Pada hari Sabtu dan Ahad yang baru lalu, saya diberi peluang oleh pihak Majlis Perunding Wanita Selangor (MPWS) untuk mengambil bahagian dalam jualan sempena Perkampungan Islam Hadhari di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Alhamdulillah, kita hanya memohon, Allah jua yang mengabulkan doa hambaNya. Biarpun penat kerana cuaca yang amat panas, namun semangat sebagai usahawan membuatkan saya, suami, Jimie dan Abey dengan dibantu oleh Ngah Uji dan Fadhil, berasa cukup puas. Selain mendapat hasil dari jualan, kami juga dapat mempromosikan barangan kami dan kedai kami di Kompleks PKNS. Itulah pertama kali dalam sejarah saya mengikuti dan mengunjungi Perkampungan Hadhari…Ramai sungguh orang datang. Berbondong-bondong dan berbas-bas….
Di sepanjang tempoh dua hari itu, saya dapat perhatikan beberapa insiden yang boleh direnungkan bersama:
i) Cara orang Indonesia cari rezeki
Saya didatangi oleh seorang minah Indon di pagi Sabtu yang meminta keizinan untuk ‘sub-let’ gerai saya. Saya katakan padanya….maaf, saya sendiri menumpang nama orang lain. Cuba akak tanya peniaga lain.... Saya ingatkan orang lain menyewa gerai tersebut…gerai saya memang percuma! Adalah tidak beretika untuk saya menyewakan sesuatu yang percuma kepada orang lain....
Marah agaknya dengan saya, dia ke gerai sebelah dan diberi ruang. Dia beritau saya...Perempuan itu sewakan pada saya 300 ringgit sehari! Sewanya RM2000 untuk dua hari... Biar betol. Hentam sajalah, kata hati saya.
Kenyataannya - Selepas 2 hari saya merisik, rupanya gerai-gerai yang ada semuanya ditaja oleh kerajaan negeri. TIDAK ADA SEORANG PUN YANG DIKENAKAN SEWA! Kesian Indon tu...kesian saya kerana cukup bendul...bertuahlah perempuan yang menyewakan tapak sekangkang anak kera pada Indon tu...tak pasal2 ada duit terpijak 600 ringgit!
Bila dicongak, untung ke Indon ni jual buah salak dengan sewa yang mahal tu? Sekali lagi saya termalu kerana sewaktu mengemas barang untuk pulang, saya nampak Indon tadi sedang mengusung botol gas dan belon2....Oh...dia bukan hanya jual buah salak!!!! Kaya gila minah ni. Bayangkan berapa banyak belon dia boleh jual dengan pengunjung yang berpuluh ribu tu! Agaknya kalau orang Melayu niaga kat Indonesia, jangankan belon, kepala sendiri pun dah lama hilang!!! Senangnya Indon cari duit kat tanahairku yang tercinta!!!
ii) Sukarnya mencari sesuap nasi
Antara fungsi MPWS ialah menjadi tempat rujukan Persatuan Ibu Tunggal. Adalah beberapa ibu tunggal yang diberi peluang untuk mengambil bahagian dan saya sempat berkenalan dengan seorang dari mereka, Rose namanya. Masih muda dan cantik orangnya. Sambil menunggu waktu Asar di Masjid Shah Alam, Rose bercerita tentang dirinya. Suami Rose berkahwin lain, dengan perempuan Indonesia, dan tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada empat anak mereka yang masih kecil. Rose diceraikan begitu sahaja dan terpaksa mengambilalih tanggungjawab suaminya tanpa sesen wang atau harta ditinggalkan. Rose melakukan pelbagai kerja demi mencari sesuap nasi. Selain bekerja di pejabat, Rose juga mengambil upah menjahit, mengajar anak jiran mengaji, memberi perkhidmatan facial, sauna dan urut di rumah di samping menjalankan perniagaan membuat tauhu secara kecil-kecilan. Kata Rose, tiap kali hendak menutup mata, apa yang difikirkannya ialah...mana nak cari duit ni???? Yuran sekolah anak2nya masih belum berbayar hingga kini. Setelah hampir dua tahun diceraikan, suaminya hanya pernah sekali memberi wang – jumlahnya: RM160 sahaja... Lelaki oh lelaki...di mana keadilan???
iii) Hilang lagi
Suami saya amat sayangkan kasutnya. Tidaklah mahal, tapi cukup selesa bila dipakai. Kemana pun dia pergi, itulah kasutnya. Hari Ahad, dia pulang dari sembahyang Zohor di Masjid Shah Alam dengan muncung sedepa. Rupanya kasut kesayangannya hilang dicuri orang di masjid sewaktu Islam Hadhari....Apa nak kata lagi? Sengih aje lah....Kaki tu mintak kasut baru...usik saya. Marah benar dia... Abey yang baru kehilangan handphone kata, ”Pa, hilang kasut buruk sebab nak dapat kasut lain yang lagi baik....kan tu yang Papa kata kat Abey ari tu?” Saya ketawa macam nak pecah perut!!!
No comments:
Post a Comment