Sunday, January 15, 2012

Pasti

Sepupu saya meninggal dunia Sabtu lalu. Ketika mendapat khabar tentang pemergiannya, saya terkedu. Arwah seorang wanita yang menjadi idaman seluruh wanita. Cantik, bijak, terpelajar, lemah lembut, berkerjaya hebat, Muslimah sejati, punya suami yang tidak kurang hebatnya, kemewahan hidup dan punya anak-anak yang cantik dan bijak-bijak belaka. Arwah juga diuji dengan penyakit yang amat hebat - kanser.

Saya terkedu mengenang saat yang pasti akan saya lalui jua nanti. Hanya Allah yang tahu bila. Saya berdoa di ketika itu juga semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman; sementara keluarga yang ditinggalkan(termasuk saya sendiri) sentiasa mendapat rahmat dan perlindunganNya.

Sewaktu kami saudara mara berkumpul selepas solat Isya' di surau berhampiran rumah Arwah, saya sempat bersembang dengan Kak Zah, seorang sepupu yang juga mnerupakan pensyarah agama Islam saya di universiti dulu. Soalan cepumas Kak Zah kepada saya ialah, "Choyah mandikan dan kapankan jenazah tadi?"

Saya tergamam. Tidak tahu samada beliau bertanya sebagai seorang guru yang mahu anak muridnya mengambil bahagian dalam rutin yang amat signifikan itu, atau menguji samada saya akan mendabik dada membesar-besarkan sumbangan saya - jika ada.

Saya belajar banyak dari peristiwa sedih ini. Ia bukan sekadar menangisi satu kehilangan, ia merangkumi terlalu banyak sudut kehidupan.

Bak kata Ustaz Ghazali Ibrahim dalam tazkirah beliau di pejabat saya sewaktu kami menyambut tibanya 2012; "Segala yang ada di dunia ini tiada kepastiannya. Yang pasti hanya satu; iaitu mati."

4 comments:

lina said...

salam ma'am - matlamat lina hanya satu kini benar2 mahu mencari redha dan rahmat ALLAH....selain fokus dlm mendidik anak2 taat kpd penciptaNYA serta Rasulullah s.a.w empunya syariat. Benar sama sekali Kematian adalah sesuatu yg pasti...

Suria Klang said...

Lina....mari kita sama2 beristiqamah untuk melakukan kebaikan. Bukan kuantiti yg jd penunjuk aras, ttp kualiti dan konsistensi. Insyaallah kita akan sama2 menjadi penghuni jannah...amin.

lina said...

Ma'am Benar mari kita sama2 istiqomah yg sgt sukar utk dilakukan kadang kala kita hambaNYA sering terleka serta terlupa...itu yg lina cari selama ini selelah melihat satu2 insan2 tersayang di usia yg masih mentah telah pergi menghadap sang penciptaNYA...Dlm hati bertanya "sudahkah aku bersedia menpersembahkan activity sepanjang kehidupan aku ketika di dunia ini"

Ya Allah, Jadikan setiap usiaku ini adalah detik-detik mahabbah dan cinta padaMU walaupun aku belum mampu. Ya ALLAH, seribu dosa, seribu kesalahan telah banyak aku lewati namun wahai ALLAH, Engkaulah yang Maha Membalikkan seluruh dosa berubah menjadi pahala, maka Balikkan seluruh dosaku menjadi pahala, wahai ALLAH...

Suria Klang said...

Amin. Amin. Amin.