Monday, January 9, 2012

Minat dan kerjaya

Sejak kebelakangan ini saya dipertemukan dengan mereka yang mempunyai minat yang bukan kerjaya mereka.

Seorang akademia yang berminat dengan seni;

Seorang jurutera yang berminat dengan sastera;

Seorang pengurus pemasaran yang gilakan musik.

Kami bersembang tentang minat. Tentu sekali rakan-rakan saya terkejut tika mendapat tahu saya suka menulis. Apatah lagi saya gemarkan tulisan yang bercirikan autobiografi dan kreatif. Kami sama-sama ketawa bila saya kata "manalah tahu saya boleh menulis sebuah karya seperti Ombak Rindu yang sedang hangat di pasaran!".

Minat yang ada di dalam diri selalunya terpadam dek kesibukan mengejar cita-cita. Menjadi akauntan tidak pernah berada dalam anganan saya. Saya sendiri tidak pernah tahu apa dia debit dan kredit sewaktu saya memulakan pengajian dalam bidang ini. Jangan ditanya mengapa saya memlih menjadi seorang akauntan, kerana saya tidak punya jawapannya....

Kerjaya saya membawa saya ke pelbagai situasi dan mengenalkan saya kepada dunia. Ia memenuhi sebahagian besar dari hidup saya. Terlalu sibuk hingga saya lupa minat saya yang begitu mendalam dalam bidang penulisan.

Kata Dr Wong, jangan jadikan minat kita sebagai kerjaya. Ia akan membuat kita tertekan dan akhirnya kita rasakan ia bebanan. Jadikan minat itu sebagai pelepas. Ia akan memberikan kita keseimbangan.

Saya kagum dengan mereka yang berani mencungkil potensi diri. Sesungguhnya Allah jadikan kita dengan pelbagai anugerah. Terpulang kepada kita sebenarnya untuk mencari apa yang ada dalam diri....

2 comments:

lina said...

salam ma'am - Patutla penulisan puan sgt baik...lina saban hari akan check n3 baru puan....rupa2 sgt berminat....:) teruskan ye...lina sgt suka membacanya....betul ke puan MITOS kata "You are what you read or You are what you eat"

Suria Klang said...

Salam Lina. Terimakasih kerana menjadi peminat saya. Aww! Teruja rasanya..... Insyaallah saya akan terus menulis. Cuma masa selalunya mengekang saya. Tentang MITOS tu...betul kut! Tambah lagi satu....YOU ARE WHAT YOU WANT TO BE....))