Monday, September 14, 2009

Satu pagi menjelang raya...

Sepanjang Ramadhan ini, saya sering membantu Boss di lot promosi beliau di Kompleks PKNS Shah Alam. Jumlah pengunjung yang kadang2 teramat ramai, terutamanya di hujung minggu atau cuti umum, memaksa kami semua turun padang.

Saya suka memerhati pelanggan yang datang. Pelbagai ragam, kerenah, peel, sikap dan banyak lagi yang boleh dipelajari. Selalunya kami ambil yang cantik dan kami buang yang buruk. Ia memberi peluang untuk kami muhasabah diri, memohon keampunan dari Illahi jika sesuatu perbuatan itu menjolok mata.

Namun, satu-satunya peristiwa yang membuat airmata saya mengalir deras ialah ketika saya melayan seorang makcik, berusia sekitar 60an, yang datang bersama anak perempuannya yang sudah agak sebaya saya, untuk membeli tudung raya.

Saya cukup terusik melihat kemesraan mereka berdua. Emak malu2 ketika diusik anaknya yang memuji kecantikan si emak yang mencuba menyarungkan tudung yang penuh mengerlip2. Manja sungguh emak pada anak, begitu juga anak kepada emak.

Saya termenung sejenak memerhati gelagat mereka, sambil terbawa mengimbau kisah lama. Saya belum berkesempatan, sebenarnya, membawa emak membeli-belah bersama....

Ketika dia pergi, saya masih belum mampu membawa beliau membeli-belah.... malah beliau yang sering membelikan persiapan Raya saya...Alangkah indahnya jika saya berpeluang berjalan2 dan membeli-belah bersama seseorang yang amat saya sayangi...

Saya tersedar ketika makcik tadi menghulurkan dua helai tudung kepada saya sebagai tanda setuju. Cepat2 saya kesat airmata. Terkejut makcik ni melihat saya yang menangis... "Kenapa?" tanyanya sambil memegang lengan saya.

Saya ketawa....sambil saya katakan pada anaknya..."Jaga mak ye?" Mereka terkedu... wajah mereka penuh persoalan. Saya sambung lagi... "Saya dah lama hilang emak....". Spontan makcik tadi memeluk saya dan berkata..."Ini kan mak? Doa banyak2 untuk dia, ok?"

Memori indah beraya bersama emak dan bapak akan terus kekal dalam ingatan saya. Saya ingin bersama mereka, memeluk dan mencium mereka... Cepat benar mereka pergi...

Tuhan, berikan keberkatan buat Haji Idris Abd kadir dan Hajjah Saadiah Sujak di sana... Amin.

2 comments:

Irfa said...

SALAM PERKENALAN DR SAYA..
dr blog prof kamil..en3 ni membuat saya sebak.teringat ibu di kg,x sabar tunggu raya nak jumpa mak ayah dan adik2..

salam aidilfitri in advance dr saya

Rosham said...

slamat hari raya puan. semoga puan sekeluarga sihat dan gembira di hari raya ini. saya ingin memohon maaf atas salah silap saya sepanjang menjadi anak didik puan..
* pn raye kat ne?? raye nanti klu saya datang umah puan boleh?? saya tak balik raye...:-(