Wednesday, June 22, 2011

Berkat doa...

Saya berdepan dengan situasi yang agak mengelirukan pagi tadi. Jantung saya berdebar-debar tidak keruan.

Sampai di pejabat, PA saya memaklumkan beberapa perkara yang menambahkan gusar di hati ini. Saya masuk ke dalam bilik dan berdoa. Tanpa henti. Apa yang saya pinta? Kekuatan hati. Saya pinta semoga ALlah berikan kekuatan kepada saya dalam menghadapi apa jua gangguan dari syaitan dan manusia dan ALlah mudahkan urusan saya.

Tanpa malu dan segan, saya pinta beberapa kakaitangan yang berada di dalam pejabat untuk mendirikan sunat 2 rakaat sambil bermohon agar Allah memberi kemudahan kepada saya dalam menghadapi situasi ini.

Tepat pada masa yang ditetapkan, sesorang melangkah masuk ke dalam pejabat saya. Saya serahkan segalanya hanya kepada Dia. Tidak sampai lima minit, urusan selesai dan saya tersenyum lebar....ALhamdulillah. Allah perkenankan doa saya dan semua yang terlibat.

Kami berjabat tangan dan saling mengucapkan selamat maju jaya.

Aku amat bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana kekuatan yang Kau beri kepadaku. Aku bersyukur kerana aku ada Engkau untuk ku serahkan diriku yang serba kekurangan ini..... AKu tidak akan mampu mengharungi kesukaran ini tanpa petunjukMu Ya ALlah....Ampunkanlah aku kerana aku manusia yang sering leka dan lena dalam keindahan dunia.... Berkatilah kehidupanku dunia dan akhirat. Amin....

2 comments:

lina said...

salam ma'am - Syukur ALhamdulilah amin. Semoga terus maju jaya Insya Allah.

Suria Klang said...

Lina.. Ye...saya amat bersyukur kerana Allah memberi kekuatan kepada saya, memperkenankan permohonan saya dan memudahkan urusan saya. Tanpa Dia, saya tidak berguna.

Semoga Lina sentiasa mendapat rahmatNya.