Semalam, 6 Julai 2009, merupakan hari bersejarah buat saya, secara peribadi. Saya dan rakan2 berjaya dalam menganjurkan "JV Signing Ceremony" di hotel Taj Coromandal, Chennai, India. Jemputan yang datang, wow!!! penuh sesak dewan Ballroom. Pihak Press juga memenuhi ruang. Bosses dari Malaysia dan Singapura turun memeriahkan majlis. Siap ada majlis penganugerahan (Big Boss saya disarungkan shawl yang diperbuat dari bulu kambing yang hanya ada di puncak gunung di Kashmir, harganya...boleh dapat sebiji motosikal...!). Orang2 kaya dan business owners di Chennai pun turun...
Saya, dalam baju kurung batik, menyibuk berucap di sebalik rostrum. Kecut perut dan suara macam nak tak nak je keluar... Lepas tu, dikerumuni oleh pihak Press. Dan, selepas itu, puluhan manusia datang mengucapkan tahniah dan harapan agar saya dan syarikat yang saya baru tubuhkan (bukan milik saya. Ianya sebuah syarikat usahasama Malaysia-India, 70:30, dengan modal permulaan lebih RM6 juta. Saya hanya seorang kuli yang diberi amanah untuk menerajui syarikat ini.)
Selepas majlis gilang gemilang itu, kami kemudiannya menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah. Saya bukan salah seorang darinya, saya hanya seorang kuli yang bertanggungjawab untuk memberi lapuran.... Dari situ, kami ke rumah salah seorang pengarah syarikat yang juga pengarah dan pemilik puluhan syarikat lain, untuk high-tea. (Lunch kat hotel...briyani etc). Mamat ni Indian yang English educated, jadi dia ada English taste yang very expensive. (Dia asyik puji baru kurung batik Terengganu yang saya pakai...). Makanan yang dihidang punyalah sedap, pinggan mangkuk oriental, napkin Givenchy, sudu bersalut emas, etc etc.... Best kan? Dunia...!!!! Hahaha....!!!
Malam tadi, kami dijamu oleh 'bapak' saya kat sini, Mohamad Hasan namanya. (Beliau juga pemilik dan pengarah berpuluh syarikat. Dulunya seorang saudagar berlian). Di rumahnya lah saya selalu menghabiskan masa saya bersama keluarganya setiap kali saya di sini. Banyaknya makanan....Briyani kambing, kimma, ayam tandoori, ikan bakar, dan pelbagai dessert yang dihidangkan...Memang enak-enak belaka...
Pagi ini, bila saya lihat wajah di cermin, saya nampak 'dark circle' di bawah mata saya, kulit muka mengelupas, uban mula menampakkan diri...dan betis saya...mak ooii...penatnya!!!
Inilah peluang yang saya perolehi. Inilah nikmat yang Tuhan beri. Siapakah saya untuk mendustakan nikmat Allah?
10 comments:
tahniah puan... kan seronok kalau saya ade kat situasi tu, cukuplah sekadar memerhati dari jauh, senyuman puas dari bibir puan... heheh... puan happy sye tumpang sekali... miss u...
Juzi, hard work pays off!
congratz Aunty, U r cool! :D
As usual i'm always comment just like kak dee......:)
hi mama sue,lama xjmpa!
:: hebat... tahniah... kita perolehi apa yang yang kita usahakan, begitulah selalunya, insyaAllah.
Salam..
Tak sangka jumap blog u ..
Belum ada kesempatan nak baca lagi.. nanti..
Buat apa jauh2 sangat tu dan mcm mana boleh ada kat situ..lama tk dengar berita
XTIKL..
irbudan,
siapa yek? please call me at 017-3209050. kalu xtikl, maknanya dah hampir 30 tahun x jumpa...
Saya dulu sama class M3
Dan dikatakan orang yg paling sombong di TI. Saya duduk dengan Siti (lupa nama dia) dan saya sorang je dlam class tu yg duduk dgn perempuan..
Ring any bell???
Khairul Badri Hanafi? Saya masih ingat. Dok kat depan sekali, dengan Siti Jamiah, yang comel2 tu. Masih di TNB? Camana nak contact?
Semoga semangat Puan ada dlm diri saya..
You always be my Idol..
Post a Comment