Thursday, October 23, 2008

We are what we want to be...

Kawan baik saya sedang dilanda kesedihan dan kekecewaan yang melampau... Setelah empat tahun berkhidmat, dia diberitahu bahawa pencapaiannya amat teruk sekali. Semuanya berpunca dari penilaian yang tidak wajar dari sang ketua yang merasakan dirinya besar dan berkuasa. Tambah menyakitkan hati A, kawan saya ini, bilamana dia diberitahu bahawa markah penilaiannya rendah kerana 3 gosip yang menyelubungi kehidupannya di tempat bertuah itu.

Saya bersama A sepanjang pagi tadi. Saya tahu dia bersedih dan tidak percaya dengan apa yang dihadapinya. Makanya, saya nasihatkan beliau untuk 'enjoy the frustation'. Saya mengajak beliau untuk melihat sedalam-dalamnya hakikat di sebalik apa yang berlaku.

Saya gambarkan kepada A bahawa "We are what we want to be". Saya berani katakan kerana saya telah menjadi seperti apa yang saya nak jadi. Semuanya berkaitan dengan impian dan pilihan.

A hidup dalam keselesaan. Suami yang berpangkat tinggi. Keluarga yang dilimpahi dengan kesenangan. Tiada apa yang mendesak A untuk mencari peluang lain atau padang lain untuk bermain. Semuanya di depan mata.

Saya tanya beliau berapa banyak yang telah di 'pick-up' sepanjang persahabatan kami. Saya tahu dia pendengar setia. Malang sekali kerana dia hanya 'mendengar' cerita. Beliau hanya 'membaca' kisah2 yang disampaikan di blog2 mki, bakpo, D, raden galoh, kassim selamat dan yang lain tanpa mahu melihat apa yang disampaikan oleh mereka2 yang hebat ini. Apa yang telah dipelajarinya? A tiada jawapan untuk itu. A sedar dia hanya membaca kisah masyarakat dan disimpan di dalam hati. Tiada analisa. Noktah.

Saya kisahkan kepadanya apa yang saya baca dalam buku 'Jutawan Senyap' tulisan Dr Rusly. Tentang 'burning desire'. Kemampuan untuk kita berfikir selalunya didorong oleh keadaan yang ekstrim. Bila kita terdesak, apa yang kita fikirkan hanyalah 'survival'. Kami sama-sama akui, A tidak pernah terdesak. Kerana itu dia selesa.

Akhirnya, A mengambil satu pengajaran besar dari peristiwa ini. Ini adalah titik permulaan untuk beliau berubah. Ini adalah saat di mana beliau perlu menganalisa di tahap manakah kekuatan dan kelemahan dirinya. Apa yang tersirat di sebalik keadaan ini ialah, Allah sedang menguji A supaya dia melihat ke dalam dirinya.

Saya gembira A tidak marah dengan apa yang saya katakan. Saya nasihatkan dia supaya membiarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Kehidupan A masih jauh ke hadapan. Banyak yang boleh dilakukan dan banyak lagi yang perlu ditempuhinya sebagai manusia yang diberi akal yang cerdik, rupa yang cantik dan hati yang bersih. Saya harap A akan belajar untuk menyimpan sedikit ruang buat dirinya sendiri. Saya doakan A tabah menghadapi situasi sukar ini. Saya pasti A akan menghargai apa yang saya telah katakan padanya, satu hari nanti, kerana saya lakukan ini semua atas dasar kasih dan sayang saya kepadanya. Saya juga pasti A akan menjadi seperti apa yang dia nak jadi kerana A adalah antara manusia paling baik yang pernah saya temui.....

6 comments:

arsaili said...

salam...wahhh begitu semangat membaca nasihat yg berguna ini..a good sharing not only for A, but for a reader like me...tidak semua kita akan menempuh 'highway' yg panjang dan lurus (even highway pun there is a price we need to pay; toll)..biasanya kita akan menempuh jalan yg beralun di tambah dgn lubang2 kecil dan sesekali lubang yg benar...untuk menambah perisa dalam kehidupan.

Suria Klang said...

arsaili, selalunya kita lupa pada lubang dan batu kecil kerana kita tak mau tau kewujudannya...biarpun kita memang maklum mereka ada....kita selalunya lari dari kenyataan sebenar...

Jay D said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya setuju dgn apa yg diperkatakan. Bila kita berada dlm keadaan yang selesa kita akan lalai dan lena terbuai sehinggalah kita dikejukkan dgn sesuatu perkara yg mendesak kita untuk berfikir dan berubah. Thanks kak...

Anonymous said...

Saya pernah mengalami detik ini. Semua batch saya telah di naikkan pangkat kecuali saya. Ini di sebabkan markah SKT saya yang rendah. Saya terlalu kecewa, tidak dapat terima hakikat. Tetapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Besar. Saya diketemukan dengan buku THMSI oleh Prof Kamil. Alhamdulillah, saya teramat bersyukur dengan ujian ini. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Terima kasih kak di atas cerita ini.

syuhada jasni said...

k.su, detik perubahan yg plg besar bg sy yela keluar dr zon selesa d bandar. kemudian merantau bertugas d luar bandar, uitm segamat. Alhamdulillah.. byk pengalaman br yg sy timba. Pemikiran positif k.su, sedikit sebanyak terkesan pd sy utk berubah.. Muga k.su sekeluarga dimurahkan rezki.. dan mampu memberi kekuatan pd kawan2 yg lain.