Di sekitar awal tahun 94, saya dipelawa untuk menyertai CELCOM, syarikat talipon mudah-alih pertama di Malaysia. Saya diberi jawatan Pengurus Kewangan dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga satu jabatan. Boss saya, seorang lelaki tampan yang amat saya kagumi. Religious, baik, sopan, setia... Namanya Amran Othman. Beliau adalah Vice President di situ dan antara pioneer di Celcom. (Amran meninggal dunia pada tahun 2003 kerana kemalangan jalanraya.)
Bersama saya di jabatan kewangan adalah sekumpulan anak2 muda yang penuh dengan 'keletah'. Nama2 seperti Nik Rodiani (Mok Nik), Suhairy (Aji), Syed Jamal, Haliza (Liza), Fatimah (Tim), Nizam, Pian, Anis, Hata, Raj, Collin, Sasi, Fahmi, Tahir, Man, Ma'ey, Marini, dan beberapa lagi nama yang saya lupa...
Pejabat kami di Jalan Sekilau, Cheras. Dalam satu kejadian, berlaku kebakaran yang memusnahkan satu tingkat dari pejabat tersebut. Makanya, pihak Bomba tidak membenarkan kami menduduki pejabat itu sehingga disahkan selamat. Berangkutlah kami ke Wisma Dani di Taman Maluri, dan berhimpit2 bersama server, desktops, files dan segala yang berkaitan di dalam sebuah bilik mesyuarat!
Keadaan di dalam bilik itu memang cukup sesak. Kesemua kami, termasuk Amran, berhimpit di situ. Di bawah meja mesyuarat yang panjang tu kami susun files. Bila nak cari file, kami kena mencangkung... Selalunya bersila langsung...
Bising tok sah cerita. Kakitangan saya ketika itu berusia antara 21 - 26 tahun..(Amran yang paling tua, 35 tahun. Saya, 27 tahun...muda tuh...hehehe.) Ada saja yang membuat mereka semua ketawa besar. Bukan hanya kerana lawak, kami juga ketawa kerana keadaan tempat begitu merimaskan dan menyukarkan kami menyiapkan kerja. Namun suppliers masih perlu dibayar (kadang2 dengan suppliers duduk sekali berhimpit dalam bilik tu...), gaji kakitangan masih kena masuk ujung bulan, akaun masih perlu dikeluarkan dan belian masih terus berjalan. Kami sebenarnya enjoying the frustrations....!
Di luar bilik mesyuarat itu terletak cubicals jurutera2 operasi dan network planning. Mereka ini semuanya 'pendiam'. Buat kerja sorang2, berkawan dengan pensil, pembaris dan jangkalukis serta peta. Terperanjat bila mereka ditemani dengan gelak tawa dan hiruk pikuk kami...
Di satu petang, sedang kami riuh menyiapkan kerja, seseorang bernama Hamdan masuk dan tiba-tiba menjerit,"You guys!!! Can you please SHUT UP???? I cannot stand!!!".
Suasana tiba-tiba jadi sunyi sepi...Kami semua terperanjat melihat wajah Hamdan yang merah padam di muka pintu. Berdebar jantung saya...Saya lihat Hamdan dah macam Hulk.(Badan lebih kurang pun....).
Dalam senyap tu, terdengar suara, halus je bunyinya..."I cannot stand...I want to sit down..." Apalagi, berderai kami semua ketawa!!! Hamdan berlalu dengan marahnya, manakala tumpuan kami beralih kepada Tahir....
Sampai sekarang momen itu masih jelas tergambar di kepala saya... Tahir kini diberitakan telah menjadi taukey kantin yang berjaya di Seremban. Hanya tinggal sekumpulan kecil dari kami yang masih di Celcom. Namun, kami masih kekal bersahabat hingga kini dan dihubungkan melalui facebook. Hari ini, saya akan makan dengan Tim, yang masih cun melecun dan berhati waja...
4 comments:
Salam Su...
Celcom di Jalan Sekilau ye... Sy kenal seseorang di situ... Dalina rasanya namanya.
Kenangan seperti ini yang akan menjadikan berpuluh tahun ia berlau terasa masih seperti semalam ia berlaku kan?
Esok giliran sya pula kan?
K Su,
Teringat dulu Minah2 yg suka maki hamun org kat blablabla. Tragedi paling dasyat yg takkan sy lupakan smpai ke hujung hayat sy. Kena maki sampai menangis? tp disembur lagi dgn 'Pls la do not cry! I cannot think'.. Dlm hati uwahhhhhhhhhhhh... (hanya yg berkenaan shj yg memahami). Kekuatan sy masa tu, fikir utk mencari rezeki fikir anak2 dan keluarga. Allah hu akbar!
salam aunty suria.
im asyraf. Amran's son. terbaca blog aunty. heheh.. saja2 google nama ayah di tengah malam ni. tak sangka ade yg menceritakan kisah nya walaupon sedikit. btw, how r u aunty?
do u hv facebook?
plzz add me at http://www.facebook.com/profile.php?id=1233155201
tqvm. :)
Post a Comment