Sunday, October 18, 2009

Cleansing...


Jimie baru keluar dari Bilik Bedah

Lala senyum dalam kesakitan di Normah Medical, Kuching

Saya menghadapi waktu sukar awal bulan ini di India. Dalam pada sibuk dengan demo dan presentations, saya mendapat khabar Boss sakit di rumah. Selepas mendapat rawatan di hospital, Boss sembuh dan paling saya suka melihat senyuman manisnya ketika menyambut saya di KLIA... (Chennai yang kering hampir banjir dengan airmata saya...huhu.....)

Bulan Ogos lalu, saya menjalani pembedahan tangan. Abo ditahan di wad 2 kali dalam masa sebulan pada Mac dan April lalu. Pulang dari India, saya terpaksa meminta pertolongan Jamil dan Ros untuk menghantar puteri saya ke hospital kerana asyik sakit. Acute gastrick rupanya. 2 hari dirawat di Normah Specialist..

T, sahabat baik saya di India mengesyorkan saya mencari 'air' - sebagai usaha 'cleansing'. Ini kerana keluarga saya asyik sakit. Saya hanya tersenyum dan kata "yes, sir. I'll do it."

Semalam, seperti biasa pagi Ahad, saya dan Boss akan ber'dating' di Pasar Besar Kelang; membeli ration untuk seminggu. Sedang saya memilih bawang dan kentang, Jimie menalipon..."Ma...balik cepat. Tangan Mi darah banyak!!!"

Boss tekan pedal minyak selaju2nya....dan terus bawa Jimie ke DEMC. Doktor sarankan pembedahan kerana banyak serpihan kecil berada dalam luka sepanjang 7 cm itu...Ahh!!!! SPM lagi 30 hari...Jimie mula meratap. Huh...everything happens for a reason...

Saya teringat kata2 T sambil saya dan Boss termenung menanti Jimie keluar dari bilik bedah. Apakah sebenarnya yang kami alami? Cleansing? Ye...saya anggap kami sedang melalui fasa pembersihan...Kami sekeluarga sedang diuji dan ujian ini adalah untuk membersihkan diri kami.... Saya beritahu Boss apa yang saya fikir. Boss juga setuju... Benar. Inilah 'cleansing' process kami....Alhamdulillah.

8 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Puan,
Kenapa dengan Jimie?
I mean, kaca..?

arsaili said...

salam..moga semuanya akan pulih seperti sedia kala..ameen

nabilla naha said...

...i'm still sick...

Dalilawati Zainal said...

what happen to jimmy kak su?

Suria Kelang said...

Terimakasih semua atas doa.

Pearl/Dell: Jimie kena tiles pecah...termasuk dalam tapak tangan dia.

Kak: Makan ubat ye?

Ummi365 said...

semoga semuanya akan kembali normal.. tabahkan hati

Dalilawati Zainal said...

K su, kes Jimi lebih kurang sama dengan kes anak sedara saya a few weeks b4 UPSR. Urat di kakinya kena tile yg pecah masa mandi (biasa le...boy..mandi punyalah sakan...sampai kaki terkena tile pecah dalam bilik air. Kena jahit...sib baik leh recover b4 exam. My sis pula kena sakit saraf (kat tangan), kes lebih kurang k su. Me.. busy dgn kes Irfan pneumonia, similar to Abo. Ujian Allah...Insya-allah, ada hikmah di sebaliknya..

LotsOfLove-Pearls said...

Semoga semuanya baik2 saja Puan..