Monday, August 31, 2009

Rasa hati seorang tua...

Kita selalu diceritakan tentang perasaan seorang tua - sensitif, mudah jauh hati, mudah tersinggung dan rasa tidak dipedulikan...

Kawan saya bercerita tentang ayah mertuanya yang baru lepas dioperasi. Dalam pada sakit, sempat merajuk kerana anak lelakinya tidak datang melawat. Lagilah terasa sakit. Kata kawan saya, susahnya nak jaga hati orang tua...

Saya termenung. Eh, saya rasa saya pun dah tua la. Entah kenapa, saya rasa jauh hati dengan.... Saya suka sangat tengok orang yang menerima hadiah; dan saya sendiri suka terima hadiah. Bukan sebab hadiah tu, tapi penghargaan tu sebenarnya....

Nak raya ni, ramai orang beli macam2 hadiah nak bagi kat emaklah, nenek lah, makcik lah, kakak lah.... Sepanjang cuti hujung minggu, saya tolong Boss di kedai. Ramai pelanggan datang nak beli selendang lah, kerongsang lah, beg lah... "Kak, cantik tak kalau emak saya pakai warna ni? Emak saya tu badan lebih kurang akak, putih2 cam akak gak...." Selalunya itulah yang pelanggan tanya.... Makanya, saya pun dengan gumbira akan beritahu apa yang saya suka...mudah2an emak/makcik pelanggan tadi suka bila terima pemberian tersebut.

Bila agaknya saya akan terima pemberian ye? Adik ada, anak pun ada, anak sedara melambak2 ramainya.... Tak pernah pun dapat....!!! (Hehehe...orang tua dah jauh hati dah ni....!)

3 comments:

Dearie Pearls said...

Aduh..
Mcm pedas pulak ni terasa..

Hehe..

Unknown said...

suria,

saya juga begitu. senang terasa especially dengan anak2. hehehe.

tapi org tua pandai simpan perasaan hati...teringat lagu dahlan zainudin..."Walau pun kau tersenyummmm, namun tak seorang pun tau...apa rahsia hati mu!"

Suria Klang said...

Pp,

Saya suka lagu tu...ingat2 lupa! Yang saya teringin ialah menerima pemberian tu. Kalau setakat nakkan benda, beli sendiri pun lebih dari mampu...Sebenarnya, the thoughts yang paling saya harapkan...tapi cam tak de je orang ingat kat saya????

Rekha,

Tulisan saya tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati...ahaks!!!!