Tuesday, April 7, 2009

Reunited...


Kesemua kami bersama sebahagian dari keluarga....perempuan gemuk kat tengah2 tu, saya lah...

Mrs. Shan & Abo

Dalila tetap maintain....

Mazu & As... ayu gitu....

Si jelita Mazu & suaminya yang handsome...

Dr Shan & Nuar yang macho...

Roslan, Boss Dalila & Naha, Boss saya.

Mr. & Mrs Shan

Dalila & Irfan

Dalila, Dr Shan & Mrs Shan

Di tengahari Ahad yang indah, kawan-kawan lama dari M*U datang berkunjung ke rumah. Selain dari merapatkan ikatan silaturrahim, kami juga ingin meraikan Dr Shan yang akan kembali ke India, dan isteri beliau yang mengunjungi Dr Shan di sini.

Saya, Dr Shan, Asma Rina, Nuar, Mazurina dan Dalila adalah jiran di pejabat dan kami bersahabat karib. Keakraban kami membuat kami selalu lupa dengan kesusahan yang dialami sepanjang perkhidmatan kami di tempat bertuah itu.

Kini masing-masing membawa diri. Dr Shan di UniTAR, Asma Rina jauh di UNISEL Batang Berjuntai, Nuar di UPSI Tanjung Malim, Mazurina di UiTM Shah Alam dan Dalila di UM. Nuar dan Mazu akan terbang ke Down Under pertengahan tahun ini untuk menyambung PhD mereka, Dalila telah menghabiskan 2 tahun untuk PhD beliau dan Asma Rina telahpun berura-ura untuk menyediakan proposal bagi PhDnya nanti... Saya katakan pada Dr Shan, "Sir, in 4 years time, when we sit together like this again, all of you are Doctors, and I am the only nurse...". Semua gelak.

Saya amat berbesar hati melihat mereka makan hidangan yang saya sediakan. Syukur alhamdulillah, rasanya kesemua mereka menikmati sepenuhnya nasi ayam saya. Isteri Dr Shan yang tidak berapa mengenali makanan lain selain dari kari, capati dan tosey pun makan bertambah! Lega hati...

Kami bersembang dan bergelak ketawa. (Elfi yang kini di UiTM Jengka dan Rosnia yang mengajar di USIM, Nilai, tidak dapat bersama kerana ada hal...kalau mereka ada, tentu bertambah gempak!). Dalila dan anak kecilnya, Irfan menjadi centre of attraction kerana Irfan lahir selepas bertahun2 Dalila menunggu. Suami Dalila, Roslan, hanya tersenyum memerhati. Asma Rina masih suka berlawak macam selalu, saya pasti Hisham, suami Asma Rina, sering terhibur dengan keletahnya. Mazu, gadis ayu yang malu2, dan si handsome suami kesayangannya, bersama anak2 gadis yang comel2 belaka, lebih banyak memerhati dan tersenyum dari bercakap, sementara Nuar kini telah berubah menjadi lelaki macho yang begitu berkeyakinan... Dr Shan agak pendiam, mungkin takut dengan perception isterinya... Selalunya, dia paling nakal mengusik...

Satu yang pasti, kesemua kami berubah menjadi lebih positif kini. Terimakasih kawan2, ada rezeki kita bersua kembali.... Good luck and Insya Allah, kejayaan menanti di depan kita....

8 comments:

Dal said...

thanks kak dpt mkn nasi ayam...sedap...happy sgt dpt jumpa kwn2. lg ramai lg best! haha...sempat juga k su snap pic byk ye? perasan x, kami semua berpakaian agak dull hari tu? bila tgk gambar baru perasan...hahaha...lepas ni kita buat pot luck le plak...kat taman ke...sure lg happening...leh buat outdoor photography sekali....amacam...?

Unknown said...

Wah... Bahagianya kita semua. Kita buat alumni ex MSU lagi best. Apa kata kita buat hujung tahun ni?Kita gi la makan kat mana tempat yang best. Nak tak?

Suria Klang said...

Nak nak nak!!! As, bila nak buat house warming? Kami sume datang bawa pot-luck. Ataupun, kita tong-tong and cater....hehehe.

Nak buat kat taman pun best gak. Ala-ala ong putih gitu....! Ujung tahun ni...nak gi haji la!!

Rosham said...

Salam Pn Suria, tumpang lalu...heheheh
seronok tengok berkumpul tu, bile nak ajak anak2 Pn yang ramai2 nie heheheh

noha said...

Hm... Seperti puan mempunyai persepsi M*U itu tempat yang negatif... Saya menimba ilmu dan memiliki ijazah dari tempat bertuah itu dan mendapat kerja yang baik dari hasilnya...

UMMI AUNA said...

puan... jelous nye tengok saat indah nie, sedih la plak... ingat saat2 manis ... yg sedih x nak ingat... lain kali kalo puan nak bt gathering ajak le kiteorg.. juzi sanggup turun dari Kuching tau.... hehhee miz u all

rosnia said...

Ala jelous lak tak dpt join. Well.. Sy tak de masa tu pun, bole imagine la camane. Sume melepaskan perasaan masing2. (Pujuk hati sendiri). Btw my dear friends, keep in touch. Wassalam.

syuhada jasni said...

sedih nye x dapat join k.su n d geng. sy tau bile lagi nk buat reunion.. kat majlis kawen sy bln 10 nti..hehe.