Tuesday, December 21, 2010

Keyakinan yang tinggi

Sewaktu menyedari saya tidak lagi berjalan di sampingnya, Boss mula berdebar. Pelbagai persoalan menerjah fikirannya. Ingin saja beliau lari ke belakang dan berpatah balik, namun beliau terikat dengan kerusi roda yang ditolaknya yang tidak memungkinkan beliau membuat 'instant reflection'. Apa yang dapat beliau lakukan hanya beristighfar berulang kali.

Boss segera merancang sesuatu dengan Kak We. Beliau yakin yang saya akan berada di spot-spot tertentu. Mula-mula, beliau panjat divider jalan, tempat askar-askar berdiri memerhati keadaan jalan. Beliau cuba mencari payung warna merah, namun yang kelihatan hanyalah lautan manusia.... (Nota: Selepas bertukar cerita, baru kami perasan yang pada ketika sama, saya berdiri di bawah tempat Boss berdiri...cuma di sudut lain, yang jaraknya cuma beberapa langkah....Bila berada di tempat tinggi, kita memang jarang melihat ke bawah...Kita melihat ke depan! Subhanallah!)

Selepas gagal mencari saya di situ, Boss meminta Kak We singgah dan mencari saya di salun tempat beliau bercukur pada 10 Zulhijjah (tahallul awal) sementara Boss menolak kerusi roda perlahan-lahan sambil memerhati. Kak We kemudiannya menunjukkan isyarat 'tiada'.

Boss beritahu Kak We "Dia akan tunggu di pintu masuk terowong". 21 tahun lebih bersama, Boss boleh baca tindakan yang bakal saya ambil. (Nota: Saya memang menunggu mereka di pintu masuk terowong!). Sampai di terowong, mereka tidak melihat saya. (Nota: Selepas bertukar cerita, rupanya mereka masuk ke terowong kanan, iaitu terowong Mekah-Mina yang dibuka untuk perjalanan Mina-Mekah, sementara saya menunggu di terowong kiri Mina-Mekah!) Petir dan guruh mula sabung menyabung. Boss ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan melihatkan cuaca yang semakin buruk. Dalam hati beliau yakin yang saya akan berjaya pulang ke hotel dengan selamat.

Hujan yang lebat membuatkan sampah sarap terkumpul di tengah jalan di sepanjang terowong. Keadaan semakin sukar buat Boss untuk menolak kerusi roda. Boss mengambil jalan pintas, sambil berdoa memohon kemudahan dariNya - mengikut aliran air yang mengalir laju di bahagian tepi terowong. Perjalanan mereka semakin laju, selaju debaran di hati beliau.....

Akhirnya mereka sampai di dataran Kaabah. Logik akal berkata mustahil dapat berjumpa dengan saya di situ kerana manusia yang terlalu padat. Hujan masih turun, tetapi tidak selebat tadi. Boss kata pada Kak We, "Dia dah sampai hotel dah ni." Kak We balas, "Kalau dia tak ada?". Boss jawab, "Saya hantar Kak We dengan Abang Nasir sampai bilik, lepas tu saya patah balik susur jalan tadi....".

Dalam hati, Boss tidak berhenti-henti berdoa...."Kuatkan hatinya Ya Allah. Aku yakin dengan keupayaannya menghadapi ujianMu ini. Namun dia tidak akan berjaya tanpa izinMu Ya Allah. Berilah petunjuk padanya.....".

Sampai di meja reception, mereka dapati kunci bilik saya tiada. Ketiga-tiga mereka serentak mengucapkan Alhamdulillah. Mereka tahu saya telah pun selamat sampai. Boss terus naik ke tingkat 5 meninggalkan Kak We dan Abang Nasir di tingkat satu.

Boss cuba masuk ke bilik...berkunci. Lalu dilaungkan nama saya....Bila beliau terdengar suara saya menjawab, mahu saja dia melompat ke awan.....

