Tuesday, December 14, 2010

Lamanya berehat....

Lama sungguh saya menyepi...Kata omputih, saya gi "Soul Searching". Iye ke? Betullah tu...

Sejak 16 Oktober 2010 hingga 1 Disember 2010, saya dan Boss berada di tanah suci mengerjakan fardhu Haji. Alhamdulillah segalanya telah selesai. Kami berdua amat bersyukur kerana dapat melaksanakan satu kewajipan dan tentu sekali kami rasa terharu kerana kasih sayang Allah kepada kami hingga kami dapat bertamu ke rumahnya....makan minum tidur baring segala.... Tidak terhingga ucapan kesyukuran kami kerana dalam kepayahan, Allah beri kami kemudahan....sebanyak-banyaknya.

Apa yang kami pelajari di sana? Subhanallah, tidak terkira banyaknya. Insyallah jika ada kelapangan masa dan keazaman yang kuat, akan saya kongsikan pengalaman saya tatkala menjadi tetamu Allah....

Apa yang boleh saya simpulkan, perjalanan haji kami hampir keseluruhannya dipermudahkan. Andai ada peluang, tentu sekali saya dan Boss mahu pergi lagi menunaikan haji...kalau boleh setiap tahun. Istimewa sungguh rasanya....

Satu yang pasti - saya telah campak jauh-jauh hati saya yang penuh dengan kekotoran dan saya telah gantikan dengan hati yang baru...Mudah-mudahan ia kekal bersih berseri...

2 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah semua nya dah selamat.

lina said...

Assalamualaikum maam - Bagus la saya sgt nanti2 kan n3 tentang mekah. letak sekali gambar ye maam. Alhamdulilah semua baik2 seronok mendengar nyer.