Duit Raya
Saya terpanggil untuk menyertai pertandingan menulis yang dianjurkan oleh seorang blogger dermawan, Pak Payne, sempena harilahirnya pada 26 Ogos lalu. Syaratnya: penulisan tentang Ramadhan yang paling mengesankan. Tidak kurang dari 2608 patah perkataan dan hadiah utama RM2608.
Sebaik membaca notis tersebut, saya mula menulis. Menulis dan menulis tanpa henti. Saya mula menulis selepas solat Maghrib dan mengakhirinya setakat 2696 patah perkataan pada pukul 1045 malam, dan selepas membaca semula sekali lalu, saya emailkan tulisan saya.
Saya lupa tentang penyertaan saya sehinggalah saya dikunjungi oleh Pak Payne dan anak terunanya, Adlil, pada tengahari 7 September. Pak Payne menghulurkan tangan dan mengucapkan tahniah. Saya agak terpinga-pinga....dan bibir saya terasa kaku....
Saya menangis....tentunya di dalam hati. Malu untuk mengeluarkan airmata di hadapan insan mulia itu... Tulisan saya adalah sesuatu yang sangat ekslusif... Saya menulis dari hati... Kehilangan kasih yang pergi untuk selamanya di satu hari di bulan Ramadhan berbelas tahun lalu. Saya khabarkan kemenangan ini kepada Boss dan anak-anak...dan saya minta mereka baca tulisan kemenangan saya itu yang dipaparkan di blog Pak Payne. Saya dapat lihat mata Lala yang berkaca...tentunya menangis. Boss memeluk erat kepala saya selepas beliau membacanya... Jimie kata..."Ma, jadikan kisah ini novel, dan royalti dari tulisan Mama boleh dijadikan pendapatan buat mereka..."
Hadiah kemenangan saya itu adalah duit Raya Amira, Akmal dan Afiq.... mereka menerimanya dengan sedu sedan selepas membaca penceritaan saya. Bila saya war-warkan kepada ahli keluarga yang lain...mereka juga kehilangan banyak airmata ketika membaca... Ita? Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Dia meraung sebaik menarik saya dalam pelukannya di hariraya pertama lalu... Semua yang melihat juga menangis...Oh Tuhan. Ampunkan aku....Aku bahagia dengan nikmat yang Kau beri padaku.
Alhamdulillah...ini cubaan pertama saya menulis setelah sekian lama. Hasilnya cukup lumayan. Saya akan teruskan, Insyaallah.....
Khabar paling istimewa dan berharga
Saya mendapat perkhabaran. Tidak dapat digambarkan rasanya. Tiada kata seindah bahasa untuk dilafazkan.
Yang paling ketara, saya ketakutan. Saya sesak nafas dan sebak dada.
ALhamdulillah, saya mendapat surat tawaran menjadi tetamu Allah di musim Haji ini bersama Bos, Abang Nasir, Kak We, Kak Non dan Abang Husin.
Ketika membaca baris-baris ayat di dalam surat Tabung Haji, saya hanya nampak tulisan yang kabur.... Airmata mengalir deras. Subhanallah.... Maha suci Allah... Saya terlalu sebak.
Saya angkat talipon. Saya khabarkan kepada dua insan yang sering bersama saya... dan Haji adalah sesuatu yang amat istimewa kepada mereka. Prof MKI dan Kak Connie. Prof kata... Alhamdulillah. Tahniah. Kak Connie menangis, katanya... "Congratulations dear... You never give up hope... Buat sujud syukur right away."
Saya rasa kerdil. Saya rasa terlalu banyak dosa. Saya selalu leka dengan helah dunia. Saya mahu berhijrah, menjadi manusia yang lebih baik. Saya amat mengharapkan rahmatNya. Saya amat mengharapkan keampunanNya.
Doakan saya mendapat kemudahan dalam segala urusan saya. Doakan saya agar saya berjaya dalam menempuhi dimensi baru kehidupan saya....Saya amat bersyukur.
7 comments:
Tahniah!.....kalau ada rezeki mudah-mudahan Pak Man akan jumpa dengan Naha di Masjidil haram tahun ini. Sama-samalah kita berdoa.
Salam Pak Man...Tahniah buat Pak Man juga... Mudah2an kita ditemukan di rumah Allah nanti...Subhanallah... istimewanya persahabatan ini....
Subhanallah. Tahniah!
Menjadi tetamuNya merupakan salah satu anugerah yang tak ternilai dalam hidup kita. Pengalaman saya menjadi antara tetamuNya pada tahun 2008 sesuatu yg saya amat syukuri. Ada teman bertanya, kenapa begitu awal usia mahu pergi ke sana. Bagi saya itu bukan urusan saya. Itu adalah ketentuanNya. Dia mahu saya jadi baik lebih awal. Diberi kesedaran lebih awal. Hanya Dia yang tahu apa hikmahnya.
Dalam hidup kita ini, ada dua peristiwa penting orang akan meraikan kita. Pertama, saat dan masa perkahwinan kita. Diadakan kenduri. Makan besar. Tahlil dan doa selamat. Salam berisi. Saat kedua, tatkala kita menjadi bakal haji/hajah. Makan, tahlil, doa selamat dan salam berisi menjadi adat terbiasa masa kini. Kita diraikan. Malah lebih hebat saya rasakan berbanding masa majlis kahwin. Subhanallah. Moga puan dan abg Naha akan merasai nikmat tersebut sekejap masa lagi.
Dan pesan saya dan pesan sbgmana org2 yg terdahulu..banyakkan bdoa, sholat sunat taubat setiap waktu, bangun malam (tahajud)dan yg paling penting banyakkan bsabar apabila mhadapi dugaan.
Jadikan kelemahan orang lain sbg kekuatan kita. Org lain suka buang sampah, kita jd pgutip sampah. Org lain berebut, biarlah mereka. Kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hak kita. Moga selamat pergi dan selamat pulang. Maka bermulalah perjalanan mencari haji/hajah yang mabrur..
...hj.adely.sura
Tahniah.. anda dikatagorikan dikalangan orang hebat2
Tahniah ma'am....ibu saya pun sama dpt menjadi tetamu Allah..
Selamat menjalani pengembaraan ibadah yang tentunya amat hebat. semoga mendapat haji yang mabrur.
Post a Comment