Tuesday, April 21, 2009

Fruit of passion...



Kegagalan dalam perniagaan yang diusahakan pada tahun 1998 tidak pernah mematikan semangat beliau untuk terus berkarya. Biarpun diasak pelbagai kesulitan dalam perusahaannya, di samping terus-terusan diuji dengan ujian2 yang mengganggu kesihatan dan mentalnya di sepanjang perjalanan, beliau tidak tunduk kepada sebarang tekanan.

Beliau terus berjuang mempertahankan apa yang diminatinya. Katalah apa saja yang boleh melunturkan semangatnya, beliau tetap gigih memintal impian dan harapan. Sepuluh tahun berada dalam kekecewaan kerana usahanya hancur, kini beliau bangkit dan mampu tersenyum megah.

Dua bulan lepas, kedai beliau didatangi pelanggan yang inginkan satu set barang kemas, diperbuat dari emas 916, batu nilam biru dan berlian. Bertungkus lumus beliau mencari; di celah2 kesempitan kewangan, beliau harungi kesukaran itu...

Akhirnya, beliau berjaya menghasilkan apa yang tertera di atas. Net price, RMxx,xxx.oo. Alhamdulillah. Saya gembira melihat wajah beliau yang asyik tersenyum. Beliau telah berjaya memecahkan kebuntuan beliau dan telah berjaya mencipta satu project breakthrough. Hanya kesyukuran dapat saya panjatkan atas kurniaan Allah kepadanya. Seorang yang penuh dengan kekuatan semangat dan kegigihan.

Itulah dia, Boss saya, Naha. I am proud of you, dear!

5 comments:

Zabs said...

Salam Suria,
Tahniah kepada (Naha) anda dan keluarga.
Semoga kejayaan ini akan diikuti dengan projek yang lebih besar lagi, InsyaAllah.
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." Surah:98 Ayat:6.
Wallahua'lam.

manlaksam said...

Tahniah untuk Naha!
Semoga akan dapat projek yang lebih besar lagi.

Suria Kelang said...

Pak Zab,

Thanks. Besar maknanya tu...

Pak Man,

Terimakasih atas doa.

Raden Galoh said...

Su...
Pertamanya tahniah kepada Naha dia atas kegigihan.

Keduanya tahniah kepada Su juga yang merasai kepuasan dari semangat kegigihan Naha.

Ketiganya nanti saya sms you bila nak drop by kat ofis you bagi buku saya sebuah itu ye...

Keempatnya saya suka bebeno le... nengok jewellery dalam kotak tu... nengok harganya,alahai...nengok ajee lee...

Kelimanya saya kena ke kedai Naha nak nengok batu kegemaran saya ni... hehehe

naha said...

Assalamualaikum,

terima kasih semua atas galakan serta doa. baru tadi puan punya brg selesai menerimanya dengan puas hati.. syukur sy tak terhingga, Alhamdulillah.