Monday, June 29, 2009

Di perantauan

Baru saya rasa bagaimana sakitnya merindu. Pagi petang siang malam saya merindu. Kosongnya hati ini tiada siapa yang tahu. Di pejabat saya terasa sunyi, di rumah lagi sunyi.

Saya rindukan kehidupan saya. Kehidupan saya berkisar di kalangan anak2 saya, suami saya, kucing2 saya, pejabat saya, kawan-kawan saya, adik beradik saya, bahasa saya, pakaian saya, makanan saya.... Di sini, saya kehilangan kesemua itu. Biarpun kehilangan itu diganti dengan kehidupan sosial yang lebih menarik, namun ia seolah tiada makna...

Setiap malam saya akan tidur bertemankan teddy bear Abo yang berbau Abo. Busuk tetapi menenangkan. Buku2 menemankan saya biarpun saya bosan untuk membacanya lagi. Internet sahabat rapat saya dan saya akan naik darah jika saya tidak dapat connection. Berulangkali saya buka laman facebook saya untuk berkomunikasi dengan kawan2. Saya habiskan paling sedikit 100 Rupee sehari membuat panggilan talipon ke anak2 saya...hanya untuk mendengar suara mereka yang akhirnya membuat saya menangis!

Baru kini saya faham apa yang dimaksudkan dengan rindu... Boleh jadi gila dibuatnya!

4 comments:

Dearie Pearls said...

Puan kat India..?

aduh...
ciannya puan rindukan mereka...
mereka juga pasti rindukan puan..

saya boleh rasakan kerinduan itu..

Puan take care ok..

UMMI AUNA said...

ALLAAAA KESIAN KAT PUAN.. ANYWAY JAUH DI MATA DEKAT DI HATI...
PUAN DI KESEMPATAN INI JUZI NAK BAGI TAU YG 7 JULAI NI, MAJLIS PERTUNANGAN JUZI DGN OLEY. BUAT KAT KAMPUNG... N THEN 27 DEC 09 MAJLIS PERSANDINGAN KAT RUMAH JUZI & KAT SEBELAH OLEY 3 JANUARY 2010. HARAP PUAN DAPAT MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KAMI NANTI... SALAM

Suria Klang said...

Juzi and Rekha,

Thanks sebab sentiasa bersama saya. Tahniah Juzi...Saya doakan semoga Juzi berbahagia bersama Olie. Ajak Lala datang masa majlis tunang Juzi. Insyaallah kalau tak ada aral, saya akan bersama di majlis perkahwinan Juzi nanti...

Rekha bila pulak? Saya nak ke sabah ni...

Dearie Pearls said...

Mmmm...
Errrr...

Tak taulah Puan...

Semestinya Puan tahu tanggungjawab yang saya pikul dengan rela kan...

Masa sekarang, saya tak ke arah tu lagi...
hehehehe....

*blushing*