13 Ogos 2009, saya diberi peluang untuk memberi ceramah kerjaya kepada penghuni kampus UiTM Segamat. Program yang dikendalikan bersama oleh Pusat Kerjaya dan Kaunseling dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Johor merupakan satu cara pembelajaran berdasarkan pengalaman yang tiada dalam mana2 penerbitan.
Saya teruja namun resah dan takut kerana saya perlu berucap di hadapan pelajar universiti yang hebat2 belaka, dan yang paling membuat perut saya banyak 'butterflies' ialah kerana di sebelah saya nanti adalah Professor saya, dan di hadapan saya, kawan saya, Nur Syuhada juga anak saudara saya, Sarah. Kehadiran Boss dan ABo yang menemani saya juga akan menambah kekalutan saya...
Pihak UiTM menempatkan saya di sebuah hotel comel di bandar Segamat (kali pertama saya di Segamat), dan saya dijemput oleh pemandu UiTM untuk ke kampus yang nyaman itu. Teruja yang amat sangat saya dibuatnya kerana kami disambut oleh 'riders' dan kemudiannya bagaikan star, saya disambut meriah oleh barisan anak2 muda pemimpin MPP. Ramainya yang hadir...
Saya kongsikan bersama anak2 pelbagai kisah di sepanjang kerjaya saya di India dan di Malaysia, juga sejarah hidup saya yang tidak pernah dibenarkan keluar dari Kelang oleh kedua ibubapa saya dahulu, namun kini saya membina kerjaya di negeri orang. Kadang2 anak2 ini bertepuk dan bersorak bila sesekali saya buat lawak, soalan2 mereka juga lebih menjurus kepada bagaimana saya bina kekuatan diri; apatah lagi saya bayangkan kepada mereka yang saya punya kehidupan keluarga bahagia, kerjaya yang baik dan kekasih yang setia...
Saya kongsikan bersama mereka yang saya seorang pengecut, namun saya beranikan diri kerana yakin Tuhan akan mudahkan segala urusan saya dalam apa juga yang saya lakukan. Saya ingin anak2 ini tahu bahawa keseluruhan bumi ini milik Allah, dan mereka berhak untuk mencari rezeki walau di ceruk mana sekalipun. Yang penting, jadi diri mereka sendiri. Jangan gadaikan kehormatan dan keimanan mereka dengan wang ringgit dan kedudukan. Tiada apa yang perlu ditakutkan jika kita yakin dengan sepenuh hati yang Tuhan ada bersama kita.
Saya berpesan kepada anak2 ini tentang betapa pentingnya untuk mereka patuh dan taat kepada ibubapa, mereka juga perlu melompat lebih tinggi untuk dikenali dan diingati, mereka perlu menjadi the creme de la creme kerana persaingan di luar amat sengit, mereka perlu belajar konsep 'learn, re-learn and un-learn', mereka kena faham dan hayati konsep redha dan tawakkal, harus mengambil peluang, kena cabar diri dan keupayaan supaya mereka lebih kreatif dan menjadi lebih baik, selain dari kenyataan bahawa hidup ini adalah mengenai pilihan... Dan, yang paling penting, mereka harus banyak meminta kemudahan dari Yang Maha Kuasa.
Sedar tak sedar, 2 jam berlalu dengan pantas. Anak2 ini masih tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Malah, kehadiran bertambah hingga penuh keseluruhan dewan. Saya gembira apabila diberitahu bahawa kebanyakan pelajar benar-benar inspired dengan cerita2 saya. Saya doakan mereka berjaya menjadi insan terbilang dunia dan akhirat.
Saya juga pasti UiTM Johor akan bertambah makmur dan mewah di bawah pentadbiran kakitangan yang penuh dedikasi. Saya bangga kerana sahabat saya, Prof MKI telah berjaya dalam memakmurkan kampus indah itu, terutamanya Masjid As-Syakirin yang tenang dan nyaman.
Sebelum pulang ke Shah ALam, saya sempat berpusing2 di dalam kampus dan singgah sebentar di masjid untuk dhuha. Ramai juga yang kenal kami, hai...terasa fofular lah pulak...
Saya pasti akan datang lagi ke UiTM Segamat jika diundang....terimakasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi...
6 comments:
best kalau tht time saya dapat mendengar ceramah Puan tanpa pengetahuan Puan saya berada di kalangan pelajar..
even pernah menjadi pelajar Puan tapi tak pernah lagi duduk mendengar ceramah Puan. Mesti best...
dapat saya bayangkan....
rindunya ngn Puan...
Puan dah sihat dah...?
Saya dah sihat. Ada di India sekarang...
Puan Suria,
Seronok mendengar pengalaman puan. Dan juga tak lupa 'pose' comel Abo yang tertidur gaya professor...tu.
Moga sihat selalu di India, take care!
Selamat menyambut Ramadhan!
Syabas K Su
am so proud of you sis...
Semoga su semakin berjaya di dlm hidup dunia dan akhirat... amiin.
go...kak su go...
Post a Comment