan yang ada good values. Biarpun mereka bersembang dan bergurau sesama sendiri, mereka amat menjaga tingkah laku dan batas pergaulan. Saya dan suami hanya memantau tanpa mengganggu, namun sesekali kami duduk bersama mereka. Yang lebih membuat kami berbesar hati bila ada ibubapa yang datang sekali beraya di rumah kami sewaktu menghantar anak mereka!

Hampir pukul 12 tengahari barulah mereka beredar dan sekali lagi saya bangga bila hampir kesemua mereka, lelaki dan perempuan, masuk ke dalam dan bersalam dengan saya sambil mengucapkan terimakasih. Rupanya, baru saya tahu kemudiannya, ramai juga antara mereka anak orang orang berada....

Jimie, Anas, Aizat, Sofi dan Zainal kemudiannya membersihkan laman rumah saya, siap menyapu dan mengemop... Dahlah mereka ni kebanyakannya pelajar2 cemerlang di sekolah, ditambah pula dengan akhlak yang terpuji... Sekalung tahniah buat guru2 mereka di sekolah dan ibubapa mereka... Terbukti bahawa asuhan dan didikan yang menjadikan anak2 manusia berguna.

Perasaan saya? Tentunya saya bangga kerana anak saya telahpun menunjukkan bakat kepimpinannya, berjaya menjadi 'Project Manager' yang efektif, dan dikelilingi oleh circle of friends yang menyayangi dan menghormati diri dan pendiriannya....

3 comments:

Ummi365 said...

suria, salam kenal. ummi pun baru lepas hostkan kawan2 my daughter from school about 20 of them. sedang penat ni tengah berehat sambil bloghopping.

Unknown said...

suria :-)

syabas anak2 suria....Jimie terutamanya.

Memang jika di asuh dan di galakkan...even the sky is not the limit.

billa naha said...

yo mum... cam best je... wawa tanya bila akak lak nak wat umah terbuka 4 my friends.. huhu.. dia kata aizat gtau dia.. check out my newest post, da lama x on9, baru sempat.. huhu.. sekarang sy ngah pening ni.. bz ter"absoluteness" :p