Saya masih ingat pertanyaannya tatkala saya keluar dari bilik air....."Su mesti nangis kan?"

Sudah pasti saya menangis...bukan takut atau kecewa.... saya yakin Tuhan akan bantu saya. Cuma, itu lah caranya saya meluahkan kegundahan di hati....

Apabila dikenang kembali, kami berdua punya persepsi yang sama. Kami tidak menganggap apa yang berlaku sebagai hukuman; ia adalah ujian. Dan Allah menguji hambaNya untuk meningkatkan keimanan di hati mereka.

Saya sendiri amat bersyukur yang suami saya yakin dengan kemampuan saya, yakin dengan kesetiaan saya dan yakin dengan keyakinan saya....Mudah-mudahan kami tidak akan sekali-kali mendustakan nikmat yang Allah limpahkan kepada kami hingga ke akhirnya.....

13 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Alhamdulillah...........

Krafdunia Design said...

Alhamdulillah..begitu lah keadaannya. Resah, gelisah, debaran.. macam2. Sebagaimana yang diyakini, Allah tidak sama sekali mempersia siakan hamba jemputannya. Apa yang kami alami adalah sebahagian proses menimba ilmuNya..

Unknown said...

Alhamdullillah...cerita dari pengalaman Hajjah dan Haji menjadi inspirasi pembelajaran kepada kami pembaca...:-)
*Naha nangis tak?*<---soalan cepu emas?

Suria Klang said...

Pak Man,Alhamdulillah. Itu kurniaanNya. Mudah2an kita sentiada akur dengan aturanNya.

Boss, Alhamdulillah. Kita sama2 mendewasakan diri, bersama2....

Suria Klang said...

Anonymous, Salam. Naha nangis tak? Dia akan jawab...Mana ada.... Macho lah katakan...Saya tau lah..hehehe.. Terimakasih kerana memberi sokongan dan semoga mendapat manafaat....

Unknown said...

bakpo la tubek nama anonymous pulop tu...di atas tu ambo lah tu...

Pp

Suria Klang said...

Pak Payne...camana buleh kuar ANonymous pulak...alahai....maaf yang hamba pinta....Pi la tanya kat computer tu, bakpo kuar nama Anonymous??? Nama Pak Payne sedap lagi....

Krafdunia Design said...

Pp: Naha macho mana boleh nangis.. dlm hati sape tau kan. kalau tak dpt makan udang itu yg nangis

Mohd Adli said...

Gua rasa Naha yg nangis paling kuat. Masa tu dah tak macho. Aku tahu sgt si Naha tu....Ini Big Brother. Gua tgk senyum dia pun dah boleh baca.....Ai jgn marah hah....

dilla said...

salam puan...Alhamdullillah puan dan suami berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran tanpa putus2 berdoa pada AllahSWT...syukur pada yang maha ESA...kus semangat baca n3 puan...tak dapat nak bayangkan macamana perasaan puan dan suami ketika itu... Allahuakbar ...dengan manusia bertali arus berpusu2..saya yang baca aje ni pun dah lemah kaki tangan...dilla

norsiaha2003 said...

Kak Suria,
membaca cerita pertama saya sebak. Apabila membaca versi yang ini air mata mengalir. SubhanAllah.InsyaAllah Saya akan sentias ingat kata2 ini untuk dibuat sebagai pedoman hidup: 'Apabila ditempat tinggi selalunya kita tidak memandang ke bawah tetapi kehadapan".

Suria Klang said...

Dilla, jangan anggap apa2 yang berlau atas diri kita sebagai hukuman, anggap ianya ujian. Insyaallah kita akan berjaya mengatasinya.

Norsiah, memetikh komen suami saya..."apa yang kami alami adalah sebahagian proses menimba ilmuNya." Perjalanan Haji sesungguhnya adalah kursus motivasi yang TERBAIK.....

Insyaallah akan ada cerita lain yang menyusul...

lina said...

Alhamdulilah- maam selamat....berderai air mata saya baca n3 ini.